Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Belasungkawa : Pemergiaan Sdr Serudin Pungut, Ketua Himpunan Non Muslim satu kehilangan besar kepada NDP

LIMBARUH HIJAU 21 SYAWAL 1431 (30 SEPTEMBER 2010) - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan takziah kepada keluarga sdr Serudin Pungut, Ketua Himpunan Non-Muslim yang telah meninggal dunia pada subuh 29 September 2010 kelmarin.

Seluruh warga NDP turut bersedih dengan pemergian sdra Serudin Pungut yang merupakan ahli majlis Tertinggi NDP dan Ketua Himpunan Non-Muslim. .

Sdra Serudin merupakan ikon pimpinan Non-Muslim dalam NDP. Beliau yang suka berlucu sangat disegani dan dihormati dalam parti.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga beliau malahan kepada NDP yang telah banyak menerima sumbangan khidmat bakti dari beliau.

Dalam kenangan - Sdra Seruding mempengerusi sidang Himpunan Non-Muslim

Sumbangan beliau selaku Ketua Himpunan Non-Muslim dalam usaha NDP menyatupadukan rakyat Brunei yang Non-Muslim terutama di Daerah Temburong terlalu banyak dan tidak ternilai.

Beliau juga banyak memberikan khidmat nasihat mengenai hal ehwal Non-Muslim kepada parti dari masa ke semasa. Diakhir hayat beliau, walaupun kurang sihat, beliau masih berusaha untuk menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Parti di Limbaruh Hijau, Markas Pusat NDP di Jerudong.

Beliau sangat ikhkas dan komited dalam memajukan NDP terutama dikalangan masyarakat Non-Muslim. Tidak kira masa dan tempat beliau sentiasa siap siaga untuk bersama NDP melaksanakan tugasan membantu raja membangun bangsa.

Sdr Serudin memiliki sikap diplomasi yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggunjawab selaku Ketua Himpunan Non-Muslim. Ini telah beliau buktikan apabila berhadapan dengan isu kontroversi mengenai pembangunan gereja baru di Kampong Selapun dan ketika berdailog dengan dua pegawai Amerika yang telah membuat kunjungan singkat ke negara pada bulan Februari 2010 lepas.

Dalam kenangan - Sdra Serudin bergambar ramai di hadapan gereja kontroversi Kg Selapun Temburong bersama dua pegawai Amerika, Dr. Quinn Mecham dan Mark Carlson dari Pejabat Kebebasan Beragama Antarabangsa

Kedua pegawai Amerika tersebut, Dr. Quinn Mecham, seorang cendikiawan bidang konflik sivik dan politik Islam yang bertugas di Jabatan Setiausaha Negara AS dan Mark Carlson dari Pejabat Kebebasan Beragama Antarabangsa, berkunjung ke Brunei untuk melihat secara dekat tahap toleransi beragama di Brunei.

Sdra Serudin, walaupun penganut agama Kristian dengan tegas menagkis sebarang andaian negatif terhadap dasar bergama di Brunei dan mempertahankan dasar negara menghormati hak kebebasan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing.

Semua jasa sdra Serudin tidak akan dilupakan dan akan terpahat dalam sejarah perjalanan NDP menjunjung titah membangun bangsa. Seluruh warga NDP akan sentiasa merindui beliau.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahmaeliau n @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.