BELAIT 26 JULAI 2008 - AHLI-AHLI Jawatankuasa (AJK) Badan Perhubungan NDP Belait kelmarin bersetuju sebulat suara untuk meminta agar Setiausaha Agung parti menangani dengan segara surat arahan dari ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) yang tidak lagi membenarkan ranting-ranting NDP di seluruh negara menggunakan rumah persendirian sebagai pejabat tetap.
Menurut surat tersebut yang bertarikh 23 Jun 2008, NDP telah di arahkan untuk mendapatkan pejabat tetap yang tidak menggunakan alamat rumah persendirian dalam tempoh 3 bulan selepas kebenaran bagi penubuhan ranting di berikan.
NDP juga di arahkan untuk menempatkan semula mana-mana ranting-ranting parti yang masih menggunakan rumah persendirian sebagai pejabat tetap atau sementara kepada pejabat tetap yan tidak menggunakan alamat rumah persendirian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat tersebut.
AJK Perhubungan Belait di sesi muzakarah mereka kelmarin bersetuju arahan terbaru pihak ROS merupakan satu isu yang serious yang melibatkan masa depan parti dan proses pembaharuan politik yang di hasratkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sutan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang D-Pertuan negara Brunei Darussalam.
Justeru, mereka bersetuju menggesa Setiasuaha Agung NDP untuk merespon dengan segera surat arahan tersebut dengan menyatakan sejelas-jelasnya kemusykilan yang akan di hadapi oleh parti jika sekiranya arahan tersebut di kuatkuasakan.
Di sesi muzakarah tersebut Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait selaku Ketua Perubungan berkata berikutan surat tersebut Setiausaha Agung NDP juga telah mengeluaran arahan agar semua ranting-ranting akur dengan arahan ROS tersebut.
|
|
"Arahan ROS tersebut bererti selepas tempoh 3 bulan itu mansuh, kita tidak lagi di benarkan menggunakan rumah persendirian untuk dijadikan markas atau pejabat ranting".
"Persoalannya, di mana kah kita harus berpejabat? Di bangunan komersil? Apakah tuan-tuan punya premis berani menyewakan premis mereka kepada pertubuhan politik?"
|
"Di bagunan kepunyaan kerajaan atau di bangunan bawah pentadbiran agensi-agensi kerajaan? Apakah ianya tidak bercanggah dengan General Order atau sebagainya?"
"Jelas arahan tersebut
|
|
akan menyukarkan perjalanan NDP di peringkat daerah dan ranting dan akhirnya akan menjejaskan proses pembaharuan politik yang di harapkan", ujar Awang Sulaiman Metrasad.
Belaiu meluahkan
|
|
kebimbangan bukan sahaja ranting-ranting yang sedia ada akan terjejas malahan usaha menubuhakan ranting-ranting baru juga akan turut terjejas.
"Saya khuatir arahan
|
tersebut juga akan melibatkan atau di perluaskan kepada penggunaan markas pusat di Jerudong, dewan mesyuarat di rumah ini, bilek gerakkan di rumah Pengiran Ismail di Seria, markas Tutong dan Temburong juga akan turut terjejas".
"Semua ini beralamatkan rumah persendirian", tegas Awang Sulaiman.
"Dalam erti kata lain arahan tersebut secara teknikalnya tidak lagi membolehkan kita menggunakan rumah persendirian untuk di jadikan pejabat, tempat bermesyuarat dan sebagainya. Peringkat awal ini arahan tersebut di khususkan kepada ranting-ranting, entah di masa hadapan mungkin akan di perluaskan lagi kepada Badan Perhubungan dan Pusat", keluh Awang Sulaiman.
"Sehubungan dengan arahan tersebut kita juga terkilan kenapa Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampong dan sebilangan YB-YB serta MPM dan MPK di bolehkan menggunakan rumah persendirian sebagai pejabat?"
Kita maklum kedudukan penghulu, ketua kampong, YB-YB, MPM, MPK di wujudkan sebagai institusi masyarakat yang di bawah pentadbiran kerajaan. NDP juga di tubuhkan sebagai institusi masyarakat yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan di bawah pentadbiran kerajaan. Kenapa ada perbezaan dalam perlaksanaan peraturan dan aturan ini? Tidak kah ini double standard namanya?", tegasnya lagi.
"Makanya kita melihat perkembangan terbaru ini dengan sedih dan kecewa kerana ia merupakan lagi satu hambatan kepada perkembangan proses pembaharuan politik yang di cita-citakan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan".
