Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menyusur Titah : Keselamatan dan Kesejahteraan Negara

LIMBARUH HIJAU 25 SYAWAL 1431 (4 OKTOBER 2010)  -  Titah  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1431 Hijrah / 2010 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 7 Syawal 1431 / 16 September 2010 yang lalu wajar diberikan perhatian serious bukan sahaja oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan malahan kita semua selaku rakyat dan penduduk negara yang kita cintai ini.

Dalam titah tersebut baginda telah meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan kesejahteraan awam yang semakin terancam oleh perbuatan melangkahi peraturan atau undang-undang yang semakin lumrah di ‘darussalam’ ini.

Kenapa keadaan ini berlaku sehingga menimbulkan kebimbangan kepada KDYMM sendiri...sehingga membuatkan baginda rasa terpanggil untuk mengingatkan pegawai-pegawai dan kakitangan daripada agensi-agensi penguatkuasaan awam, yang memegang peranan memantau dan mengawal semua undang-undang dan peraturan di negara agar peka akan peranan mereka sebagai tunggak kerukunan dan benteng kesejahteraan yang sebenar-benarnya?.

Apapun alasan yang diberikan paling penting baginda menaruh harapan yang tinggi kepada agensi-agensi penguatkuasaan awam agar dapat memainkan peranan yang lebih efektif kearah menanai kerukunan dan memelihara kesejahteraan bangsa dan negara.

“Peraturan dan undang-undang adalah ‘jiwa’ kepada masyarakat.  Tanpa peraturan dan undang-undang,masyarakat akan lemah dan tidak dihormati.  Oleh itu jentera penguatkuasaan mestilah kuat, tidak boleh lemah.  Kerana jika ia lemah, negara dan masyarakat akan terjejas teruk”, titah baginda.

Titah baginda lagi adanya peraturan dan undang-undang sahaja belumlah cukup. 

“Ibarat qalam atau pensil, tanpa tangan yang menjalankannya, qalam dan pensil itu tidak berguna apa-apa.  Maka demikian itulah dengan peraturan dan undang-undang, mesti ada tangan dan kuasa melaksanakannya, barulah ia berguna.  Jika tangan atau kuasa itu lemah, maka akan jadilah ibarat qalam tanpa dakwat, atau pensil yang patah, tidak akan membawa makna apa-apa”, titah baginda lagi.

Menurut pemerhatian baginda, pada masa ini atau akhir-akhir ini, perbuatan melangkahi peraturan atau undang-undang adalah lumrah. 

“Kerana itu, pihak penguatkuasa tidaklah boleh cuai atau berlonggar-longgar dengan peraturan atau undang-undang yang ada.  Mereka perlu lebih tegas dan berani, asal saja jangan bertindak di luar batas kuasa yang sah”, tegas baginda.

Nasihat baginda kepada agensi-agensi penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, “Ambillah perhatian di semua aspek yang mungkin berlaku, seperti penggunaan logo-logo palsu, penyelewengan, penyeludupan, pelanggaran akta berkaitan tanah dan lain-lain oleh pihak-pihak tertentu.  Tangani semuanya dengan peraturan atau undang-undang secara berhemah dan profesional.  Jangan biarkan ada yang terlepas, kerana mereka adalah kudis berjangkit yang perlu dirawat”.

Baginda Sultan mengesali di akhir-akhir ini, jenayah rompak dan mengikat mangsa juga berlaku. 

“Tangani pelaku yang terlibat dengan undang-undang tanpa tolak ansur.  Pastikan mereka berhadapan dengan undang-undang dan mahkamah.  Mereka jangan sekali-kali diberi peluang untuk mengulangi lagi perbuatan keji itu bagi kedua kalinya.  Jika mereka itu berasal dari luar Brunei, maka pastikan supaya mereka faham, bahawa di Brunei tidak ada tempat bagi orang-orang yang seperti itu”, seru baginda dalam titah tersebut.

Baginda seterusnya menekankan bahawa pihak penguatkuasa keselamatan, tidak ada peluang lagi untuk memperlahankan langkah, tetapi perlu lebih ligat dan cepat untuk menumpas dan mencegah jenayah yang terkutuk itu.

“Beta berharap, orang ramai juga kenalah lebih berhati-hati serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang padu kepada pihak-pihak penguatkuasa, tanpa perlu didesak-desak atau diminta”.

Baginda dalam titah tersebut seterusnya mengingatkan bahawa tanggungjawab kepada negara dan undang-undang adalah tanggungjawab bersama.


Mengamat-amati mesej titah KDYMM ini, kita setentunya rasa tersentuh dan berkongsi kebimbangan dan harapan yang baginda luahkan.

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ikut menaruh harapan agar agensi-agensi penguatkausaan peraturan dan undang-undang di negara ini akan mengambil serious nasihat dan titah perintah KDYMM itu.

NDP berpandangan isu keselamatan dan kesejahteraan  bangsa dan negara bukan satu perkara yang wajar diambil ringan. Ianya merupakan elemen penting kepada ‘surviavilty’ bangsa dan negara.

Atas kesedaran ini NDP dalam Manifesto Politik 2006 – 2016  telah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Tetap (Keselamatan Nasional) di dalam Majlis Mesyuarat Negara.

Dalam cadangan tersebut NDP melihat JK Keselamatan Nasional tersebut akan berperanan sebagai pemantau pengurusan segala dasar, rancangan dan hal ehwal lain yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara, serta penanganan isu-isu jenayah pelbagai kategori.

NDP telah mengariskan dalam manifesto tersebut perlunya usaha bersepadu memerangi segala bentuk jenayah dan keganasan hingga ke akar umbi, dengan mengambil pendekatan Islamik, di mana menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran diutamakan, khususnya melalui proses pendidikan, dan tidak hanya menumpukan konsentrasi serta pelbagai sumber sepenuhnya kepada penyiasatan dan penyelesaian kes-kes jenayah sahaja.

Namun demikian kejayaan di dalam pendekatan sebegini menuntut kepada penglibatan dan komitmen yang tinggi semua pihak di dalam masyarakat dan tidak hanya mengharapkan kepada  agensi-agensi penguatkuasaan sahaja.

NDP melihat adalah sangat penting dan sudah tiba masanya jawatankuasa yang dicadangkan ditubuhkan sebagai satu mekanisme menggubal dan memantau dasar serta strategi keselamatan dan pertahanan negara dari masa ke semasa.

Selain itu jawatankuasa tersebut juga boleh berperanan dalam mensepadukan dan mensejajarkan semua usaha kearah memelihara dan mempertahankan keselamatan dan kesejahteraan bangsa dan negara.

Memelihara dan mempertahan keselamatan dan kesejahteraan bangsa dan negara bukan hanya dari aspek penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.

Ianya meliputi kesiagaan dan kecekapan agensi-aagensi keselamatan, keutuhan dan perpaduan bangsa, kesedaran dan kesiagaan masyarakat umum kepada konsep ‘amal makruf nahi mungkar’, kestabilan sosial dan ekonomi serta keutuhan jati diri bangsa. Wallahu wa’alam.
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.