Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Strategi sekuriti makanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai 2008 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan pentingnya agenda sekuriti permakanan (Food Seurity) di utamakan demi kepentingan keselamatan negara dan survival bangsa.

Kearah itu Baginda menyeru agar di laksanakan pembentukan segera pelan strategi dan dasar pertanian negara.

"Antara lain pelan strategi dan dasar itu mesti menjadikan jaminan sekuriti makanan sebagai salah satu agendanya", titah baginda di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman hari ini sempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan Baginda.

Baginda bertitah demikian di kala dunia sedang berhadapan dengan krisis permakanan yang membimbangkan dan jelas agak mengecewakan Baginda apabila melihat negara belum nampak bersedia menghadapai kemungkinan-kemungkinan yang boleh sahaja menjejaskan ketenteraman negara.

Tegas Baginda Sultan kenapa pihak berkenaan negara ini seolah-olah tidak berbuat apa-apa menghadapi krisis bekalan makanan global, termasuk beras yang kini menjadi isu menyeluruh termasuk di kalangan negara-negara pengeluar.

"Jika ada negara pengeluar beras yang sudah mampu memenuhi 70 peratus keperluannya sendiri masih saja sibuk menggubal dasar untuk sampai ke tahap 100 peratus mencukupi, mengapakah kita, yang cuma baru setakat mampu menampung sekitar 3.12 peratus tidak menyingsing lengan meningkatkan industri penghasilan beras negara?" soal Baginda Sultan.

"Pada ingatan Beta, perkara in telah pun berulang kali beta timbulkan sejak dari beberapa tahun lagi."

Baginda Sultan menegaskan bahawa perbelanjaan untuk subsidi beras kini semakin meningkat namun demi kesejahteraan rakyat dan penduduk harga beras masih saja di tahap biasa.

Kerajaan, tegas Baginda, akan terus meletakkan beras sebagai keperluan asas yang terus diberikan subsidi.

Bagaimanapun tegas Baginda Sultan, Brunei tidak dapat lagi semata-mata bergantung kepada ihsan alam luar negara untuk mendapatkan beras walaupun mampu mengadakan peruntukan untuk itu.

"Sikap semata-mata bergantung kepada wang ringgit untuk mengisi perut sudah tidak relevan lagi dengan terjadinya krisis makanan ini," titah Baginda.

Krisis makanan dunia, titah baginda, benar-benar menimbulkan kebimbangan global apabila pengeluaran beberapa jenis bijirin asasi termasuk beras telah mendadak susut di negara-negara pengeluar utamanya.

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK

Baginda Sultan juga bertitah mengumumkan kerajaan akan terus mengekalkan mekanisme subsidi harga minyak walaupun harga minyak dunia terus meningkat yang sekali gus menyaksikan subsidi minyak terus meningkat tahun ini berbanding $200 juta pada tahun lalu.

Namun demikian, Baginda Sultan bertitah mengingatkan setiap anggota masyarakat perlulah sama-sama memikul tanggungjawab mengamalkan penjimatan khasnya dalam penggunaan minyak kenderaan dan penggunaan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber gas negara.

ISU KENAIKKAN HARGA BARANGAN

Mengenai isu kenaikan harga barangan khasnya barang-barang keperluan asas yang merupakan fenomena global pada masa ini, Baginda Sultan bertitah memberi ingatan supaya semua pihak - pembekal dan peniaga - tidak menaikkan harga barangan mereka sewenang-wenangnya demi kebaikan bersama.

ISU EKONOMI

Menyentuh usaha menjana ekonomi, Baginda Sultan bertitah menegaskan perlunya penggemblengan tenaga serta melipatgandakan usaha menangani semua bentuk keperluan dengan mengemaskinikan segala perancangan dan pelaksanaan sumber tenaga manusia serta dasar-dasar yang berkaitan.

Baginda Sultan bertitah memberi contoh bahawa kerajaan menyediakan peruntukan hampir $28 juta dari Dana Sumber Tenaga Manusia untuk Skim Latihan bagi Program Khas Graduan Mencari Pekerjaan dan Program Khas Lepasan Sekolah yang diharap dapat membantu mengurangkan pergantungan sektor swasta kepada tenaga kerja luar negara serta mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.

ISU KESELAMATAN SOSIAL

Mengenai isu keselamatan sosial, khasnya yang membabitkan penyaraan diri dan keluarga sesudah bersara, Baginda Sultan bertitah mengumumkan menyatakan kerajaan sedang meneliti mekanisme yang lebih menjamin kehidupan hari tua rakyat dan penduduk selain memandu pelaksanaan serta penambahbaikan dasar atau sistem persaraan di negara ini.

Baginda Sultan bertitah menegaskan bahawa perancangan bagi mengubah cara hidup daripada masyarakat pengguna kepada masyarakat penabung juga haruslah dijana lebih awal.

ISU ALAM SEKITAR

Baginda Sultan juga bertitah sudah sampai masanya isu pengawalan pembuangan sisa-sisa pepejal dan sampah sarap termasuk pembuangan kimia dan biokimia berbahaya ditangani dengan lebih serius lagi kerana kelalaian memelihara alam sekitar akan membawa padah besar.

Status negara maju yang diidam-idamkan negara tidak akan dicapai jika pengurusan sampah sarap pun masih di tahap lembap dan lemah titah baginda seraya menitahkan agensi-agensi berkaitan hendaklah lebih tegas, cepat dan berpandangan jauh dalam mengatasi masalah sampah itu.

"Orang ramai juga sangat perlu memberikan kerjasama erat untuk menggunakan tempat-tempat pembuangan sampah yang telah disediakan.

"Dengan adanya tindakan bersepadu, Insya-Allah, kita akan dihadiahkan dengan jaminan udara serta persekitaran yang lagi sihat," titah baginda.

ISU KESIHATAN

Baginda Sultan juga sangat mengalu-alukan pengawalan penggunaan dan pemasaran produk tembakau dan berharap kadar penyakit yang berpunca daripada penggunaan tembakau akan berkurangan.

Menangani tabiat merokok di negara ini bukanlah satu isu sukar seperti yang dialami oleh negara-negara lain kerana menurut Baginda Sultan, "kita tidak ada sebarang kepentingan langsung dengan rokok, maka kita boleh tentukan sikap dan pendirian kita pada bila-bila masa saja."

ANTARABANGSA

Dalam arena antarabangsa pula, hubungan Brunei dengan negara-negara jiran dan sahabat semakin erat dan meningkat disebabkan oleh dasar luar negara yang berprinsip lagi pragmatik, titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan bertitah menjelaskan bahawa komitmen Brunei untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau dikukuhkan lagi oleh penandatanganan "Piagam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)" ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura tahun lalu.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.