LIMBARUH HUJAU 7 SYAWAL 1431 (16 SEPTEMBER 2010) - AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dari seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk junjung ziarah Hari Raya ke Istana Nurul Iman yang telah dibukakan kepada orang ramai pada tahun ini berikutan redanya ancaman wabak H1N1.
Tahun lepas hari terbuka Istana Nurul Iman sempena Aidil Fitri terpaksa ditiadakan memandangkan wabak H1N1 masih ditahap berbahaya.
Lebih 100,000 pengujung berdatang sembah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah dan kerabat Diraja untuk mempersembahkan ucap selamat kepada baginda dan keluarga sejak Istana dibukakan kepada orang ramai bermula hari kedua Hari Raya.
NDP juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan sama. Rombongan NDP terdiri dari ahli-ahli parti termasuk beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi, Naib-Naib Presiden dan Ketua-Ketua Biro. Juga ikut serta Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman dan sdra Mahmud Morshidi Othman, Mantan Timbalan Presiden yang juga merupakan pengasas NDP.
Ayahnda Presiden, sdra Yasin Affandy tidak dapat hadir atas sebab kesaihatan yang kurang mengizinkan.
Sementara itu sebaik selesai majlis junjung ziarah, rombongan NDP beredar ke Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong untuk menghadiri rumah terbuka NDP.
|