Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Penduduk kampong Brunei terkilan dengan 'tugu'

LIMBARUH HIJAU 13 SYAWAL 1431 (22 SEPT 2010) - MENURUT laporan yang disiarkan oleh akhbar Borneo Bulletin bertarikh 22 September 2010 hari ini, usaha menyelsaikan isu sempadan bertindih antara Brunei dan Malaysia telah berjalan dengan baiknya.

Menurut laporan tersebut perbincangan antara KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei Ke-14 yang akan berlangsung di Putrajaya kelmarin telah mengambil maklum mengenai perekembangan ini.

Kedua-dua pemimpin negara dalam satu kenyataan telah dilaporkan sebagai berkata perlunya Jawatankuasa Bersama Teknikal Sempadan Darat Brunei Darussalam - Malaysia (Joint Brunei Darussalam-Malaysia Land Boundary Technical Committee) memutuskan dan memuktamadkan (dalam kadar segera) Bidang Rujukkan (Term of Referrence) dan Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding) Pembatasan Bersama dan Pengukuran Sempadan Daratan (Joint Demarcation and Survey of the Land Boundary).

Menurut laporan itu lagi pertengahan tahun 2011 telah disasarkan sebagai tarikh bermulanya kerja-kerja pembatasan bersama dan kerja pengukuran tersebut.

Dalam lain perkataan proses penyelsaian isu sempadan antara Brunei dan Sarawak, Malaysia yang melibatkan wilayah Limbang masih ditahap memutuskan 'Bidang Rujukkaan' dan 'Memorandum Persefahaman' sebelum kerja-kerja pembatasan dan pengukuran dijalankan bersama oleh Jawatankuasa Bersama Teknikal Brunei Darussalam dan Malaysia.

Peliknya, apa yang diputuskan di Putra Jaya kelmarin 'lain' dengan apa yang sebenarnya berlaku di kawasan persempadanan yang dipertikai.

Selain pembangunan pesat dapat disaksikan dikawasan sempadan yang dipertikai di Kuala Lurah, Aspirasi-NDP semalam menerima gambar (lihat atas) yang menunjukkan kerajaan Sarawak sudah mengambil langkah 'menandai' sempadan dengan mendirikan tugu diperbuat daripada konkrit untuk menunjukkan wilayah Limbang.

Menurut Awang Erin Kisar, Setiausaha Ranting NDP Bebuloh, tugu itu telah dibina baru-baru ini dihujung Kampong Bebuloh, Brunei.

Menurutnya kehadiran tugu tersebut menimbulkan kekeliruan lagi kepada penduduk-penduduk warga Negara Brunei yang masih memilki tanah dan rumah dipersekitaran kampong-kampong berikut:

1-Kampong Paya Senaraban, Jalan Limau Manis NBD.
2-Kampong Paya Karangan, Jalan Limau Manis NBD.
3-Kampong Tedungan, Jalan Limau Manis NBD.
4-Kampong Pudak, Jalan Limau Manis NBD.
5-Kampong Durian Sulok, Jalan Limau Manis NBD.

Jumlah rumah-rumah dikampong yang disebutkan, katanya, sekarang tinggal sekitar lebih 20 buah yang masih di diami.

Sebilangan penduduk lain telah meninggalkan rumah-rumah dan tanah-tanah mereka dikawasan-kawasan tersebut untuk berpindah ke kediaman mereka dikawasan Bandar Seri Begawa, Daerah Brunei Muara serta tempat-tempat lain.

"Ini kerana demi kepentingan kebajikan ahli-ahli keluarga iaitu bagi memudahkan anak-anak sekolah, bekerja dan sebagainya".

"Keadaan seperti ini bukannya bererti mereka meninggalkan kampong halaman mereka tetapi cuma untuk kemudahan kebajikan seharian sahaja", jelas Awang Erin sambil menambah jikalau isu sempadan dapat diselesaikan dengan segera, mereka akan pulang dan balik ketempat kelahiran asal mereka itu.

Beliau berkata pada masa ini rumah-rumah dikampong-kampong ini telah dibekalkan dengan api eletrik dan air tetapi dengan syarat pemilik rumah-rumah tersebut mesti menggunakan nama salah seorang ahli keluarga yang terdekat yang mempunyai warga kenegaraan Malaysia untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tersebut.


Sekitar tahun 70an lagi keramaian penduduk dikampong-kampong ini lebih 200 orang yang berstatus kerakyatan warga negara Brunei. Disebabkan keadaan perkembangan politik dan isu sempadan yang tidak selesai diwaktu tersebut menyebabkan penduduk kampongnya terpaksa mencari jalan iaitu tempat kediaman yang sesuai dan selamat.

Majoriti penduduk-penduduk kampong ini telah berpindah kekampong Bebuloh sehingga pada masa ini. Sekitar 60 ke 70 lebih orang saja yang masih berulang alik setiap hari dari kampong-kampong yang dinyatakan tadi menuju ke Bandar Seri Begawan untuk bekerja dan sebagainya, menurut Awang Erin lagi.

Pada masa ini juga lebih 20 orang penduduk kampongnya yang mempunyai status penduduk tetap (kad pengenalan warna unggu) yang beralamat di kelima buah kampong yang dinyatakan, tambah Awang Erin.

Penduduk-penduduk kampong warga Brunei yang masih menetap dikawasan dipertikai, menurut Awang Erin memilki dokumen-dokumen asal seperti, sijil surat beranak asal keluaran Negara Brunei Darussalam, surat pengakuan (surat sumpah) keluaran Negara Brunei Darussalam, kad pengenalan Negara Brunei Darussalam (Kuning), sijil 'ruminan' bagi ternakan binatang keluaran Negara Brunei Darussalam dan alamat mengikut nama-nama kampong yang dinyatakan hingga sekarang.

Majoriti penduduk yang masih menetap dikawasan-kawasan yang dipertikai masih berkhidmat sebagai tentera, polis, guru, dan dalam Perkhidmatan Awam dan Swasta. Sebilangan kecil sahaja penduduk kampong yang masih bertanam padi, bercucuk tanam dan sebagainya, menurut laporan yang diterima.

Masalah utama penduduk-penduduk kampong ialah mengenai keluar/ masuk dipintu kedua-dua pos kawalan immigresen Kuala Lurah dan Tedungan yang waktu beroperasi hanya dari jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja.

Apahal nya jikalau penduduk warga negara Brunei yang tinggal dikampong-kampong terbabit mengalami kecemasan sedangkan pintu telah ditutup mengikut jadual. Banyak lagi masalah-masalah lain yang dihadapi oleh penduduk kampong yang terlibat, keluh Awang Erin.

Menurt beliau perkara ini telah pun dipanjangkan kepada pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Daerah Brunei Dan Muara.

"Apa yang mendukacitakan ialah hingga sekarang permohonan--permohonan tersebut belum lagi dijawap oleh pihak yang berkenaan", tegasnya.

Dan paling menyedihkan, katanya, sudahpun pihak berkenaan di Brunei tidak merespon, pada June lepas pihak-pihak tertentu disebelah Limbang pula telah mendirikan 'tugu' Selamat datang ke Daerah Limbang, Sarawak'.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.