Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Perlaksanaan Projek Perumahan Dipertingkat

LIMBARUH HIJAU 16 SYAWAL 2010 (25 SEPT 2010): PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengalu-alukan langkah gigih Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan untuk memenuhi permintaan perumahaan rakyat yang mana jumlah pemohon dijangka akan mencapai sejumlah 30,000 pada 2014 ini.

NDP juga mengambil maklum peningkatan inisiatif penelitian dan pemantauan terhadap pemborong-pemborong yang telah dan akan ikut serta dalam perlaksanaan projek-projek perumahan tersebut.

Langkah untuk menilai prestasi, meneiliti track rekod, keupayaan kewangan dan sumber tenaga pemborong-pemborong akan diambil oleh Kementerian Pembangunan bagi mempastikan projek perumahan yang akan dilaksanakan tidak terbengkalai.

Seperti yang dilaporkan, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi selaku Menteri Pembangunan menyedari akan cabaran yang dilalui dalam usaha mempastikan kementerian beliau boleh 'deliver' dalam jangka waktu yang sudah ditetapkan.

Beliau juga mengambil maklum 'delivery system' yang ada belum memuaskan menyebabkan waktu menunggu untuk mendapatkan perumahan dibawah Skim Kemajuan Perumahan Negara terlalu panjang iaitu memakan waktu 17 ke 20 tahun.

Pehin Dato Suyoi dalam kenyataan beliau di majlis penandatanganan kontrak dengan 9 pemborong-pemborong yang telah memenangi kontrak membina 3,352 buah rumah, tidak mengenepikan kemungkinan mengunakan pemborong-pemborong asing dan luar negara dalam menghadapi cabaran tersebut.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata bahawa kementerian sedang merangka strategi-strategi baru untuk mengurangkan waktu menunggu mendapatkan rumah dan dalam masa sama mempastikan lebih ramai kontarktor-kontraktor tempatan menikmati perlaksanaan cepat projek-projek perumahan. Strategi-strategi baru termasuk menimbangkan dasar membina kondominium.

Dalam perlaksanaan projek perumahan terbaru ini kawasan-kawasan telibat seperti berikut; Perumahan Kg Tanah Jambu, Kg Meragang Brunei-Muara, Kg Lumut-Sungai Liang di Belait dan Kg M Kg Rataie di Temburong.

Pembinaan 3,352 buah rumah tersebut melibatkan peruntukkan sejumlah B$337,331,821.47 seperti yang telah diluluskan dalam peruntukkan bajet Skim Kemajuan Perumahan 2007-2012.

Dan kontraktor-kontraktor yang memenangi projek-projek tersebut ialah Haaqqah (B) Sdn Bhd, Dara Construction Sdn Bhd, Hj Adinin and Sons Sdn Bhd, Chuon Tzu Construction Co Sdn Bhd, AT&S Sdn Bhd, Astal Engineering Sdn Bhd dan Djan Works Sdn Bhd.

Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, NDP setentunya gembira menyaksikan apa yang selama ini disuarakan oleh parti sejak 2005 lagi melalui 5 Kongres Agung Tahunan (yang diadakan pada setiap bulan June) berhubung isu perumahan negara mendapat sambutan baik dari pihak kerajaan.

NDP menaruh harapan perkembangan ini akan terus dipertingkat bukan sahaja dalam konteks mempergiat delivery system skim perumahan, tetapi turut penting juga dalam usaha mempastikan pengusaha-pengusaha bumiputera yang berkaliber dan berprestsi dalam industri pembinaan diberikan keutamaan.

NDP melihat usaha giat kerajaan meningkatkan penghasilan rumah-rumah rakyat ini sabagai satu peluang keemasan dalam usaha membina keupayaan dan kredibiliti pengusaha-pengusaha Melayu ketahap antarabangsa.

Justeru NDP melalui Kongres-Kongres Agung Tahunan, terkini di Kongres ke 5 June tahun lepas telah mengusulkan agar piahk Kerajaan menimbangkan satu dasar (memperuntukkan kouta perlaksanaan projek pembinaan dan pembangunan 50 peratus kepada pengusaha Melayu) yang boleh menjamin hak dan kepentingan pengusaha-pengusaha Melayu Brunei tidak diabaikan dalam keghairahan melaksana projek-projek pembangunan negara termasuklah dalam perlaksanaan projek skim kemajuan perumahan negara.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.