TUTONG 18 JULAI 2008 - HAMPIR 100 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Tutong
ikut serta menjunjung keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Daerah Tutong kelmarin untuk bersama rakyat di acara ramah mesra sempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan baginda.
|
Naib Presiden NDP Tutong, Awang Haji Hanafi Awang Haji Mohd Daud, Awg Haji Aminorashid, Setiausaha Agung NDP serta beberapa ahli Majls Tertinggi NDP Tutong dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa lantikan MT juga turut serta di acara yang penuh bermakna itu.
Ketibaan baginda di petak NDP di sambut dengan mesranya oleh Awang Haji Hanafi dan
|
|
Awang Haji Aminorashid. Walaupun dalam keadaan bersesak-sesak, baginda tetap tidak menghampakan harapan ahli-ahli NDP yang hadir. Bagnda dengan senang hati menghulurkan tangan bersalaman dan menerima ucapan selamat ahli-ahli dengan senyuman mesra.
Keberangkatan Baginda Sultan di iringi oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Mud
|
Mahkota Haji Al-Muhtaee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Mahatraja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YTM Paduka Seri Dui Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Mud 'Abdul Mateen. |

Bergambar bersama YAM Pengiran Anak Khairul Khalil |
Tahun ini merupakan kali pertama NDP Tutong ikut serta di acara yang gemilang tersebut dan jelas ianya merupakan satu kenangan yang tidak dapat di lupakan oleh ahli-ahli yang mengambil kesempatan untuk bersama baginda di hari memperingati ulang tahn kelahiran baginda itu.