Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Konsep 'Negara Zikir' bukan retorik

LIMBARUH HIJAU 28 JULAI 2008 - AZAM KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanl Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat Brunei Darussalam menajdi 'Negara Zikir' bukannya retorik atau cakap-cakap kosong sahaja.

Keazaman Baginda tersebut lahir dari "keyakinan mendalam bahawa 'Negara Zikir' itu akan menjadi ‘tuah’ kepada semua, kerana ia pasti disukai oleh Allah, Tuhan Maha Pencipta, dan akan mendapat rahmat serta pertolongan-Nya".

Perkara ini di tekankan oleh Baginda Sultan dalam titah perasmian Majlis Ilmu 2008 sempena Hari Keputeraan Baginda Yang ke-62 Tahun. Majlis Ilmu 2008 yang bertemakan 'Menghayati Negara Zikir' berlansgung di ICC Berakas.

Titah Baginda, "Dengan konsep Negara Zikir, kita insya Allah, akan membangun Negara dan kehidupan, dengan perkara-perkara yang dipandang baik serta bagus oleh Allah dan juga oleh manusia. Kita akan usahakan kecemerlangan dengan konsep ini".

"Ertinya, anak-anak kita cemerlang dalam pelajaran, orang teknikal kita cemerlang, doktor kita cemerlang, pentadbir kita cemerlang, pememgang polisi kita cemerlang, pendeknya semua kita ini adalah cemerlang kerana keramah dan berkat zikir (ingatan kepada Allah)", titah Baginda lagi.

Cuma syarat terpenting disini, menurut Baginda, semua mestilah sama-sama memahami kerekteristik Negara Zikir itu, apa fundamentalnya dan bagaimana ruang lingkupnya, supaya kita benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan yang sangat-sangat kita perlukan.

Demikianlah titah Baginda mengenai keazaman Baginda untuk melihat Brunei Darussalam menjadi sebuah 'Negara Zikir'.

Seperti yang ditekankan Baginda Sultan syarat utama kearah menjadikan Brunei Darussalam sebuah 'Negara Zikir' ialah kefahaman.

Kita yakin apa yang di maksudkan Baginda tersebut ialah konsep 'Negara Zikir' ini mestilah di fahami dalam pengertiannya yang lebih meluas.

Ianya tidak boleh di sempitkan, contohnya, kepada amalan berzikir di rumah-rumah dan di surau-surau serta di mesjid-mesjid sahaja atau di majlis-majlis ibadah dan keagamaan.

Dalam erti kata lain kerekteristik atau ciri-ciri 'Negara Zikir' tersebut tidak hanya dilihat dalam konteks rohaniahnya tetapi ianya terpancar sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna di sesebuah negara yang bergelar 'Negara Zikir' tersebut.

Contohnya 'Negara Zikir' tersebut akan dihuni oleh rakyat dan penduduk yang sentiasa mengingat Allah dalam segala tindak tanduk mereka, dalam cara berfikir mereka, dalam mereka berkeluarga, berjiran dan dalam konteks yang lebih meluas, dalam mereka bernegara dan berbangsa.

Dalam jentera pengurusan dan pentadbiran negara pula, 'Negara Zikir' ini akan menonjolkan pemeggang dasar, jemaah menteri, orang-orang bergelar, YB-YB, pegawai-pegawai kerajaan di semua peringkat, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong dan lain-lain yang bukan sahaja rajin ke mesjid malahan menyedari pangkat dan kedudukan yang mereka miliki merupakan amanah Allah justeru kegagalan melaksanakan tugas dan tanggunjawab yang di amanahkan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran adalah satu kemungkaran dan boleh mengundang kemurkaan Allah.

Jika semua ini menjadi kenyataan, insya Allah seperti yang ditegaskan dan di yakini, Allah tentu akan suka dan redha dengan Negara Brunei Darussalam. Allah akan setentunya memberikan pertolongan dan perlindungan kepada kita. Keramah dan berkat mengingat Allah (zikir) akan pasti membawa negara dan bangsa kearah kecemerlangan yang di cita-citakan.

