LIMBARUH HIJAU 16 SYAWAL 1431 (25 SEPT 2010) - BADAN Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa Brunei-Muara telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena Aidil Fitri 1431 yang berlangsung Khamis kelmarin di perkarangan Limbaruh Hijau Jerudong.
Majlis telah diceriakan dengan kehadiran bukan sahaja ahli-ahli NDP Brunei-Muara serta keluarga, tetapi juga kehadiran ahli-ahli dari Belait, Tutong dan Temburong.
Juga turut hadir Presiden NDP Ayahnda Yasin Affandy serta beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain.
|