Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Bantu Raja Lindungi Pengguna

 

LIMBARUH HIJAU 17 ZULQAEDAH 1431 (26 OKTOBER 2010) - KELEMBAPAN berterusan sistem pemantauan dan pencegahan kemasukan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan awam di negara ini membuatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sangat kecewa.

Memang wajar baginda kecewa. Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pun turut kecewa. Rakyat jelata sendiri turut kecewa.

Selama ini baginda dan rakyat menaruh kepercayaan dan harapan penuh bahawa terdapat mekanisma yang efektif dan efisyen dalam jenetera kerajaan yang dapat melindungi keselamatan pengguna dari ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan awam.

Malangnya perkara ini tidak berlaku. Selama ini kita terdedah kepada ancaman dari pengedaran ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang memudaratkan disebabkan kelemahan dalam sistem pemantauan dan pencegahan kemasukkan benda-benda yang membahayakan ini.

Dan Alhamdullillah akhirnya baginda Sultan terpaksa turun tangan. NDP menjunjung kasih kehadapan Majlis KDYMM atas titah teguran keras tersebut.

Titah baginda:

"Sekali-sekala kita dikejutkan oleh kenyataan dari pihak berkuasa kesihatan yang menyenaraikan jenis-jenis ubat yang ditarik balik yang tidak boleh dijual kerana didapati mengandungi bahan-bahan campuran yang memudaratkan".

"Tetapi soalnya ubat-ubat ini ada yang sudah pun beredar atau dijual pada sekian lama. Mengapakah ia baru saja dikesan sebagai mengandungi bahan-bahan memudaratkan? Mengapa tidak sebelum ia sempat beredar lagi?", titah baginda.

"Kita sepatutnya sudah lebih awal mengetahuinya. Apakah sebelum itu kita membiarkan saja, beredar dan dijual tanpa menganalisisnya lebih dahulu. Atau kita memang tahu ia beredar dan dijual tetapi kita hanya diam atau tidak berbuat apa-apa sehinggalah negara jiran membuat pengumuman bahawa ubat-ubat itu ditarik balik. Lalu kita pun baru turut membuat pemakluman yang sama. Bentuk pengumuman seperti inilah yang selalu kita dengar dan baca," titah baginda di Sesi Dailog Bersama Kementerian kesihatan sejurus selepas baginda berangkat melawat Kompleks Bangunan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Sepatutnya, tegas baginda, kita tidak ada alasan untuk tidak mengetahui lebih awal sebelum ubat-ubat itu beredar di pasaran.

"Kita khuatir entah berapa ramai orang sudah memakannya dan mendapat mudarat kerananya. Kalau inilah cara mekanisma kita bekerja beta mahu supaya cara ini dibetulkan," tambah baginda lagi.

Baginda di sesi itu juga menimbulkan berhubung bahan-bahan makanan seperti sayur-sayuran dan ikan yang dijual di negara ini.

Baginda mahu agar ianya dikawal dengan rapi lebih-lebih lagi sayur-mayur yang didatangkan dari luar negara.

"Beta telah menyebut tentang bahan-bahan ini perlu dilindungi dari berbagai jenis racun yang memudaratkan. Hari-hari kita makan sepatutnya hari-hari juga kita mesti peka dan prihatin mengawalnya. Sayur-sayuran sekarang banyak yang didatangkan dari negara luar. Adakah ia diperika atau dianalisis kandungannya sebelum dipasarkan. Maksud beta pada setiap hari bukannya kadang-kadang," titah baginda.

Justeru itu, baginda melahirkan pertanyaan bagaimanakah pengawalan dibuat jika ada. Apa yang biasa dilihat, titah baginda lagi, kenderaan-kenderaan yang membawa sayur-mayur yang datang daripada luar terus saja menuju pasar dan memunggahnya untuk dijual.

"Kalau ini diperiksa, di mana pemeriksaan itu dibuat? Dengan apa cara? Apakah ditengok saja? Menggunakan alat? Atau alat macam mana? Apakah pernah berlaku sayur-mayur diperiksa dan didapati tidak lulus untuk dimakan? Jika pernah, apakah yang dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan? Adakah sayur itu ditahan atau dimusnahkan atau disuruh bawa balik semula ke tempat asalnya. Pernahkah ini berlaku? Kalau tidak pernah ertinya mungkin saja tidak ada penguatkuasaan mengenainya," titah baginda melahirkan pertanyaan.

Menurut baginda, kalau di tempat lain ada negara yang mempunyai peraturan sangat kemas di mana setiap sayur-mayur yang hendak dibawa masuk daripada negeri lain akan diperiksa terlebih dahulu. Jika didapati terdapat sayur-mayur yang dibawa masuk tidak boleh diluluskan berdasarkan piawaian tertentu maka lori atau kenderaan yang membawanya akan disuruh balik dengan bahan-bahan tersebut itu sekali. Malah kalau ada kenderaan-kenderaan lain di belakangnya yang juga membawa bahan-bahan jenis yang sama ini pun akan disuruh pulang begitu sahaja tanpa perlu diperiksa lagi.

Cara seumpama ini, titah baginda memang berkesan untuk memastikan orang akan lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya mesti memenuhi syarat-syarat piawaian bagi bahan-bahan makanan yang akan dibawa masuk itu yang dilakukan pada setiap hari. Ertinya, titah baginda lagi mereka lebih rela menerima risiko tidak mendapat bekalan sayur daripada mendapatnya tetapi membahayakan.