Inilah cita-cita murni Baginda Sultan dan, jika tidak keterlaluan dikatakan disini, bahawa hasrat dan cita-cita murni Baginda Sultan tersebut juga merupakan hasrat Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Kepimpinan NDP selagi awal lagi telah memahami akan hasrat Baginda Sultan untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai 'Negara Zikir' dalam konteks makna perkataan 'zikir' yang meluas.

Atas kefahaman yang meluas inilah NDP berusaha menggembleng dan menselaraskan ketaatan yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majllis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan sebagai Sultan dan Yang Di Pertuan dan sebagai Ulil Amri yang sedari awal lagi telah menunjukkan keinginan dan komitmen yang mendalam untuk memuliakan dan meletakkan Syariat Islam pada tempatnya didalam Negara Brunei Darussalam.

Baginda pernah bertitah, “adalah menjadi hasrat beta dan kerajaan beta untuk terus memelihara ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang sempurna dan segala peraturan kehidupan berasaskan ajaran-ajaran Islam” (Titah Kebawah DYMM Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena merasmikan Persidangan Belia Asia Tenggara dan Pasifik pada 18 Mac 1984).

Baginda pernah berikrar untuk “… menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan penuh dengan nikmat bagi keseluruhan rakyat dan penduduk di negara Brunei Darussalam” (Titah Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1387H/1967).

Baginda pernah mengajak rakyat supaya “… menumpukan tenaga dan usaha bagi menuju melaksanakan Islam sebagai ideologi negara” (Titah Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 2 Ogos 1969.

Baginda jua pernah merakamkan komitmen dan penegasan “… Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah s.w.t akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu, Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlussunnah Wal Jamaah dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan…” (Titah bertarikh 1 Januari 1984).

Petikan-petikan diatas adalah beberapa contoh titah Baginda yang mahu menegakkan islam yang syumul di negara Brunei Darussalam dan dalam konteks titah hari ini keazaman Baginda untuk membina dan membentuk Brunei Darussalam dengan ciri-ciri dan fundamental 'Negara Zikir'.

Justeru  tidak syak lagi kehendak Baginda yang konsisten ini telah meletakkan kewajipan setiap rakyat supaya menumpahkan taat setia yang mapan dan tumpat, menjunjung dan melaksanakan titah berkenaan tanpa ragu,  dan seharusnya menjadi pengikat ketaatan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda.

Dalam hal ini NDP (yang mana penubuhannya diperkenankan oleh Baginda) juga turut tidak terlepas dari tuntutan untuk ta'at kepada Baginda selaku pemimpin Islam yang secara konsisten menegakkan syiar Islam. NDP tidak telepas dari tuntutan untuk terus menjunjung dan melaksanakan titah Baginda yang berhasrat untuk membina Negara Brunei dengan ciri-ciri 'Negara Zikir' (mengingat Allah).

Kepimpinan dalam NDP telah awal-awal lagi dapat melihat keinginan Bangida tersebut, justeru rasa terpanggil untuk berusaha membantu Baginda dengan mengariskan dalam manifesto politik parti cadangan, saranan dan pandangan berhubung strategi, program dan hala tuju negara ke arah membina Negara Zikir sepanjang tahun 2006 hingga ke tahun 2016.

NDP penuh yakin melalui strategi dan program yang di gariskan Negara akan berjaya menuju kearah mempastikan 'Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (Baldatun Thayiibatun Wa Rabbun Ghafuur)'.

Sila lihat Manifesto Parti Pembangunan Bangsa 2006 - 2016. Insya Allah dengan melaksanan strategi-strategi dan program-program yang di syorkan yang meliputi bidang Agama, Pembaharuan Politik, Pembangunan Ekonomi, Perniagaan, Perusahaan dan Perindustrian, Kewangan dan Pelaburan, Pembangunan Sektor Awam dan Swasta, Keselamatan Nasional, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Dasar Luar, Bahasa dan Budaya, Pendemokrasian Keadilan, Pembangunan dan Keadilan Sosial, Kesihatan, Kebajikkan, Pembangunan Sumberdaya Manusia, Pembangunan Bandar, Non-Muslim, Belia dan Sukan, Wanita dan Alam Sekitar, Brunei darussalam akan pasti menjadi Negara Zikir dalam erti kata sebenarnya 8 tahun dari sekarang. Wallahu Wa'alam.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.