Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Memelihara keselamatan negara sangat mencabar

LIMBARUH HIJAU 31 JULAI 2008 - Usaha memelihara keselamatan negara di era dunia globalisasi tanpa sempadan ini bukanlah perkara mudah. Cabaran-cabaran di hadapan sangat hebat dan sukar untuk di ramal.

Namun demikian negara tidak akan mengabaikannya malah akan bersama-sama memlihara dan meningkatkan keselamatan baik diperingkat serantau mahu pun sejagat.

Perkara ini di tekankan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena hari ulang tahun ke 62 keputeraan Baginda.

Titah Baginda,"Beta menyedari tentang cabaran-cabaran keselamatan diabad ini adalah amat sukar untuk diramal. Oleh itu, keupayaan negara dalam menanganinya adalah suatu keutamaan".

"Diplomasi dan kerjasama pertahanan juga sentiasa diperluas melalui forum-forum dan latihan-latihan, yang mengwujudkan perkongsian pandangan bermanfa’at mengenai masalah-masalah keselamatan bersama".

"Semoga dengan keprihatinan semua pihak terhadap keselamatan, negara kita dan dunia pada umumnya akan menikmatinya dengan izin Allah", seru Baginda menyentuh sedikit isu keselamatan dalam titah tersebut .

Walaupun titah tersebut hanya menyentuh sedikit isu keselamatan namun demikian mesej yang tersurat dan tersirat cukup jelas.

Dalam aspek keselamatan, Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara kecil adalah komited dalam usaha untuk sama-sama membina, mempromosikan dan memelihara keamanan dan kemakmuran baik di peringkat serantau mahu pun sejagat.

Untuk itu, sambil negara memperkukuhkan keselamatan melalui sistem pertahanan negara, ia juga mengambil pendekatan melalui bidang diplomasi dan kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat.

Di bidang ini, menurut Baginda Sultan, negara akan sentiasa memperluaskannya melalui forum-forum dan latihan-latihan yang dapat mengwujudkan perkongsian pandangan bermanfa’at mengenai masalah-masalah keselamatan bersama.

Menyentuh mengenai isu keselamatan yang disebutkan ini mengingatkan kita (ahli-ahli dan kempimpinan dalam NDP) kepada Manifesto NDP 2006 - 2016 yang telah mengariskan pandangan dan peganggan kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terhadap isu yang sama. Jelas NDP tidak tersasar malahan selagu dan seirama dengan pandangan Baginda Sultan tersebut.

Dari kaca mata NDP, kepimpinan parti melihat isu Keselamatan Nasional dalam konteks ‘survival’ rakyat, keutuhan wilayah, kemerdekaan politik dan kekuatan ekonomi.

NDP berpandangan sebarang ancaman terhadap nilai-nilai kebangsaan ini tidak syak lagi merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

Justeru sangat penting bagi negara melengkapkan sistem pertahanan sebagai strategi keselamatan nasional yang komprehensif.

Sesuai dengan itu, NDP telah menyarankan agar sebuah Jawatankuasa Tetap (Keselamatan Nasional) di tubuhkan di dalam Majlis Mesyuarat Negara yang bertindak memantau pengurusan segala dasar, rancangan dan hal ehwal lain yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara, serta penanganan isu-isu jenayah pelbagai kategori.

Dalam aspek lain, NDP juga yakin dasar dan strategi keselamatan nasional akan lebih terjamin dengan menanamkan budaya kajian (Strategic Culture) sebagai komponen pentng dalam sistem pertahanan dan keselamatan nasional.

Negara perlu dasar pertahanan nasional yang lebih mantap yang bersedia mengahadapi cabaran-cabaran di era globalisasi yang membawa bersamanya ancaman-ancaman keselamatan lain yang berbentuk non-tradisional.

Negara perlu arif dengan budaya dan ideologi negara-negara jiran serta negara-negara di arena serantau dan sejagat yang masng-masing mempunyai dasar dan strategi tersendiri bagi kepentingan survival bangsa mereka.

Untuk itu kita memerlukan Strategic Culture yang dinamik untuk membolehkan kita melakar strategi keselamatan yang lebih berupaya mengahadapi cabaran-cabaran yang sukar di ramal ini.

Justeru kita melihat masih banyak ruang bagi mempertingkatkan Stragtegic Culture negara.

Usaha ke arah itu menjadi lebih pentng bila kita memberikan perhatian kepada semangat titah Baginda Sultan yang menekankan, "...cabaran-cabaran keselamatan diabad ini adalah amat sukar untuk diramal. Oleh itu, keupayaan negara dalam menanganinya adalah suatu keutamaan'.

Sehubungan dengan itu kita juga percaya dan yakin negara akan meningkatkan lagi keberkesanan pegawai-pegawai pertahanan (Defence Attache) negara yang bertugas di kedutaan-kedutaan di luar negera.

Begitu juga di bidang penyeledikkan dan intelegensia , kita yakin negara akan meningkatkan lagi keupayan di bidang tersebut dan memperluaskan skop kerja kajian dan penyeledikkan ke bidang ekonomi dan dalam lain-lain bidang yang non-tradisional yang juga berpotensi menjadi ancaman kepada keselamatan nasional.

Dalam masa sama ruang juga terbuka luas bagi negara mengambil langkah meningkatkan keupayaan dan keberkesanan jentera pelobi negara di arena serantau dan antarabangsa bukan sahaja di bidang pertahanan tradisional bahkan juga di bidang pelaburan dan perdaggangan. Wallahu Wa'alam.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.