"Mengapakah ini tidak kita pelajari," tanya baginda semasa bertitah di Sesi Dialog Bersama dengan Kementerian Kesihatan.

Berhubung dengan ikan pula, baginda bertitah kemungkinan terdapat pelbagai jenis pengawet ditaruh oleh pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu supaya ikan tersebut kelihatan sentiasa segar untuk menarik pelanggan.

Kerana itu, jelas baginda, orang mungkin menggunakan bahan-bahan kimia walaupun ia terlarang.

Di antara bahan tersebut, titah baginda, seperti larutan fomilia yang dijadikan pengawet makanan laut terutama ikan yang juga digunakan untuk mengawet organisme hidup seperti daging bagi menjadikannya tahan lama.

Apa yang diketahui, jelas baginda larutan inilah juga yang digunakan untuk mengawet mayat manusia.

Baginda mengingatkan bahawa bekalan ikan tempatan belumlah mencukupi di mana kita masih menerima bekalan dari luar dengan banyaknya.

"Apakah tidak mungkin para pembekal atau pengusaha daripada luar itu menggunakan bahan yang terlarang ini. Jangan kita senang-senang terima saja. Orang mahu laris dan mahu untung besar boleh sahaja bertindak apa yang mereka mahu tanpa menghiraukan kepentingan pengguna. Ini adalah sangat lumrah berlaku. Kerana itu janganlah kita senang-senang terima saja. Kita mesti hadapi dan fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang negatif ini. Dengan apa? Dengan ikhtiar dan langkah-langkah yang berkesan.

"Kita mesti teliti dan pastikan benar-benar yang ianya tidak berlaku. Kalau berlaku, apa tindakan untuk mencegahnya sehingga kita semua selamat," titah baginda.

Selain makanan yang tidak selamat dari segi kesihatan, dari segi hukum suci juga turut berbangkit. Misalnya, titah baginda, sudah disebut-sebut orang berdasarkan kajian saintifik bebola ikan (fish ball) yang menjadi makanan kegemaran juga sudah ada yang turut didapati sebagai tidak suci, tidak halal kerana dikatakan mengandungi bahan pengetal yang berasal daripada darah haiwan yang telah diproses sehingga menjadi serbuk yang dipanggil serbuk protein plasma.

Perkara seumpama ini, titah baginda juga jangan diabaikan dan malah penguat kuasa halal haram juga perlulah turut sama dengan pihak-pihak pengkaji bagi menanganinya.

Malah, titah baginda lagi, orang juga sudah mempersoalkan tentang bahan-bahan pewangi dalam produk kecantikan dan kajian juga mendapati bahawa terdapat beratus-ratus jenis kimia toksid terkandung di dalam pewangi.

Menurut baginda, apabila benda ini disapu pada kulit kimia beracun itu akan terus meresap ke dalam saluran darah dan akan menjejaskan organ-organ penting. Bahan-bahan ini juga akan memenuhi hidung apabila ia terhidu.

"Ini benda yang dicium atau disapu pada kulit badan. Betapa benda yang dimakan. Oleh itu bergeraklah, jangan tunggu lama-lama perkara makanan ini beta telah timbulkan dan menunggu respons tetapi selama ini hanya sepi dan sejuk sahaja," titah baginda

Sehubungan dengan titah baginda tersebut NDP penuh berharap ianya akan diberikan perhatian penuh dan diambil tindakan segera oleh semua pihak yang berkenaan.

Kita maklum buat masa ini sudah terdapat mekanisma-mekanisma tertentu yang diselanggarakan oleh beberapa pihak-pihak berwajib dalam usaha memantau dan mengawal kemasukkan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang memudaratkan ke negara ini.

Negara juga sudah mempunyai mekanisma pemantauan dan pengawalan makanan halal, haram serta sudah sekian lama menwujudkan National Scientific Laboratory yang bertanggungjawab memberikan khidmat sokongan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain dalam bidang penganalisaan bahan-bahan toxic dan sebagainya.

Tetapi jelas ianya kurang berkesan dan perlu dikaji semula bagi tujuan memantapkan lagi sistem yang sudah sedia ada.

Untuk itu NDP melihat perlunya diwujudkan mekanisma yang lebih mantap dan bersepadu bagi pemantauan dan pengawalan kemasukkan dan pengedaran ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan serta produk-produk pengguna yang lain di negara ini. Ianya boleh berbentuk sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab khusus dan mempunyai kapisiti dan keupayaan canggih dalam usaha melindungi kepentingan pengguna.

Tidak kurang penting kita perlu meneliti semula Akta Pengguna (jika ada), Akta Kesihatan Awam dan Akta Racun bagi tujuan menimbangkan sama ada ia perlu digubal agar lebih berkesan dalam melindungi kepentingan pengguna di negara ini. Dari sudut yang lain kita perlu menimbangkan pembentrukkan sebuah tribunal aduan awam dalam mekanisma yang dicadangkan. Ini perlu bagi menjamin pengguna dapat pembelaan yang sewajarnya.

Dalam hubungan ini, NDP bersedia untuk memberikan khidmat pemantauan di pasaran melalui Biro Pengguna yang telah ditubuhkan.

Melalui biro ini NDP akan membantu dalam bidang pemantauan dan berusaha menyalurkan maklumat kepada agensi pengguna yang dicadangkan. Insya Allah.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.