Daily Info


Today's Weather

Prayer Time
Government News

Business Center
Business Directory

Brunei SMEs
Brunei's Info

About Brunei
Government Contacts

Brunei Darussalam and the IMF

The EU's relations with Brunei

 

THIS WAY TO ASPIRASINDP INFOTAINMENT SITE
Email




Your News Links


UCAPAN PRESIDEN SEMPENA PERASMIAN KONGRES AGUNG PERTAMA NDP 2006

 

 

 
 
 

 
 
Web  www.aspirasi-ndp.com

 

Menyusur Desa Bertanya Khabar

Pertemuan penuh kenangan

LIMBARUH HIJAU 14 JULAI 2008 - LEBIH dua dekad dulu pagar tahanan menjadi pemisah antara Awang Kasim bin Abdullah atau Kayan ak Daggang seorang bekas warder tahanan politik dengan mereka-mereka yang di kurung.

Ketika itu walaupun pagar tahanan menjadi pemisah, namun ia tidak menjadi halangan bagi Awang Kasim yang berbadan kecil tapi berhati besar itu untuk melayani orang-orang tahanan politik di bawah jagaannya dengan berhemah dan penuh peri kemanusiaan.

Beliau sentiasa melayani orang-orang tahanan di

bawah jagaannya dengan baik dan penuh kemesraan. Dia tidak pernah memandang rendah kepada orang-orang tahanan, malah sentiasa melayan mereka seperti kawan.

Sikpanya yang baik dan mesra ini lah menjadi kenangan kepada sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Ahmad Timpus, Pengerusi Bersama Biro Penyeledikkan dan Organisasi dan Awang Mahmud

Besiuni (Hasnan) Othman.

Begitu juga halnya dengan Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP yang pernah di bawah jagaan Awang Kasim buat beberapa bulan dan Awang Haji Hanafi Haji Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong yang pula mengenali Awang Kasim sebagai polis biasa nombor 163 sebelum di tugaskan menjadi warder

penjara Jerudong dan Berakas.

Kenangan indah ini menjadi bahan perbualan di pertemuan yang tidak dijangkakan antara romobongan Ayahnda Presiden NDP dan Awang Kasim di rumah usang beliau di kawasan Mukim Labi pada sebelah petang 9 Julai baru
lalu.

Rombongan Presiden yang di ketuai oleh Awang Abdullah Bahjou, Pengerusi Jawatankuasa Program Menyusur Desa, berada di kawasan tersebut dalam rangka program 'Menyusur Desa Bertanyakan Khabar Berita' ahli-ahli NDP di kawasan-kawasan pendalaman di Labi, terutama mereka yang dari golongan miskin.

Ianya di anjurkan oleh Jawatankuasa Program Menyusur Desa sempena Bulan Perayaan NDP memperingati hari ulang tahun keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan ke-62 tahun yang bermula pada 1 Julai lepas.

Dalam rangka lawatan tersebut rombongan Presiden agak terperanjat juga apabila melihat

Awang Kasim yang sekarang berumur lebih kurang 80 tahun, yang mereka kenali menjemput, mereka naik ke rumah usangnya.
Tidak mereka sangkakan Awang Kasim, yang pernah menabur bakti kepada
negara ketika bertugas sebagai polis dan juga warder sekarang hidup dalam keadaan daif.

Sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan, beliau telah di anugerahkan dengan hampir 10 biji pingat termasuk pingat pahlawan atas kesetiaan dan kecemerlangan yang di tunjukkan ketika bertugas.

Pingat-pingat ini, menurut Awang Kasim telah di pinjamkan kepada Polis DiRaja Brunei baru-baru ini untuk di tayangkan di majlis memperingati 100 tahun penubuhan pasukan polis di Brunei.

Namun demikian hingga sekarang beliau yang sudah tinggal di Brunei sejak lebih 50 tahun masih memeggang kad pengenalan unggu dan begitu juga dengan beberapa orang anak-anak beliau yang belum mendapat kerakyataan Brunei.

Di pertemuan itu Ayahnda Yasin Affandy mengambil kesempatan menyampaikan sedikit derma berupa dua kampit beras dan makanan asas yang lain kepada keluarga Awang Kasim.

Sementara itu dari rumah Awang Kasim, rombongan bergerak pula ke rumah panjang Mendaram Kecil dan Mendaram Besar untuk menjenguk ahli-ahli NDP dan keluarga mereka d sana.


 

 
   
 
 
   
   
President of NDP
 


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

 
Deputy President
 

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

 
Secretary-General
 

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali

 
 
 






Copyright © 2006 Aspirasi-NDP.com. All Rights Reserved.
Web-designed and hosted by Gawi Company.