Bismillah Hirahman Nirahim
Yang Di Hormati Saudara
Pengerusi Majlis
Yang Berbahagia Tuan Yang
Terutama Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa Saudara Haji Mahmud
Morshidi bin Haji Othman
Yang Berbahagia Setiausaha
Agung NDP Tuan Hj Aminorashid bin Haji Ghazali
Yang Mulia Penasihat-Penasihat
Parti Pembangunan Bangsa
Yang Mulia Naib-Naib Presiden
NDP
Yang Mulia Ketua Hal Ehwal Non
Muslim dan ahli-ahli jawatankuasanya
Yang Mulia Ketua Himpunan
Pemuda dan ahli-ahli jawatankuasanya
Yang Mulia Timbalan Ketua
Himpunan wanita dan ahli-ahli jawatankuasa HAWA
Yang Mulia Ahli-ahli Majlis
Tertinggi.
Saudara-saudari yang saya
kasihi dan hormati sekelian.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah bersyukur kita
kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangnya jua maka kita dapat sekali lagi
bertemu dalam Kongres Agung Parti Pembangunan Bangsa bagi kali yang kedua tahun
2007 bertempat di Bangunan Persatuan Guru-Guru ini, bangunan yang telah juga
menyaksikan perhimpunan kita pada Kongres yang Pertama tahun lalu.
Dua tahun setelah diluluskan
Parti Pembangunan Bangsa atau lebih popular dengan panggilan NDP di kalangan
ahli-ahlinya dan masyarakat di negara ini merupakan peringkat usia yang masih
muda dan jika ianya dijadikan bandingan dengan usia manusia masihlah terlalu
mentah dalam apa jua perkara yang dilakukannya.
Bagaimanapun NDP sebagai
sebuah organisasi politik yang di daftarkan di Negara Brunei Darussalam pada
31hb Ogos 2005 ini sudah dilihat sebagai
sebuah parti politik yang popular dan berwibawa bukan sahaja di dalam negeri
ini bahkan juga di mata dunia.
Ini jelas terbukti sejak NDP
di tubuhkan, tidak pernah henti-henti dari semasa ke semasa menerima kunjungan
demi kunjungan daripada wakil-wakil duta asing yang ada di negara ini untuk
memberikan sokongan moral dan pengiktirafan kepada kewujudan dan peranan NDP dalam pembangunan perkembangan
arena politik di Negara Brunei Darussalam.
Termasuklah duta-duta asing
itu turut menyaksikan kemeriahan dan kemegahan berkibarnya bendera parti NDP
Sang Setia yang dilancarkan pada bulan Disember 2005 serta kehadiran mereka di
Majlis Makan Malam Perdana dan Majlis Perasmian Kongres Agung Pertama NDP tahun
lalu.
Dalam jangka kurang dua tahun
keahlian NDP setakat ini telah melebihi 1,500 orang. Ini membuktikan lagi
keyakinan masyarakat di seluruh negara ini terhadap parti ini sebagai pelantar penyampai
wadah suara rakyat yang menegaskan pendekatan politiknya iaitu kita “berpolitik
untuk berdakwah dan berdakwah melalui parti politik, yang mana dakwah di sini
membawa konotasi bahawa kita menyeru dan
bekerja untuk kebaikan dan menolak apa jua yang dilihat sebagai kemungkaran,
selain inilah pendekatan NDP untuk mencapai visi dan misi dan objektif utama yang dirakamkan di dalam Manefesto
Parti Pembangunan Bangsa 2006 hingga 2016.
Tertubuhnya NDP telah merubah senario
politik tanahair berbanding sebelumnya yang dianggap sebagai lembab dan tidak bermaya.
Kesahihan dalam Perkara ini
telah dikesan oleh Unit Inteligen Economist (EIU) merupakan sebuah badan kaji
selidik dan badan penasihat ekonomi terkemuka di dunia yang telah membuat
laporan berbeza tentang senario politik di Brunei bagi tahun 2006 hingga 2007
yang sudah berkembang dan mereka melihat
ianya berlaku sejak kehadiran NDP
sebagai sebuah parti politik berdaftar yang terbesar dan aktif.
Penubuhan NDP tidak dapat di
nafikan lagi membawa bersamanya kesedaran,
bahawa penduduk di Negara Brunei Darussalam ini memerlukan perkhidmatan
yang sebaik-baiknya, yang cepat dan pantas, dan mereka tidak berminat untuk
mendengar lagi janji-janji yang tidak tertunai.
