HAWA kesal dengan isu memalukan wanita

 
 

LIMBARUH HIJAU 18 APRIL 2007: KETUA HIMPUNAN WANITA NDP (HAWA) kemarin menyeru pihak-pihak berkuasa agar tidak memandang rigan kes penyalahgunaan perkhidmatan email dan 'sms' sebagai sebaran am maklumat bergambar dan video lucah yang boleh menjejaskan martabat wanita dan imej negara.

"Selaku wanita saya berasa malu, marah dan kesal dengan perbuatan individu atau kumpulan tempatan menyalahgunakan kemudahan internet dan sms untuk menjatuhkan maruah wanita remaja tempatan", ujar Dayang Hajjah Saemah Zukifli sambil mendedahkan terdapatnya aktibiti menyebarluaskan video lucah yang memaparkan 'kejadian perkosaan' beramai-ramai.


"Saya telah menerima video tersebut melalui email dan jelas maklumat tersebut cuba mengambarkan bahawa 'kejadian' tersebut sama ada ianya di lakunkan atau memang benar-benar terjadi melibatkan anak-anak tempatan dan 'mangsa' pun digambarkan sebaga wanita remaja tempatan", tambah Ketua HAWA NDP itu.

"Menurut penyiasatan jelas video ini sudah tersebar bukan sahaja melalui emai akan tetapi juga sudah disebar-sebarkan melalui mms telefon bimbit di kalangan penuntut-penuntut di beberapa sekolah-sekolah vokasional di negara ini ".

Tambahnya, beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak-pihak penguatkuasa undang-undang dan berharap tindakan akan diambil untuk menyiasat laporan tersebut.


"Mungkin pihak-pihak berkuasa sejauh ini belum menerima laporan mengenai perkara tesebut sama ada kejadian rogol beramai-ramai seperti yang digambarkan dalam video tersebut benar-benar terjadi atau mungkin ia hanya lakunan".

"Seperti lazimnya jika kejadian rogol berlaku, mangsa atau keluarga mangsa mestilah membuat laporan kepada polis sebelum polis dapat bertindak untuk menyiasat dakwaan tersebut".

"Kemungkinan dalam kes ini polis belum menerima apa-apa maklumat mengenainya. Dengan erti kata lain tidak ada dakwaan kes merogol beramai-ramai terjadi. Akan tetapi video tersebut diharap boleh dijadikan asas untuk menyiasat perbuatan menyebarluaskan video yang jelas menghina wanita Brunei dan memalukan bangsa. Saya melihat ada kes memperkosa maruah wanita dan bangsa disini".

"Justeru kita berharap perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan mengundang lebih banyak lagi perbuatan salahguna kemudahan internet ini untuk 'memperkosa' maruah wanita dan bangsa", jelas Dayang Hajjah Samah.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.