Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP Belait junjung ziarah KDYMM

BELAIT 20 JULAI 2008 - BERIBU-RIBU rakyat dan penduduk di Daerah Belait membanjiri dataran Bandaran Kuala Belait kelmarin untuk bersama raja yang di sayangi yang telah berkenaan berangkat ke Daerah Belait untuk bersama rakyat di acara ramah mesra sempena hari ulang tahun ke-62 keputeraan baginda.

Lebih 100 orang ahi-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan di ketuai oleh Naib Presiden NDP, Awang Sulaiman Metrasad juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan acara semepena keberangkatan raja yang di kasihi ke daerah Belait itu.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Belait dengan di iringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri .
Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Bagi memeriahkan dan menyemarakan sambutan sempena keberangkatan Baginda Sultan, lebih 3000

penuntut-penuntut sekolah dan ahli-ahli persatuan belia muda remaja mempersembahkan persembahan khas berbentuk puisi, irama nasyhid dan lagu-lagu patriotik dengan irama muzik dakwah.

Persembahan di akhiri dengan lagu Wawasan Brunei muzik ciptaan Awang Mahdi Haji Suhaili

dengan liriknya di sediakan oleh Dr Haji Harun Mokti. Kemeriahan suasana majlis ramah mesra dan junjung ziarah daerah Belait jelas terlihat di wajah setiap rakyat dan

penduduk yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Baginda Sultan serta kerabat diraja yang lain sebaik sahaja Baginda dan kerabat turun dari pentas diraja untuk beramah mesra bersama rakyat.

Ahli-ahli NDP yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Baginda dan kerabat diraja yang lain sebaik .

sahaja Baginda singgah ke petak yang telah di khaskan untuk NDP.

Apa yang menjadi kebangaan ahli-ahli NDP ialah apabila Baginda Sultan berkenaan untuk membubuh tanda tangan Baginda ke atas potrait wajah Baginda yang telah di tempah khas oleh NDP sebagai tanda kasih dan kenang-kenangan sempena keberangkatan Baginda ke Belait.

DISEBALIK KEMERIAHAN

Sementara itu di sebalik kemeriahan acara keberangkatan raja yang di kasihi, anggota-anggota Persatuan Bulan Sabit Merah pula sibuk memberikan bantuan kecemasan kepada lebih 30 orang anak-anak sekolah yang masih kecil (berumur antara 7 ke 9 tahun) yang telah mengalami keletihan berlebihan dan sesak nafas.

Peserta-peserta persembahan yang masih mentah itu ada yang rebah pengsan ketika membuat persembahan di hadapan ribuan penonton-penonton termasuk yang berada di pentas di raja.

Beberapa orang pemerhati yang menyaksiakan kejadian tersebut rasa terkilan melihatkan terlalu ramai kanak-kanak di acara padang pada tahun ini yang terpaksa di berikan bantuan kecemasan.

AspirasiNDP cuba mendapatkan

maklumat dari beberapa orang kanak-kanak yang terjejas dan di maklumi mereka telah di arahkan untuk berada di atas pentas di bawah panas terik sebelum jam 7 pagi lagi.

Mereka, menurut maklumat yang di terima, telah di berikan minuman dan makanan untuk sarapan pagi sebelum 'berjemur' di bawah matahari pagi yang terik itu.

Tetapi sepanjang hampir 3 jam berdiri di atas pentas persembahan dalam suasana panas terik itu, mereka tidak di bekalkan dengan air minuman untuk mengelakkan mereka dari keletihan panas (heat exhaustion).

Hanya apabila semakin banyak yang tumbang barulah terlihat sebilangan ahli-ahli jawatankuasa sibuk mengagihkan air-air minuman dalam kemasan.

Pemerhati-pemerhati yang menyaksikan kejadian yang menyedihkan itu rata-rata berpandangan

jawatankuasa perayaan sepatutnya akan lebih peka dengan keselamatan kanak-kanak sekolah yang masih kecil yang menyertai acara persembahan.

Mereka berpandangan jawatankuasa sepatutnya tidak hanya mementingkan kualiti persembahan untuk menguja penonton tapi

sepatutnya meletakkan keselamatan dan kesejahteraan peserta terutama yang masih kecil sebagai perkara terpenting bagi mereka.

Di perkembanagn yang lain, sebilangan rakyat dan penduduk termasuk juru-juru gambar yang hadir di acara ramah mesra bersama rakyat juga rasa terkilan dengan cara jawatankuasa perayaan mengawal orang ramai ketika

keberangkatan KDYMM untuk bersalaman dengan rakyat Baginda.

Mereka merasakan apakah perlu ahli-ahli jawatankuasa berjajar-jajar panjang mengawal orang ramai agar tidak melimpasi batasan untuk menghampiri raja yang mereka kasihi hingga menyebabkan ketidak selesaan bagi KDYMM dan kerabat yang lain serta orang ramai untuk beramah mesra.

Dengan kahadiran berpuluh-puluh ahli-ahli jawatankuasa perayaan megiringi KDYMM dan rombongan, keadaan bertambah sempit dan sesak untuk acara ramah mesra berjalan dengan selesanya.

Sementara itu acara ramah mesra bersama rakyat di Belait juga menyaksikan sekali lagi KDYMM menunjukkan contoh yang baik dalam berjimat cermat dalam keadaan dunia sekarang di landa krisis tenaga.

KDYMM yang di iringi oleh adinda dan anaknda-anaknda baginda tiba di perkarangan dataran Bandaran dengan mengunakan sebuah kenderaan sahaja.

Sehubungan dengan ini NDP berharap agar menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain juga mengambil contoh yang di tunujukkan oleh Baginda Sultan itu iaitu dengan berkongsi kenderaan apabila menghadiri majlis-majlis dan acara-acara. (MHO)

 

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.