Di sinilah tanggungjawab kita
untuk membantu Kerajaan Baginda dengan menyusup dan mengisi segenap ruang yang
lompong supaya gandingan padu antara parti politik dengan jentera Kerajaan KDYMM
dapat disepadu dan digerakkan sesuai dengan peranan kita sebagai rakan
pembangunan dan rakan strategik kepada Kerajaan Baginda semata-mata kerana
Allah SWT jua.
Walaupun jumlah keahlian NDP baru
merangkumi 1,500 orang dilihat sebagai saiz kecil di banding dengan jumlah
penduduk yang ada di negera ini, namun sebagai ahli parti kita perlu berasa
bangga sekaligus kita perlu menanamkan semangat berperanan dan boleh memberikan
sumbangan kepada bangsa dan negara. Kita mesti hidup!! Kita mesti menjadi angin
yang
kehadiran kita tetap di rasa
biarpun tidak dapat dilihat, ke arah itu kita hendaklah bekerja kuat dan merancang
untuk hidup dan berperanan.
Sejak tertubuhnya NDP telah juga
berjaya mencatatkan beberapa mercu tanda sejarah parti antaranya kunjungan
muhibbah delegasi Ahli Dewan Parlimen Negara Jerman ke Markas Limbaruh Hijau di
Jerudong, walaupun dalam rangka lawatan yang sengkat ke negara ini delegasi tersebut
telah meluangkan walaupun masa semata-mata mahu mendekati dan mengetahui
perkembangan politik tanahair
yang sinonim dengan NDP.
Sejurus selepas kunjungan
delegasi Ahli-ahli Parlimen Negara Jerman pada bulan Oktober 2006 itu NDP
mencatatkan lagi satu sejarah dengan kunjungan oleh rombongan Pergerakkan Puteri
UMNO Melaka dalam jangka program lawatan yang di hostkan oleh Himpunan Wanita
NDP selama tiga hari pada 15 hingga 18 Mach 2007.
Kunjungan-kunjungan daripada delegasi
negara-negara yang sudah jauh lebih maju baik dari segi pembangunan dan
pengalaman dalam perkembangan berpolitik itu telah membukakan peluang kepada
NDP untuk saling mengeratkan hubungan dan mengongsikan pandangan dan pengalaman
mereka dalam amalan sistem demokrasi dan pentadbiran negara mereka.
Dan untuk itu saya bagi pihak
Himpunan Non Muslim, Pemuda dan Wanita mengucapkan tahniah kepada semua warga
parti yang telah berjaya menyempurnakan events besar dan penting dalam parti
selama ini.
Saudara-saudari ahli-ahli
Himpunan Non Muslim, Pemuda dan Wanita,
Tuan-tuan dan Puan-puan
sekelian.
Seperti yang pernah
diungkapkan oleh Timbalan Presiden pada Kongres Pertama dulu, barisan pemuda
dan wanita merupakan sayap kiri dan kanan dalam sesebuah organisasi, dan bagi
seekor burung tingginya dia terbang ke awan berlegar bebas menyaksikan
keindahan alam semesta adalah kerana kekuatan kedua-dua sayapnya.
Jesteru dalam sesebuah
organisasi itu juga mampu kita terbangkan ke suatu tahap yang tinggi jika kedua-dua
sayapnya iaitu pemuda dan wanita kukuh dan kuat, ibarat kata setiap kali burung
mengibaskan sayapnya setiap kali itu jugalah burung itu melonjak dan menerjah
awan, maka kita pun dalam berpolitik dan berorganisasi hendaklah sedemikian.
Parti kita ini perlulah
melonjak dan menerjah kesederan rakyat, mengangkat mertabat mereka dan membawa
kesedaran baru, setiap kali pemuda dan wanita bersuara setiap kali kedua-dua
sayap ini mengorak langkah dan setiap kali mereka bertindak maka setiap kali
jugalah sepatutnya prestasi parti melonjak dan terangkat.
Tetapi apa yang ingin kita
sentuh hari ini ialah sayap pemuda NDP seperti tidak bermaya, ibarat ayam
kehilangan ibu, namun bertolak dari kongres kedua ini mestilah kita merobah
sikap. Kedua sayap NDP ini perlulah
berganding bahu dan bersedia bekerja sebagai satu team dan bertindak sebagai
satu team, kita tidak mahu salah satu sayap yang patah kerana parti kita tidak
punyai masa untuk membawa slogan “patah sayap terbang jua” maka kita menyeru
kepada para pemuda yang menjadi harapan bangsa pelapis pemimpin negara
bangkitlah semula dan teruskan perjuangan kamu untuk mengangkat martabat bangsa
dan negara.
