Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MILF hargai sokongan Brunei terhadap proses damai

LIMBARUH HIJAU 10 JULAI 2008 - BARISAN Pembebasan Islam Moro (MILF) sangat menghargai pandangan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan cadangan agar Brunei mengambil peluang memainkan peranan meneraju proses damai antara MILF dan GRP jika sekiranya Malaysia selaku peneraju manrik diri.

Namun demikian MILF berpandangan adalah lebih baik perundingan damai yang sudah berjalan hampir 11 tahun di teruskan dengan Malaysia sebagai peneraju utama dan pemudahcara.

"Kami sangat-sangat menghargai pandangan dan cadangan baik NDP tersebut dan berharap NDP akan terus memainkan peranan dalam usaha membantu menjadikan rantau ini sebuah rantau yang aman, maju, dengan semangat persefahaman dan keadilan (terus wujud)", ujar Muhammad Ameen, Pengerusi Jawatankuasa Pusat MILF dalam satu kenyataan yang di siarkan oleh Luwaran.com laman web rasmi MILF.

Beliau membuat kenyatan tersebut sebagai membalas kenyataan Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan NDP ke-3 berhubung pendirian NDP mengenai proses damai di Mindanao yang terbantut berikutan langkah Malaysia untuk mengundurkan diri dari peundingan damai antara MILF dan GRP tersebut.

Kenyataan Ayahnda Yasin Affandy turut di siarkan oleh Luwaran.com

“Dengan sepenuh hati kami tabik semangat persaudaraan dan keperihatinan saudara-saudara terhadap (kedudukan) keamanan dan keadilan di bumi kami".

Namun demikian, jelas Muhammad Ameen dalam masa sama MILF mengalu-alukan isyarat baik dari Negara Brunei melalui NDP itu, MILF masih berkeyakinan dan menaruh harapan kepada Malaysia selaku peneraju utama dan pemudahcara yang cemerlang.

“Kita tidak dapat melihat kenapa ia (kepimpinan Malaysia) tidak dapat di teruskan", tambah Muhammad Ameen.

Sementara itu, sdr Mahmud Morshidi Othman dalam satu kenyataan menjelaskan, NDP telah turut menyampaikan pandangan parti dan cadangan berhubung proses damai di Mindanao kepada Duta Filipina di Brunei, Virginia H. Benavidez baru-baru ini di pertemuan di majlis resepsi sempena Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat ke 232 yang berlangsung di Hotel Empire dan Country Club pada 5 Julai yang baru lalu. .

"Di kesempatan itu saya menyatakan pandangan dan cadangan NDP berhubung isu proses damai di Mindanao. Saya menyatakan pendirian dan harapan NDP untuk melihat kestablian dan keamanan serantau agar dapat terus di pertahankan dan kebimbangan kemungkinan ianya akan boleh tercabar jika proses damai di Mindanao gagal mencapai matlamat yang di harapkan oleh semua pihak yang bertikai.

"Justeru saya menjelaskan keinginan dan komitmen NDP yang mewakili sekumpulan rakyat Brunei untuk terus menunjukkan sokongan keatas segala usaha mewujudkan keamaan dan kedamaian berterusan di Mindanao", ujar sdr Morshidi.

"Saya juga menyatakan hasrat NDP untuk mengundang wakil-wakil dari jawatankuasa perunding termasuk wakil MILF dan GRP untuk memberikan taklimat mengenai proses damai di Mindanao kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dan juga peserta-peserta yang berminat dengan perkembangan proses damai antara MILF dan GRP itu".

"Kita berharap sesi teklimat seperti yang di cadangkan akan dapat memberikan kefahaman kepada peserta-peserta mengenai isu proses perdamaian yang telah berjalana sejak hampir 11 tahun itu".

"Kita menaruh harapan tinggi agar proses damai terus berjalan dengan lancaranya dan bimbang jika ianya di lambat-lambatkan lebih banyak lagi kemusnahan akan berlaku dan ini akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak", tegasnya lagi.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.