"Mudah-mudahan ini bukan semacam cubaan lagi oleh elemen-elemen kurang sihat yang tidak ingin melihat proses pembaharuan politik di Brunei berjalan dengan lancaranya khususnya perkembangan NDP yang menyumbang kearah kelancaran perjalanan proses pembaharuan politik yang di cita-citakan oleh KDYMM", tegas Awang Sulaiman lagi.
Justeru, tambahnya, saya mengajak saduara-saudara untuk sama-sama membincangkan masalah yang kita hadapi ini.
"Saya ingin mencadangkan di sesi muzakarah ini agar kta akan besetuju mendesak Setiausaha Agung untuk membalas surat tersebut dengan menyatakan kebimbangan kita dan kedudukan kita yang buat masa ini belum bersedia dan berupaya untuk menggunakan premis selain rumah persendirian sebagai pejabat".
"Memang kita bersetuju dan berhasrat agar semua ranting-ranting Badan-Badan Perhubungan, Cabang-Cabang dan Ranting-Ranting NDP mempunyai bagunan pejabatnya tersendiri. Malangnya kita belum berupaya untuk melakukannya dan begitu juga dengan suasana politik di Brunei yang belum begitu mengizinkan pemilik-pemilik premis swasta untuk memberikan sokongan kepada pertubuhan-pertubuhan politik beroperasi di bagunan mereka".
"Di samping itu saya juga mencadangkan agar pihak Jabatan Setiausaha Agung (JASA) meminta penjelasan dan khidmat nasihat dari Jabatan Peguam Negara mengenai dengan kedudukan arahan tersebut. Atas dasar apa, Aturan dan Peraturan apakah arahan tersebut di ambil keatas NDP?".
"Saya juga mencadangkan dan berharap muzakarah hari ini bersetuju meminta agar Majlis Tertinggi pusat mengutus memorandum kehadapan majlis KDYMM untuk menyatakan kebimbangan parti mengenai dengan tindakan-tindakan pihak-pihak tertentu dan agensi-agensi kerajaan yang bercanggah dengan hasrat pembaharuan politik baginda.
"Kita khuatir melihat perkembangan yang berlaku di dunia hari ini. Baru-baru ini mahkamah dunia telah mengeluarkan waran tangkap kepada pemimpin Sudan Omar Hassan Al Basher atas tuduhan melakukan jenayah perang dan genocide. Amerika pula melalui Setiausaha Luar Condoleezza Rice tidak teragak-agak ikut campur dengan isu politik dalaman Malaysia berhubung isu Anwar. UN baru-baru ini telah memberikan amaran terakhir kepada Myanmar agar membebaskan pemimpin Aung San Suu Kyi dan baru-baru ini Polis di Switzerland menahan anak Muamar Gaddafi, Hannibal dan isterinya pada 15 Julai lalu atas dakwaan mendera pembantu rumah mereka".
Insiden itu membuatkan Libya bertindak menghentikan penghantaran minyak ke Switzerland dan melarang kapal negara daripada memasuki pelabuhannya, sebagai bantahan kepada penahanan anak pemimpin negara Libya itu. Perkembangan-perkembangan luar negara ini sangat membimbangkan", ujar Awang Sulaiman.
Menurut pandangan beliau semua ini berlaku atas sebab keadaan politik di negara-negara tersebut gagal menepati norma-norma antarabangsa dan perkembangan-perkembangan di negara-negara tersebut dengan sendirinya memberikan ruang kepada kuasa-kuasa luar untuk ikut campur.
"Justeru kita bimbang Brunei sendiri juga semakin di dedahakan oleh elemen-elemen yang kurang sihat ini kepada kuasa-kuasa luar untuk campur tangan".
"Tidakkah arahan-arahan dan tindakan-tindakan agensi-agensi kerajaan yang bercanggah dengan semangat reformasi politik akan membukakan ruang kepada kuasa-kuasa luar untuk memberikan tekanan kepada Brunei dan KDYMM?"
"Atas persoalan inilah saya berharap muzakarah kita hari ini akan dapat mencapai persetujuan untuk mengambil langkah-langkah yang saya sebutkan demi menyelamatkan dan mempertahankan kedualatan negara dan raja yang kita sayangi dari di dedahkan kepada peluang-peluang untuk kuasa-kuasa luar campur tangan dengan urusan dalaman kita", tegas Awang Sulaiman.