Peranan Pemuda dan wanita
adalah besar dalam pembangunan masyarakat,
kedua-dua golongan ini yang berwibawa amat diperlukan bagi melaksanakan
tugas-tugas dakwah terutamanya dalam kalangan masyarakat terutamanya pemuda dan
wanita itu sendiri. Dan kedua-dua
golongan ini perlu dibangunkan melalui pendekatan berhemah dan berdikari secara
bersepadu supaya berupaya mengangkat martabat mereka ke darjat yang lebih mulia
serta dapat menghalang mereka daripada pengaruh budaya hidup liberal.
Penghayatan Islam dan beragama
di kalangan kaum wanita khususnya perlu diberikan tumpuan yang
bersungguh-sungguh demi membangunkan keilmuan, keperibadian, dan pengukuhan
kerohanian yang mantap sebagai membenteng mereka dari gejala sosial masa kini.
Kepada wanita-wanita NDP yang
saya percaya mempunyai semangat perjuangan, berjiwa cekal dan berani, sewajarnya
meletakkan tanggungjawab perjuangan itu seiring dengan menunaikan tanggungjawab
berumah tangga dan berkeluarga dan juga perlu menyedari bahawa berjuang sahaja
tetapi rumah tangga terbangkalai bukanlah sikap yang mewarnai perjuangan
kita.
Dan di sebalik itu mengurus
rumah tangga sahaja tanpa mengambil berat tentang masalah bangsa dan negara
juga bukan ciri-ciri dan sifat wanita kita dalam parti ini, tetapi perlulah
seimbang dengan iltizam dan keupayaan masing-masing dan yang paling penting
ialah kekukuhan kesepaduan, kesafahaman dan saling hormat menghormati.
Kita perlu sentiasa berbaik
sangka, berpandangan positif, memandang ke hadapan dan yang lebih penting ialah
bersikap matang, bersikap keterbukaan dan sentiasa mahu ingin maju, meraih
peluang-peluang menambah keilmuan dan kemahiran demi meningkatkan taraf
kemajuan diri dalam suasana era moden yang semakin canggih dengan
ledakan-ledakan cabaran Teknologi
Maklumat, ICT dan sebagainya
ini.
Dalam perjuangan kita di bidang
politik masa kini bukan sahaja memerlukan kepada pemidato-pemidato yang bijak
dan lunak dalam berkata-kata tetapi memerlukan lebih ramai perancang dan
aktivis yang pintar dan berpandangan jauh, dan yang paling penting menjadikan
diri kita setiap
masa sebagai ahli NDP yang
jujur dan ikhlas dalam perjuangan, menjadikan diri kita rajin dan kuat bekerja,
sanggup mengorbankan masa dan memegang tanggugjawab yang telah diamanahkan dan
sentiasa siap siaga untuk turun padang ke peringkat akar umbi rakyat Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan adalah lebih baik lagi sama-sama
bebasah bekaring dengan mereka, lebih kerap mendekati dan memeduli masyarakat
yang memerlukan bantuan, sepertimana yang di hasratkan oleh KDYMM untuk
badan-badan NGO’s turut serta memikirkan isu-isu sosial dan kemiskinan sambil
melaksanakan langkah yang bersesuaian.
Di samping itu tuntutan
politik dalam era abad ke 21 ini juga tidak kurangnya memerlukan pentadbiran
parti yang kemas, petugas politik yang matang dan lincah yang mempunyai kesedaran
politik yang segar, dan kita memerlukan pendekatan politik yang cermat tetapi
berani bertindak dan pantas dan sentiasa meletakkan kepentingan agama dan masa
depan rakyat sebagai perkara pokok yang perlu diberikan perhatian.
Apa yang menjadi kerisauan
kita juga ialah masih terdapat di kalangan kita yang masih belum bersedia
menerima teguran-teguran sedangkan kita perlu bersikap toleran dan transparen walaupun
ianya agak pahit untuk kita hadapi dan ini adalah semata-mata demi membentuk
kematangan diri dan kemajuan individu dan semua dalam sebuah organisasi asalkan
teguran itu berbentuk membina. Bukankah
Islam mengajar kita , katakanlah yang benar itu walaupun pahit.
Dan mudah-mudahan melalui
kongres kali ini yang memfokuskan kepada pembentangan dan pembahasan usul-usul
yang tertumpu kepada perkara-perkara melibatkan hal ehwal semasa,
pembangunan dan infrastruktur,
ekonomi dan sosial termasuk permasalahan dan kebajikan rakyat yang akan di
bawakan oleh perwakilan-perwakilan parti kita daripada ranting-ranting mewakili
suara akar umbi di seluruh negara akan dapat membantu meluahkan hasrat yang
tersirat oleh rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan untuk mendapat
penyelesaian dan pembasmian daripada pihak-pihak Kerajaan melalui perlaksanaan
yang bijaksana.
