Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menjunjung Titah Jaminan Keselamatan Sosial

LIMBARUH HIJAU 7 JULAI 2008 - TITAH KDYMM Baginda Sultan berkenaan usaha Kerajaan baginda untuk meneliti mekanisme yang boleh memberikan jaminan kehidupan rakyat yang lebih baik di hari tua sangat di alu-alukan oleh seluruh anggota Parti Pembangnan Bangsa (NDP) dan juga rakyat jelata yang lain.

NDP dalam hal ini melihat titah KDYMM Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut sebagai satu lagi langkah bijaksana baginda memimpin Negara dan bangsa ke arah memastikan negara dan bangsa akan terus dapat menikmati status negara makmur dan sejahtera yang berkekalan.

Apa tidaknya melalui mekanisme yang lebih efektif negara akan pasti lebih berupaya menyediakan sistem keselamatan sosial yang boleh menyelamatkan negara dari terus menyaksikan pertumbuhan penduduk miskin, terutama sekali dari kalangan pesara-pesara.

Kerana menurut baginda Sultan mekanisme yang akan di teliti turut membabitkan penyaraan diri dan keluarga sesudah bersara yang lebih menjamin kehidupan hari tua rakyat dan penduduk selain memandu pelaksanaan serta penambahbaikan dasar atau sistem persaraan di negara ini.

Kita panjatkan doa mudah-mudahan segala usaha yang berkebajikkan ini akan berjaya.

Titah Baginda Sultan tersebut memberikan lagi kekuatan semangat untuk NDP terus komited dalam memberikan sokongan dan dokongannya ke atas segala usaha untuk merealisasikan wawasan Negara Brunei Darussaalam sebagai negara Melayu, Islam, Beraja, aman, makmur, sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah.

Sehubungan dengan itu, titah Baginda
Sultan juga mengingatkan kita akan kenyataan yang di buat oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan NDP ke-3 Jun lepas berhubung isu yang sama.

Dalam Ucapan Dasar, Presiden NDP menyatakan keyakinan bahawa melalui perancangan yang rapi di sertai kesungguhan dan iltizam semua pihak, Negara akan mampu membendung kemiskinan dari terus berleluasa.

Katanya Brunei boleh dianggap negara yang kaya kerana mempunyai pendapatan per kapita KDNK hampir BND 48,000 dengan KDNK negara berjumlah BND 15.9 bilion pada akhir RKN8.

"Dari segi teori dengan pendapatan yang begitu tinggi, soal kemiskinan sepatutnya tidak menjadi isu di negara kita ini".

"Soalnya di sini, ialah mengapakah negara Brunei Darussalam masih belum berupaya membebaskan diri dari isu dan permasalahan kemiskinan?"

"Barangkali sistem agihan kekayaan yang lemah dan tidak cekap menyebabkan wujudnya masalah kemiskinan atau mungkin ada faktor-faktor yang lain yang selama ini tidak didedahkan kepada khalayak ramai?', ujar Presiden NDP.

Menurut Presiden NDP satu kajian mengenai kemiskinan yang dibuat oleh sebuah institusi pengajian tinggi tempatan antara tahun 2001-2002, telah menunjukkan model-model yang digunapakai untuk mengenal pasti kadar asas kemiskinan, absolute poverty.

Berdasarkan dapatan kajian itu, tabahnya, kadar sara hidup yang dikenalpasti bagi seorang ialah BND 280.00 sebulan.

"Dapatan kajian oleh Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS), pula menunjukkan bahawa warga perkhidmatan awam yang dilantik dalam dalam skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan yang akan bersara pada 2023 dengan sendirinya akan jatuh ke dalam jurang absolute poverty dalam jangkamasa tidak sampai setahun selepas bersara".

"Ini kerana kajian tersebut menunjukkan faedah persaraan yang akan diterima hanya mampu bertahan untuk tempoh 10 bulan sahaja berdasarkan gaya perbelanjaan sekarang dan kos kehidupan yang pastinya meningkat di kala itu".

Sehubungan dengan itu, Presiden NDP meluahkan harapan agar Kerajaan Kebawah DYMM menaikkan peruntukan Elaun Usia Tua BND 250 sebulan kepada BND 400, dan usia penerima diturunkan daripada 60 tahun kepada 56 tahun.

"Kita juga berharap agar Kerajaan Kebawah DYMM dapat menimbangkan pemberian kurnia khas yang diberikan kepada kaki tangan awam sejumlah BND 200 seterusnya dilaratkan juga kepada kakitangan sektor swasta, dan kakitangan syarikat-syarikat tempatan bagi merangsang belia-belia yang menganggur agar tidak terlalu memilih pekerjaan", kata Presiden NDP.

Presiden NDP seterusnya merayu agar Kerajaan Kebawah DYMM turut mengkaji semula kebajikan kakitangan perkhidmatan awam peringkat rendah dengan memperbaiki skim perkhidmatan dan gaji yang diterima dengan menetapkan kadar gaji mimima bagi skim perkhidmatan terendah tidak kurang daripada BND 35.00 sehari dan kenaikan tahunan tidak kurang daripada 10 peratus. Di samping itu, skim-skim perkhidmatan yang lain hendaklah juga dikaji dan ditentukan kadar bayaran minima dan kenaikan tahunan yang lebih munasabah mengikut kelayakan.

"NDP juga merayu kiranya Kerajaan Kebawah DYMM mempertimbangkan pemberian elaun makanan bulanan sebanyak BND 200.00 untuk kanak-kanak yang baru lahir sehingga mencecah umur persekolahan formal dan kanak-kanak yang belajar di sekolah formal pula diberikan elaun makanan bulanan sebanyak BND 300.00 sehingga mereka menamatkan persekolahan di peringkat menengah".

"Kita yakin melalui perancangan pihak kerajaan yang rapi untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah ini untuk berdikari, Insyaallah, golongan yang tidak bernasib baik ini akhirnya akan bebas dari belenggu kemiskinan dan kebergantungan kepada pihak Kerajaan", kata Presiden NDP.

Katanya lagi kita sedar bahawa kemiskinan itu adalah satu masalah

Uuniversal dan wujud dalam mana-mana masyarakat.

"Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa masalah itu tidak boleh dibendung sama sekali", tegas Presiden NDP sambil menambah, "Insyaallah, kita boleh membendungnya jika ada kesungguhan dan iltizam semua pihak untuk menanganinya dengan penuh keikhlasan".

"Allah SWT telah melimpahkan kekayaan dan kurnia yang begitu besar, jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mentadbir amanah tersebut dengan penuh bijaksana, adil, berihsan dan saksama".

Mudah-mudahan, kata Presiden NDP, dengan perancangan rapi pihak-pihak berkenaan untuk mencarai jalan keluar berkekalan mengatasi masaalah kemiskinan ini serta bantuan-bantuan kepada yang memerlukan seperti yang disyorkan ini, Insyaallah tekanan kehidupan bagi mereka yang  berkenaan akan sedikit sebanyak dapat diringankan.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.