Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

UMNO dan proses peralihan tampuk pimpinan

Pada 10 Julai lalu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi telah mengumumkan pendirian beliau untuk menyerahkan teraju kepimpinan negara dan juga parti (UMNO) kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Pengumuman ini, sesuatu yang sebenarnya sudah begitu lama ditunggu-tunggu oleh semua pihak, telah disambut baik oleh sebahagian besar ahli dan pemimpin parti.

Ketika mengumumkan keputusan beliau itu, Datuk Seri Abdullah menjelaskan bahawa ahli-ahli UMNO mahukan proses peralihan kuasa berkenaan berjalan dalam suasana aman, elok dan baik supaya segala rancangan melibatkan projek pembangunan yang diatur selama ini akan berjalan lancar.

Beliau juga turut memberi jaminan segala projek pembangunan akan berjalan dengan baik sepanjang tempoh dua tahun pelan peralihan kuasa itu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus memimpin negara.

Dalam reaksi beliau terhadap pelan peralihan kuasa itu Datuk Seri Najib telah menyatakan rasa terima kasih dan perasaan terharu beliau di atas keputusan perdana menteri untuk menyerahkan kuasa kepada beliau dua tahun dari sekarang.

Datuk Seri Najib juga turut menyatakan komitmen beliau untuk mempersiapkan diri bagi menjayakan pelan peralihan kuasa itu, khususnya dari sudut penimbaan pengalaman serta pengetahuan bagi membolehkan beliau menggalas tugas yang lebih berat dengan jayanya apabila tiba masanya nanti.

Di kalangan umum, khususnya di peringkat kepimpinan pelapis dalam UMNO, pelan peralihan kuasa tersebut telah diterima dengan reaksi yang bercampur-campur.

Secara umum, sebahagian besar daripada mereka menerima baik pelan berkenaan dengan berpendapat ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu meredakan tekanan terhadap persoalan sampai bila Datuk Seri Abdullah akan terus kekal menerajui kepimpinan UMNO dan negara.

Ini disebabkan adanya tanggapan umum bahawa kemerosotan kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu sebahagiannya turut dikaitkan dengan kelemahan perdana menteri dalam memimpin parti dan mengurus-tadbirkan negara.

Kewujudan tanggapan seperti ini kemudiannya mengundang kepada timbulnya desakan kuat di kalangan beberapa pihak, termasuk mantan perdana menteri, Tun Mahathir dalam mendesak Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasanya kepada timbalan beliau, Datuk Seri Najib.

Di sebalik adanya penerimaan sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO terhadap pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah itu, wujud beberapa pihak yang mempamirkan reaksi yang sedikit bercanggah.

Di antara mereka ada yang berpendapat bahawa pelan tersebut agak terlalu panjang.

Mereka ini dikatakan berharap untuk melihat pelan peralihan kuasa itu berlaku pada penghujung tahun ini kerana bimbang dengan suasana politik dan ekonomi yang ada, kerajaan BN mungkin akan terus berhadapan dengan pengikisan imej serta popularitinya untuk kelak berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, wujud juga pandangan pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa Datuk Seri Abdullah tidak sepatutnya membuat pengumuman sebegitu rupa kerana ianya dianggap sama sekali bercanggah dengan perlembagaan parti UMNO.

Perlembagaan UMNO memperuntukkan jawatan presiden adalah diisi secara pemilihan, bukannya secara perlantikan, hatta peralihan kuasa oleh mana-mana pihak sepertimana yang cuba dilakukan sekarang.  Justeru itu, mereka mendesak agar urusan pemilihan pemimpin pada masa mendatang dilakukan berpandukan kepada semangat serta perlembagaan parti.

Polimik-polimik seperti ini, sehingga sekarang, telah mencetuskan perdebatan yang berpanjangan, lebih-lebih lagi tatkala UMNO akan menghadapi proses pemilihan parti pada penghujung tahun ini. Di pihak kepimpinan atasan dalam parti, wujud usaha untuk meminta ahli menerima pelan yang telah diketengahkan itu demi untuk memastikan UMNO dan politik negara akan terus stabil.

Bagaimanapun, di kalangan pihak yang tidak berpuas hati dan tidak merestui pelan berkenaan, mereka berharap proses pemilihan UMNO yang akan berlangsung nanti akan menjadi medan untuk menentukan siapakah sebenarnya yang direstui oleh parti untuk berada ditampuk kepimpinan atasan dalam parti dan juga negara.

Dengan kata lain, mereka mahu supaya proses pemilihan pucuk pimpinan parti dan negara dikembalikan kepada hak ahli dalam parti, bukannya hak mutlak mana-mana individu, apa lagi memandangkan pelan yang diketengahkan itu bukanlah mendapat sokongan bulat ahli-ahli parti.

Setakat ini telahpun kedengaran ada individu tertentu yang cuba menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan presiden parti.

Mereka ini dikatakan berharap agar proses pencalonan melalui mesyuarat UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang sedang berlangsung sekarang akan dapat memberi gambaran sebenar mengenai hasrat sebenar majoriti ahli dalam UMNO. (Ini disebabkan adanya syarat pertandingan yang ditetapkan dalam parti yang memerlukan mana-mana individu yang ingin bertanding merebut jawatan tertinggi perlulah memperolehi pencalonan yang mencukupi sebelum layak bertanding).

Kewujudan faktor seperti ini telah mendorongkan pucuk pimpinan UMNO mengambil langkah secara berterusan dalam meminta ahli menerima pelan peralihan kuasa yang telah diumumkan itu.

Tujuannya adalah untuk memastikan tidak akan berlaku perebutan jawatan di peringkat kepimpinan atasan dalam parti kerana jika ini berlaku, ianya dikhuatiri mungkin boleh mendedahkan UMNO kepada perpecahan sekali lagi sepertimana yang berlaku beberapa kali sebelum ini.

Dalam keadaan UMNO dan BN pada masa ini berhadapan dengan saingan sengit parti-parti pembangkang yang berazam untuk menukar kerajaan dalam tempoh terdekat, sebarang perpecahan dalam mana-mana parti komponan, terutama UMNO yang menjadi tulang belakang kepada BN, sudah pastinya boleh membahayakan kedudukan parti dan kerajaan yang memerintah.

Justeru itulah, pesanan demi pesanan dibuat oleh pemimpin di peringkat atasan supaya ahli UMNO terus bersatu dan mengelak sama sekali daripada terjerumus ke kancah perpecahan semata-mata kerana merebut jawatan tertentu di dalam parti.

Atas perhitungan inilah juga, dipercayai, pelan peralihan kuasa itu dibuat dengan rakyat dimaklumkan secara lebih awal tentang proses peralihan kuasa yang akan berlaku apabila tiba masanya nanti.

Justeru dengan adanya pemberitahuan yang sedemikian rupa, ahli-ahli UMNO secara khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya diminta supaya terus bersatupadu dengan menerima formula yang telah diutarakan yang mana ianya jika dapat dilaksanakan dengan sempurna, sudah pasti akan dapat menghindarkan ahli-ahli UMNO daripada perpecahan. (mmo)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.