Isu-isu kemelaratan ibu-ibu
tunggal yang menerima bantuan kebajikan misalnya yang ternyata belum dapat
mengubah kesempitan hidup mereka dan anak-anak perlulah diperhatikan dan
diambil tindakan yang sewajarnya oleh Jabatan kebajikan di negara ini yang masih mengekalkan kadar-kadar bantuan dan
elaun yang dikuatkuasakan pada 1hb Julai 1998 dengan bantuan hanya sejumlah
$200.00 kepada kepala keluarga dan sara hidup sejumlah $65 bagi anak dan elaun
pelajaran $60.00 yang kita lihat sudah tidak sesuai dengan keadaan hidup masa
kini yang serba serbinya sudah meningkat dari segi kenaikkan harga termasuk
bertambahnya keperluan seharian seperti peggunaan telepon bimbit bagi kegunaan
kemudahan masyarakat masa kini.
Dan ketidak sesuaian
persyaratan memberhentikan bantuan jika didapati kepala keluarga yang menerima
bantuan bekerja hanya untuk mencari pendapatan lebih bagi menampung
perbelanjaan permakanan yang sihat dan sebagainya, kerana permakanan yang sihat
kepada anak-anak ini juga perlulah difokuskan sebagai perkara yang penting demi
melahirkan generasi-generasi masa depan yang intelek.
Kesempitan hidup daripada
pendapatan yang tidak mencukupi itu boleh mengheret kepada amalan yang tidak
sihat memakan makanan yang tidak berkhasiat dan sebagainya yang menjejaskan
kesihatan kanak-kanak.
Persyaratan yang terlalu berat
ini perlu diubah dengan segera selaras dengan titah KDYMM Paduka Seri Baginda
Sultan di Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal
Bolkiah pada tahun 2005 bilamana baginda menekankan sampai bilakah
golongan-golongan berkenaan terus menerus bergantung kepada bantuan-bantuan?
Tidakkah kita ingin melangkah setapak lagi untuk melepaskan mereka daripada
belenggu pergantungan? Titah baginda.
Ini jelas baginda berhasrat
supaya rakyat baginda tidak akan terus menerus menjatikan diri sebagai peminta
sedekah dan di belenggu dengan sikap sentiasa bergantung.. pihak berkenaan perlu
juga mengorak langkah memberikan pilihan lain kepada mereka ini untuk diberikan
peluang bekerja, berniaga dan sebagainya
yang sesuai kepada mereka.
Dengan memberikan bantuan
kebajikan sahaja bukanlah penyelesaian masalah yang bijak, ianya perlulah juga
di selaraskan dengan membekalkan ilmuan, kemahiran dan sentiasa menyuntikkan semangat
berperanan di kalangan rakyat untuk sama-sama mengisikan kemerdekaan negara
dari
segi kemajuan ekonomi,
pertanian, kebudayaan, pelancongan dan sebagainya melalui sokongan dan dokongan
yang diberikan oleh Kerajaan jua kepada masyarakat-masyarakat dalam bandar dan
tidak di ketepikan kepada masyarakat luar bandar.
Begitu juga isu-isu
penggaguran di kalangan pemuda dan wanita remaja yang sentiasa bertambah dengan
alasan seiring dengan penambahan penduduk tidak kurang juga golongan ini di
tuduh malas dan memilih pekerjaan, demikian juga dengan mereka yang kurang
berkemahiran ekoran
kegagalan dalam pembelajaran
dan sebagainya, masalah-masalah yang belum begitu jelas menemukan jalan
penyelesaiannya ini perlulah juga ditangani dengan pantas dan cekap oleh pihak
berkenaan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti bertambahnya
golongan miskin dan meningkatnya gejala sosial di kalangan masyarakat.
Dan sudah tentu semua ini boleh
menggugat kestabilan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Demikian juga kesedaran dan
semangat di kalangan kaum pemuda dan wanita serta remaja belia di negara ini
perlu ditanamkan dalam diri bukan saja melalui acara-acara perayaan besar yang diadakan di negara ini, kebangkitan
semangat dalam semua hal termasuk semangat berperanan untuk memertabatkan negara dan bangsa sehingga
termasyur seantero dunia hendaklah di rancang dan di jana.
