Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Cabaran Menghadapi Krisis Tenaga

LIMBARUH HIJAU 18 JULAI 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menyambut baik titah KDYMM Baginda Sultan mengekalkan subsidi minyak demi kesejahteraan rakyat walaupun pada hakikatnya kos subsidi minyak semakin membebankan Kerajaan di sebabkan kenaikkan berterusan harga minyak pasaran dunia.

Dalam masa sama NDP juga menjunjung tinggi saranan Baginda Sultan agar semua lapisan rakyat dan penduduk mengambil tanggunjawab berjimat cermat, khususnya dalam penggunaan minyak kenderaan.

Dalam titah tersebut Baginda menegaskan, "pada tahun ini, kita sama-sama menyaksikan dan mengalami kenaikan harga minyak dipasaran global. Dunia jadi bergolak kerananya".

"Namun begitu, alhamdulillah, Kerajaan Beta masih dapat mengekalkan
harga domestik minyak kenderaan ditahap yang sedia ada"

"Memang kita juga menyedari, dengan kenaikan harga minyak, jumlah subsidi minyak juga turut meningkat".

"Pada tahun 2007, tahapnya telah mencapai $200 juta ringgit, yang bererti pada tahun ini, subsidi itu terus meningkat pula keparas yang lebih tinggi lagi", jelas KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perutusan sempena Hari Pua Usia Baginda ke-62 tahun.

Oleh yang demikian, titah bagnda, selaras dengan langkah berjimat cermat Kerajaan untuk terus mengekalkan mekanisme subsidi ini, maka setiap anggota masyarakat juga perlulah sama-sama memikul tanggungjawab mengamalkan penjimatan khasnya dalam penggunaan minyak kenderaan.

Disamping itu, tambah bainda, jangan juga diabaikan usaha-usaha membanteras gejala penyeludupan minyak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Juga tidak kurang pentingnya, ialah penjimatan penggunaan tenaga letrik seharian, yang secara langsung dijana dari sumber penghasilan gas asli negara", titah baginda lagi.

Sehubungan dengan titah baginda itu, NDP juga dalam masa sama mengalu-alukan langkah pihak berkenaan baru-baru ini menasihatkan orang ramai agar mula berjimat cermat dalam penggunaan api letrik di musim perayaan ini.
Namun demikian NDP melihat masih banyak lagi usaha-usaha yang perlu di ambil dalam menghadapi krisis
tenaga yang sekarang sedang melanda dunia.

Dalam hal ini NDP mengingat kembali Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-3 bulan Jun 2008 lepas yang mana jelas melihatkan pandangan NDP dalam berkongsi kebimbangan dan harapan baginda terhadap krisis tenaga yang sekarang sedang melanda dunia.

Dalam Ucapan Dasar tersebut Presiden NDP telah menyeru agar pihak-pihak berkuasa dapat memikirkan untuk mengambil langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang perlu di ambil oleh negara dalam menghadapi krisis tenaga tersebut.

"Kalau kita mengikuti perkembangan semasa sama ada yang disiarkan melalui akhbar atau media elektronik, dunia hari ini bukan sahaja menghadapai krisis bahan makanan tetapi juga krisis  tenaga yang kritikal yang secara langsung melibatkan peningkatan kos sara diri yang mendadak".

"Pihak PBB dalam beberapa kenyataan

melahirkan kebimbangan yang krisis ini akan bertrerusan".

"Walaupun negara Brunei merupakan pengeluar minyak yang utama, tetapi ini tidak bermakna kita terlepas dari krisis tenaga yang sedang dihadapi oleh dunia", ujar Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dalam Ucapan Dasar Presiden yang di sampaikan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP.

Tegasnya kita seharusnya mengambil peringatan yang serius terhadap krisis yang sedang berlaku ini.

Justeru, tambah Presiden NDP, kita berpendapat bahawa telah sampai masanya semua pihak memikirkan langkah-langkah berjmat cermat jangka pendek dan jangka panjang.

"Sebagai contoh, menambah baik sistem dan kualiti pengangkutan awam hendaklah diberikan keutamaan sehingga rakyat cenderung untuk memilih   menaiki kenderaan awam daripada memandu sendiri".

"Ini tentunya boleh menjimatkan kos tenaga pengguna", tegas Presiden NDP.

Presien NDP juga mensyorkan para pembesar juga boleh menujukkan contoh yang baik dengan melaksanakan konsep kongsi kereta (car pooling), apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi atau membuat lawatan ke daerah-daerah atau kampung-kampung.

"Hal ini bukanlah suatu yang pelik atau asing, malah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah menunjukkan contoh atau merngirim isyarat dimana ketika Baginda menghadiri majlis rasmi, Baginda sering  bersama ahli keluarga Baginda didalam satu atau dua kenderaan sahaja", tegas Presiden NDP.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.