30 JULAI 2008 - KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebentar tadi mengesa negara agar bertindak cepat meningkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan sendiri khusunya beras yang sehingga kini masih bergantung penuh kepada impot.
Tegas Baginda dunia sekarang berhadapan dengan krisis makanan yang sangat membimbangkan. Ia bukan lagi merupakan ramalan malahan satu kenyataan yang membimbangkan. Justeru negara yang sehingga kini masih berergantung kepada ehsan negara pengahsil makanan untuk hidup mesti bertindak cepat untuk mempastikan negara dan bangsa tidak turut terjejas olehnya.
Sekurang-kurangnya masalah peningkatan penghasilan makanan di negara ini, khusunya beras mestilah di atasi dengan segera demi untuk mengurangkan pengantungan penuh negara kepada negara impot untuk hidup..
Demikian secara dasarnya mesej titah Baginda pagi tadi di majlis memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlangsung di ICC, Berakas.
Titah Baginda menyentuh isu keselamatan makanan negara di majlis tersebut menggambarkan sekali lagi betapa Baginda Sultan risau dengan keupayaan negara yang sepanjang 25 tahun ini belum berjaya menagani isu permakanan di negara ini dengan berkesan.
Dua minggu lepas Baginda Sultan membangkitkan isu yang sama dalam titah sempena ulang tahun ke 62 keputeraan Baginda. Lebih dari separuh mesej titah tersebut di fokuskan kepada isu permakanan dan pertanian.
Dalam titah pagi tadi Baginda pula membangkitkan laporan terkini yang menunjukkan sejumlah 854 juta penduduk dunia sekarang sedang mengalami kelaparan dimana bilangan tersebut terus bertambah sejumlah 4 juta orang pada setiap tahun.
"Tidak kah ini bermakna dunia dan penduduknya sedang diambang bahaya?".
"Maka oleh itu beta tidak akan bosan-bosan untuk menegakkan bahawa negara kita adalah perlu mengambil langkah tegas meningkatkan penghasilan makanan khasnya beras", titah Baginda dengan tegasnya.
"Pastikan bahawa kita akan berjaya juga menyara diri sendiri dengan hasil kita sendiri", titah Bagida mengesa negara terutama pihak-pihak berkuasa untuk bertindak dengan segeranya..
"Pokoknya peningkatan itu sangat perlu sekurang-kurangnya untuk mengurangkan pergantungan kita kepada impot yang terlalu besar".
"Kita perlu cepat mengatasi penigkatan yang terlalu perlahan", titah Baginda di majlis memperingati peristiwa Israk dan Mikraj junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang berlangsung di ICC, berakas pagi tadi.
"Mudah-mudahan perhimpunan kita pada hari ini yang di sempenakan denan memperingati peristiwa israk dan mikraj akan menyuntik kita untuk lebih berdaya maju khasnya di bidang yang sedang mendapat perhatian istemewa dunia hari ini iaitu bidang penghasilan makanan atau pertanian", tambah Baginda Sultan.
Sebelum itu Baginda menyentuh sedikit mengenai peristiwa Israk dan Mikraj dengan mengambil satu contoh indah dimana Rasullullah Sallahu alaihiwasalam betemu dengan suatu kaum yang bercucuk tanam dan juga menuai pada hari yang sama. Setiap kali tanaman di tuai ia tumbuh semula, di tuang lagi dan tumbuh pula sampai tidak putus-putus.
"Peristiwa ini adalah merupakan gambaran orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka itu beroleh pahala yang lumayan yang tidak berkesudahan", titah Baginda.
"Menyebut persitiwa bertanam, dan menuai dalam kisah ini mengingatkan kita lagi kepada isu permakanan dunia sekarang".
"Makanan itu boleh menjadi punca kebaikkan dan juga keburukkan. Bilamana makanan mencukupi maka ia akan membawa kepada kebaikkan. Tetapi sebaliknya apabila ia kurang atau tidak ada maka akan berlakulah huru hara dan kebinasaan".
"Jadi memang cantik dan tepat sekali gambaran yang di paparkan oleh Allah menerusi peristiwa Israk dan Mikraj itu".
Menyebut mengenainya, titah Baginda, "kita jadi terpanggil untuk terus melihat isu krisis makanan yang sedang mengancam dunia pada masa ini".
"Kita wajar fokus untuk memberikan perhatian terhadapnya. Bahkan usaha juga perlu selaku ikhtiar kerana ugama juga adalah menyuruh berikhtiar".
"Ini adalah selaras dengan kisah yang pernah berlaku yang d paparkan oleh Al-Quran yang menyingkap peristiwa penting di zaman Nabi Allah Yusuh Alaihisalam".
"Bagaimana kerajaan dan rakyat di kehendaki bersegera supaya bercucuk tanam dengan cara besar-besaran bagi menghadapi krisis makanan yang di ramalkan akan berlaku akibta daripada kemarau panjang yang bakal menimpa negara".
Krisis makanana yang d hadapi dunia sekarang, tegas Baginda, bukan lagi setakat ditahap ramalan tetapi sudah benar-benar berlaku.
Sila lihat artikel-artikel berkaitan:
|