LIMBARUH HIJAU 25 JULAI 2008 - MEMBUANG tabiat merokok yang kurang sihat yang telah terbentuk dalam diri seseorang buat berpuluh-puluh tahun lamanya bukanlah perkara mudah.
Ia memerlukan kekuatan diri dan keinginan yang jitu untuk membuat perubahan sikap dan tabiat yang sudah masak dan menjadi kebiasaan individu-individu yang mengamalkan sikap dan tabiat yang kurang sihat tersebut.
Tanpa elemen-elemen ini memang sukar bagi seseorang untuk membuat penghijrahan yang di maksudkan. Apatah lagi jika seseorang itu kurang perihatin akan kemudaratan yang akan menimpa jika ia tidak membuang sikap dan tabiat merokok tersebut.
Dalam hal ini memang susah untuk mengajak seseorang untuk membuat perubahan selagi individu tersebut masih merasa nikmatnya merokok dan belum bersedia untuk mengubah sikap dan tabiat merokok.
Makanya Kerajaan KDYMM menyedari cabaran ini dan berhadapan dengannya dengan mengalih pandangan ke arah mewujudkan suasana yang tidak mesra perokok.
Dalam erti kata lain masalah perokok susah membuang tabiat merokok wajar di tangani oleh individu itu sendiri dan bagi kerajaan pula apa yang paling utama ialah mewujudkan suasana sekeliling yang sihat dan tidak mesra perokok dan pengedar rokok.
Langkah ini memang bertepatan kerana merobah suasana lebih mudah dari cuba merobah seseorang yang mengamalkan sikap dan tabiat yang kurang sihat.
Seperti titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darssalam memberikan pandngan dari kaca mata Kerajaan, "di negara kita, menangani tabi’at merokok, bukanlah satu isu sukar, seperti yang dialami oleh negara-negara lain"
"Kerana kita tidak ada sebarang kepentingan langsung dengan rokok. Kita boleh tentukan sikap dan pendirian kita pada bila-bila masa sahaja" tegas Baginda dalam titah sempena hari ulang tahun ke-62 tahun keputeraan Baginda pada 15 Juai 2008.
"Beta rasa, kita adalah cukup mampu untuk menjadi negara terulung di dunia menolak rokok. Kita juga jangan lupa, hukum merokok di negara ini adalah ‘haram’".
"Tidakkah kita menyedari, dengan kurangnya penyakit-penyakit serius yang disebabkan oleh rokok, akan turut mengurangkan pula perbelanjaan negara dalam bentuk kos pemberian perkhidmatan perubatan?", titah Baginda sambil mengalu-alukan pengawalan penggunaaan dan pemasaran produk-produk tembakau.
"Dengan Perintah Tembakau 2005 yang telah berkuatkuasa mulai Jun yang lalu, Beta berharap, kadar penyakit yang berpunca dari penggunaan tembakau akan berkurangan', titah Baginda.
Harapan yang di titahkan Baginda itu sewajarnya kita yang berada di atas pelantar Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menyambut dengan baiknya.
Kita penuh berharap usaha Kerajaan KDYMM untuk mewujudkan suasana tidak mesra perokok akan berjaya membantu dan memberikan kekuatan serta keinginan kepada perokok-perokok untuk membuang tabiat merokok.
Di samping itu usaha Kerajaan KDYMM tersebut sebenarnya selaras dengan saranan NDP dalam manifesto politiknya bagi tahun 2006 - 2016 untuk berusaha menanamkan kebencian terhadap tabiat merokok, terutama sekali di kalangan kanak-kanak dan menjadikan rokok wabak yang setaraf dengan virus HIV dan selsema burung yang mesti dijauhkan dari masyarakat sehingga generasi mendatang Negara Brunei Darussalam bebas rokok.
Peggangan NDP dalam isu merokok ini di kaitkan dengan keyakinan perlunya menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang sihat dan mempunyai rakyat dan penduduk yang menikmati tahap kesihatan yang terunggul di dunia.
Justeru NDP dalam menaifesti tersebut bukan sahaja memfokuskan cadangan kepada isu rokok, malahan juga memfokuskan cadangan yang meliputi isu kesihatan secara meluas dan perkhidmatan kesihatan yang di berikan kepada rakyat dan penduduk di negara ini.
NDP berharap dan mencadang dalam tempoh 10 tahun bermula dari tahun 2006 sistem perkhidmatan kesihatan percuma yang sempurna dan terbaik akan menjadi kenyataan.
Melalui sistem tersebut NDP berharap setiap orang tanpa mengira status sosial mereka, sama ada di bandar atau di kampung-kampung akan mendapat layanan perkhidmatan rawatan yang terbaik, ubat-ubatan yang berkualiti, klinik, wad-wad hospital yang selesa, khidmat kepakaran dan peralatan rawatan yang cukup, terkini serta bertaraf dunia.
Kita berharap melalui sistem yang terbaik tersebut penyediaan perkhidmatan rawatan di luar negara sekiranya perlu seperti disyorkan oleh doktor dan pakar perunding dengan di biaya oleh kerajaan sepenuhnya akan dapat di pertingaktkan lagi.
Dalam masa sama NDP juga berharap
hospital-hospital di negara ini mempunyai nisbah doktor pakar / pesakit mengikut piawaian antarabangsa dan mendapat perkhidmatan kepakaran luar bagi menampung sebarang kekurangan.
Berikut ialah lain-lain perkara yang turut di syorkan oleh NDP dalam menaifesto tersebut;
-
menggiatkan program latihan pegawai perubatan dan jururawat terlatih untuk mengurangkan penggantungan kepada sumber-sumber tenaga manusia dari luar;
- mengadakan R&D bagi amalan, latihan dan pemakanan untuk menjadikan generasi selepas merdeka terdiri dari warga yang bertubuh badan yang sihat, bertenaga, berstamina, tahan lasak dan dinamik, supaya wujud persiapan pekerja serba boleh, tentera atau pahlawan yang gagah, petugas negara yang berwibawa dan penggiat sukan yang dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain;
- mendidik rakyat secara agresif agar mereka sentiasa peka dengan tahap kesihatan mereka melalui pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sebagai langkah penjagaan kesihatan dan kawalan penyakit;
- memastikan penyebaran maklumat kepada orang awam tentang kes epidemik dilakukan dengan secepat mungkin supaya langkah-langkah pencegahan dapat dijalankan dengan serta-merta untuk menghalang penyebaran penyakit;
- menyediakan pusat, perkhidmatan dan perundingan khas dan kemudahan lain yang perlu untuk pesakit-pesakit yang tiada harapan untuk sembuh (terminally ill patients), seperti penghidap kanser, pesakit koma, penghidap AIDS, dan sebagainya. Ini untuk memastikan mereka mendapat jagaan yang sebaik mungkin sepanjang tempoh hayat mereka yang terakhir;
-
mengadakan R&D bagi mengurangkan penggunaan dadah dalam rawatan dan mencari kaedah baru perubatan atau perubatan alternatif yang bebas dari dadah;
-
menunaikan tanggungjawab kejiranan di mana Kementerian Kesihatan membenarkan pesakit-pesakit serius dari daerah-daerah perbatasan negara seperti Miri, Limbang dan Lawas untuk mendapatkan rawatan secara percuma di hospital-hospital Negara Brunei Darussalam.