Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Jangan mimpi jadi negara maju kalau mengurus sampah pun lembab

LIMBARUH HIJAU 19 JULAI 2008 - ISU sampah pernah di anggap satu isu yang remeh temeh dan merupakan satu isu yang terlalu kecil untuk di angkat dan di bincangkan di Dewan Majlis Mesyuarat Negara yang mulia itu.

Isu sampah telah di 'sepak' jauh-jauh oleh speaker Dewan MMN di persidangan MMN kali ke-4 bulan Mac lalu apabila isu pembuangan sampah di Sungai Akar ini di angkat untuk di bincangkan di Dewan MMN yang baru siap di bina dan buat pertama kali di gunakan.

Speaker Dewan menegur ahli-ahli Yang Berhormat agar tidak membawa isu-isu tersebut ke persidangan MMN.

Beliau berpandangan isu-isu seperti isu sampah dan permohonan-permohonan orang kampung terrlalu kecil bagi MMN yang besar itu untuk membincangkannya.

Dalam perkataan lain bangunan parlimen yang berharga berjuta ringgit untuk di bina tidak punya ruang yang banyak untuk isu sampah dan isu-isu lain yang di anggap remeh temeh di ketengahkan.

Namun demikian kita semua (termasuklah ahli-ahli Yang Berhormat yang cuba mengangkat isu tersebutdi dewan parlimen) janganlah berkecil hati.

Isu sampah jelas tidak terhenti di sana saja. Isu sampah yang kena sepak jauh-jauh dari dewan parlimen pada bulan Mach lalu nampaknya telah 'terpelanting' ke Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai lalu.

"Di sudut pembangunan pula, Beta ingin menjurus kesatu pendekatan dari aspek pengawalan pembuangan sisa-sisa pepejal dan sampah sarap, termasuk pembuangan kimia dan bio-kimia berbahaya", titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalaml dalam titah perutusan sempena sambutan hari ulang tahun ke-62 keputeraan Baginda.

"Dari pengamatan Beta, sudah tiba masanya isu ini kita tangani dengan lebih serius. Kerana bukan sedikit akibatnya jika kita lambat atau lalai dari memelihara alam sekitar kita", titah Baginda mengutip isu sampah yang di pandang oleh parlimen sebagai isu remeh temeh.

"Tidak ada untungnya membiarkan sampah berlonggok-longgok tanpa disempurnakan pembuangan dan pelupusannya", tegur Baginda.

"Status negara maju yang kita idam-idamkan tidak akan dicapai jika pengurusan sampah sarap pun masih ditahap lembab dan lemah", tambah Baginda lagi.

Oleh yang demikian, tegas Baginda lagi, agensi-agensi berkaitan hendaklah lebih tegas, cepat dan berpandangan jauh dalam mengatasi perkara ini.

"Orang ramai juga amat perlu memberikan kerjasama erat untuk menggunakan tempat-tempat pembuangan sampah yang telah disediakan".

"Dengan adanya tindakan bersepadu demikian itu, insya Allah, kita akan dihadiahkan dengan jaminan udara serta persekitaran yang bersih lagi sihat", jelas Baginda Sultan.

Sehubungan dengan titah Baginda tersebut, NDP penuh berharap teguran, saranan dan harapan Baginda tersebut tidak di pandang ringan dan di abaikan.

Walaupun ianya hanya merupakan isu sampah akan tetapi apabila ianya terbiar yang akan menerima padahnya ialah alam sekitar dan akhirnya negara dan rakyat terpaksa menanggung bebannya.

Makanya isu alam sekitar bukan satu isu yang kecil. Ianya merupakan satu isu yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Justeru NDP dalam Manifesto Politik bagi tempoh 2006 - 2016 memberikan penekanan ke atas isu alam sekitar dengan cadagan dan bersedia menyokong dan membantu sebarang usaha Kerajaan untuk memastikan pihak yang berwajib sentiasa mengambil kira faktor alam sekitar secara serius dalam sebarang usaha untuk memajukan atau membangunkan negara

Anaranya NDP berpandangan kajian secara objektif dan telus perlu diadakan sebelum sebarang projek pembangunan atau projek mega dimulakan, agar kesejahteraan rakyat Kebawah DYMM dan generasi akan datang, serta alam sekitar tidak akan terjejas dan lebih terjamin.

Seperti yang di titahkan Baginda Sultan, NDP juga turut mencadangkan agar langkah-langkah bersesuaan di ambil dalam mengenalpasti serta mencegah segala aktiviti di Negara Brunei Darussalam yang mungkin memberi kesan atau menyumbang kepada pencemaran,  penghakisan dan kemusnahan alam sekitar sama ada di atmosfera, sungai-sungai, laut dan pantai dan keseluruhan ekosistem negara.

NDP juga mencadangkan agar langkah-langkah berpatutan di ambil segera bagi menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan perlaksanaan kajian kesan alam sekitar (environmental impact assesment) semasa di tahap cadangan (planning stage) apa-apa jua projek atau aktiviti yang akan mengubah bentuk mukabumi (shape of the terrain) dan atau merubah keadaan persekitaran, dan aktiviti yang berkaitan dengannya.

Ini untuk memastikan supaya isu-isu pelindungan alam sekitar dan kesihatan awam diberi pertimbangan sewajarnya dalam projek demikian dan yang paling utama ialah untuk menjamin generasi kini dan akan datang dapat terus menikmati khazanah alam sekitar dan kehidupan sihat seperti yang di hasratkan oleh Baginda Sultan.

NDP juga melihat perlunya usaha menjamin kebolehcapaian (accessibility) individu ke atas maklumat-maklumat yang sewajarnya berkenaan alam sekitar daripada pihak berkuasa, termasuk yang melibatkan bahan-bahan toksik dan merbahaya (toxic and hazardous) dan aktiviti yang berkaitan di dalam komuniti mereka, agar mereka berpeluang untuk turut serta dalam membuat apa-apa keputusan. 

Selain dari tu NDP juga melihat perlunya penguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kebersihan dan pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran udara dan bunyi bagi mempastikan kualiti kehidupan dan kesihatan rakyat sentiasa terjamin.

Dalam masa sama usaha perlu di tingkatkan bagi memupuk budaya cintakan kebersihan di kalangan rakyat bagi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang bersih dan sihat sehingga dapat memberikan gambaran bahawa masyarakat Brunei itu adalah bangsa yang pembersih.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.