UNTUNG BESAR DI SANA MASUKI INDUSTRI HALAL JUGA KERANA IA FARDU KIFAYAH

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaidin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat merasmikan Ekspo Produk Halal Antrarbangsa 2006.

Baginda bertitah Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2006 jelas memperlihatkan kesungguhan Brunei memasuki pasaran produk dan perkhidmatan halal yang menguntungkan.

“Beta yakin dan percaya Brunei Darussalam sebagai negara Islam yang dilengkapi dan mempunyai kelebihan untuk meletakan negara ini sebagai salah satu penggerak utama terkemuka dalam pasaran Halal Global,” tegas baginda.

Baginda bertitah: “Kita menyedari peluang sebanyak AS$560 juta pasaran tahunan untuk keseluruhan industri Halal di mana sector makanan halal dianggarkan berjumlah ASS$150 juta setiap tahun” dan terdapat banyak ruang untuk semua orang bekerja bersama dan mengaut faedah dalam potensi yang besar itu.

Baginda Sultan bertitah demikian dalam amanat sempena ekspo di Pusat Persidangan Antarabangsa. Yang berangkat sama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘ Abdul Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘ Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Baginda Sultan bertitah Brunei adalah negara yang bergerak ke hadapan dalam pasaran ini dan usaha ini bukan saja untuk membangkitkan persaingan dalam kepelbagaian ekonomi bahkan dalam membuat makanan halal untuk pelanggan Islam adalah fardu kifayah.

Dalam amanat itu, Baginda Sultan juga bertitah seluruh negara, khususnya negara Islam harus bekerjasama untuk meraih faedah daripadanya melalui pertukaran pandangan, pengetahuan dan pengalaman terutama dalam perkembangan standard halal.

“Dengan menjalankan usaha niaga bersama negara-negara maju dalam pelaburan dan permindahan teknologi, kita boleh mengembangkan keupayaan kita dalam pengeluaran produk dan perkhidmayan halal,” titah baginda.

Brunei menjayakan buat pertama kali menjadi tuan rumah bagi Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2006 sebagai platform menarik minat dalam usahawan dalam industri halal untuk datang bersama, berjumpa dan yang penting sekali mengikat perjanjian demi kebaikan bersama.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.