Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Raja bukan sekadar pelengkap

Oleh Azman Zakaria

KUALA LUMPUR: Raja sebagai sebahagian daripada institusi negara berasa peranan mereka tidak sekadar pelengkap kepada adat kerana raja bukannya daripada kalangan insan yang buta, pekak dan bisu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah, pandangan berterus terang raja dalam perkara berkaitan perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah atas hasrat untuk memastikan negara terus kukuh dan aman dengan rakyat sejahtera dan makmur.

"Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan mereka. Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka.

"Biar apapun sistem raja itu dilandaskan, peranan raja bukan sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas keraian dan istiadat semata-mata. Raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa, tanpa jiwa," titahnya ketika menyampaikan titah syarahan bertajuk 'Institusi Beraja' pada majlis Intan Premier Talk di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, di sini semalam.

Baginda bertitah, institusi raja mempunyai landasan sejarah dan tradisi panjang dalam sistem berkerajaan di negara ini dan tempoh 50 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan memberikan cukup tempoh untuk raja-raja mencapai satu tahap kematangan untuk memahami peranan terutama ketika negara menghadapi krisis.

Untuk memastikan takhta kekal dihormati, baginda bertitah, raja wajib bersifat berkecuali dengan memisahkan diri daripada terbabit dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen mana-mana pihak dalam persaingan mendapatkan kuasa politik.

"Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang membabitkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi. Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, raja hanya terbabit pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah baginda yang turut menjelaskan isu pelantikan Menteri Besar Perak, Selangor, Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum lalu serta isu arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak baru-baru ini.

Baginda juga bertitah, sistem Raja Berperlembagaan perlu ditafsir sebagai perkongsian kuasa antara raja dan rakyat, dengan raja menjadi sumber rujukan ketika berlakunya krisis di kalangan rakyat.

Baginda bertitah, raja memastikan berlaku mekanisme semak dan imbang secara adil antara cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman yang sekali gus memperkukuhkan institusi demokrasi dalam negara.

"Secara umum raja bertindak berasaskan nasihat pimpinan kerajaan pilihan rakyat," titah baginda. (Berita Harian)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.