Dalam hal ini Kerajaan juga
perlu turut memberikan sokongan dan dokongan terutama dalam meningkatkan taraf
wanita kepada lebih terbuka dan berpeluang dalam dunia perniagaan baik secara
kecil-kecilan dan sederhana apatah lagi ke peringkat global, sokongan yang
diberikan adalah bagi memberikan kefahaman dan pengetahuan serta didikan dalam
perniagaan, kemahiran dan pengawalan kewangan selain memberikan sokongan
kewangan kepada industri-industri kotej yang boleh menampung masyarakat dalam
menjana kehidupan mereka.
Pengawalan kemasukan
permakanan daripada luar negara perlu diperluasakan dan dikemaskinikan, supaya
akan memberikan peluang kepada produk hasil tempatan mendapat tempat di pasaran
dalam negeri.
Dan jika permakanan tempatan
di promosi luaskan di dalam negeri sendiri maka terjaminlah juga dari segi
keselamatan ancaman keraguan halal dan haram.
Saudara-saudari Ahli Parti
sekelian
Parti Pembangunan Bangsa
sebagai sebuah gerakkan Islam telah juga memberikan tempat kepada golongan Non
Muslim, kerana pegangan kita ialah Islam itu adil dan keadilan Islam itu adalah
sejagat dan untuk semua.
Hasrat NDP ke atas golongan
Non Muslim adalah kecintaan yang terbit daripada segala ketulusan, dan demi
berlandaskan pegangan teguh kepada Al-Quran dan Hadis bahawa menegakkan
keadilan itu adalah untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama yang dianutinya.
Himpunan Non Muslim juga
adalah merupakan aset yang tidak ternilai dan perlunya gerakkan yang
benar-benar menjiwai pengterlibatan mereka dalam memainkan peranan demi
mencapai matlamat perjuangan parti.
Pentinganya juga kuantiti yang
berkualiti di kalangan kita dan mengikis kefahaman untuk melibatkan diri dalam
sesebuah organisasi hanya kerana pengaruh kepopularitian individu, tetapi bukan
atas kesedaran untuk sama-sama berperanan dan bertanggungjawab dalam memajukan
bangsa dan negara, dan jika sikap ini terus di pupuk maka akan mudah lontorlah
semangat juang sebagai seorang ahli parti.
Izinkan saya menyampaikan
hasrat Himpunan Non Muslim dalam ucapan saya ini, yang meminta kepada
kepimpinan parti jika sekiranya dapat mensederhanakan label Non Muslim kepada
penggunaan Kepelbagaian Anutan bagi potfolio Ketua Himpunan Non Muslim yang ada
di dalam perlembagaan Parti Pembangunan
Bangsa kepada Ketua Himpunan Kepelbagaian Anutan.
Ini adalah dilihat untuk
kesejahteraan yang kekal di kalangan ahli-ahli parti ini dalam jangkauan
pandangan masa yang lebih jauh, apa yang di khuatiri jika parti terus
membudayakan ungkapan Non Muslim ianya akan berubah kepada tanggapan-tanggapan
yang negatif yang tidak selaras dengan hasrat pimpinan parti yang cintakan
kepada semua ahlinya tanpa diskriminasi.
Sebelum mengakhiri ucapan saya
ini, izinkan saya dalam kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Timbalan Presiden,
Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli
Majlis Tertinggi kerana telah memberikan penghormatan kepada saya memberikan
ucapan bagi mewakili ketiga-tiga
himpunan Non Muslim, Himpunan Pemuda dan juga Himpunan Wanita.
Jesteru itu di kesempatan yang
terluang ini juga izinkan saya menyeru kepada semua supaya meletakkan satu
sikap memandang perjuangan ini sebagai satu tanggungjawab yang mahu tidak mahu
mesti dipikul dan digalas. Penglibatan kita dalam gerak kerja berpolitik
bukanlah satu gerak kerja sukarela tetapi sekali kita melangkahkan kaki ke
bidang ini ia adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan, persiapan dalam
segenap aspek emosi, rohani, fizikal dan mental perlu di garap bagi
memungkinkan kita layak untuk turut serta dalam arus perdana pembangunan
tamadun dunia.
Marilah kita sama-sama membina
jati diri sendiri dan mempunyai perinsip perjuangan yang jelas, mantap dan
kental tanpa mudah di ganggu gugat, sesungguhnya perjuangan kita hari ini
bukanlah semata-mata perjuangan untuk kehidupan kita tetapi yang terlebih utama
ialah perjuangan untuk anak cucu kita
supaya mereka juga berkesempatan menikmati kehidupan di dalam nikmat keamanan
dan kemakmuran serta mendapat keampunan Allah SWT. Akhir kalam yang tidak baik
itu datangnya dari kelemahan saya sebagai insan biasa dan yang baik itu
datangnya dari Allah
SWT jua.
Sekian....