STRATEGI PENJAJAHAN MELALUI PENDIDIKAN
(Bahagian 1)
Khutbah jumaat diseluruh Negara Brunei baru lalu telah menyentuh mengenai pekembangan ilmu dalam sejarah tamaddun Islam.
Menurut khutbah tersebut Al-Quran dan
Hadis peninggalan khazanah penting Rasulullah kepada umatnya terus dikaji
dianalisis sehingga mencetuskan beberapa cabang ilmu pendidikan Islam seperti
astronomi, fizik, biologi, botani dan geologi.
Selain cetusan beberapa cabang ilmu, al-Quran dan Hadis juga menjadi pendorong kepada lahirnya beberapa tokoh cendekiawan Islam yang agung serta disanjung seperti Ibnu Sina, Ibnu Rosdi, Al Farabi, Ilbiruni dan Al Khawariz.
Begitulah lebih kurang antara intipati khutbah tersebut.
Walaupun khutbah tersebut berhenti setakat seruan betapa
pentingnya kesedaran budaya membaca itu
dipupuk terutama di kalangan masyarakat kita, khususnya kanak-kanak dan
belia-belia melalui “pelbagai pendekatan” secara sistematik
termasuklah mengadakan kempen budaya membaca secara meluas kepada awam dan juga
sekolah namun, sudah tentu khutbah ini turut mengingatkan kita betapa
penjajah telah melakukan satu
jenayah besar kepada umat islam kerana dengan sengaja melambat-lambatkan proses
pendidkan dan pembelajaran kepada anak-anak jajahannya.
Kelemahan ummat islam pula ialah kegagalan untuk bertahan dengan asakan penjajahan diseluruh Negara ummat islam yang membawa bersama mereka tamddun yang banyak bertententangan dengan nilai-nilai tamadun Islam sendiri.
Fenomena ini turut melanda Negara kita Brunei. Penjajah Inggeris sengaja melambatkan proses perkembangan ilmu dan pendidikan berbanding dengan pembinaan balai polis dan lokap dan memperkenalkan pendidikan yang tidak seimbang antara orang-orang Melayu dan China sehingga menimbulkan kesan tidak sihat dalam pembangunan Negara.
Berikut, kita perhatikan jadual-jadual yang dipamirkan.
Jadual 1: Perbandingan
peruntukan Pelajaran dengan Polis dan Penjara (1914-1923)
|
Tahun |
Pelajaran |
% daripada bajet
kerajaan |
Polis/Penjara |
% daripada bajet
kerajaan |
Bajet kerajaan |
|
1914155 |
- |
- |
$10,213.00 |
6.3 |
$163,352 |
|
1915156 |
$405.00 |
0.35 |
$10,600.00 |
9.3 |
$114,518 |
|
1916157 |
$379.00 |
0.3 |
$10,345.00 |
9.1 |
$113,317 |
|
1917158 |
$548.00 |
0.5 |
$10,654.00 |
10 |
$106,011 |
|
1918159 |
$713.00 |
0.6 |
$11,150.00 |
9.1 |
$122,958 |
|
1819160 |
$850.00 |
0.6 |
$12,505.00 |
9 |
$138,844 |
|
1920161 |
$1,381.00 |
0.6 |
$39,545.00 |
7.9 |
$223,690 |
|
1921162 |
$1,673.00 |
0.8 |
$24,690.00 |
12.5 |
$197,469 |
|
1922163 |
$ 2,389.00 |
1.3 |
$ 20,698.00 |
10.9 |
$188,250 |
|
1923164 |
$ 2,466.00 |
1.3 |
$ 23,261.00 |
12.3 |
$189,208 |

Berdasarkan perbandingan pada jadual di atas, didapati
bahawa bidang pendidikan langsung tidak diberi keutamaan oleh Inggeris di mana
pertambahan peruntukan tahunan antara tahun 1914 sehingga 1920 tidak pernah
mencecah 1% kecuali pada tahun 1922.
Walhal peruntukan keselamatan yang bertujuan menjaga
kemaslahatan dan kepentingan ekonomi penjajah telah diberikan tambahan tahunan
pada purata 10% dalam tempoh yang sama. Fakta-fakta ini mengukuhkan lagi
penemuan Razali bin Haji Ahmad yang menyimpulkan bahawa “mendirikan penjara adalah jauh lebih penting daripada
perkembangan pendidikan”.165
Dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris
di Brunei selama lebih setengah abad pertama ia menjajah Brunei hanyalah
setakat mendedahkan anak bangsa mengenal huruf dan mengetahui asas membaca,
menulis dan mengira yang diakhirnya mereka ini diharap akan mewarisi pekerjaan
ibu bapa mereka sama ada menjadi nelayan atau petani yang sekadar celik huruf.
Satu strategi lagi, bagai mana Inggeris menggunakan
pendidikan sebagai senjata untuk menimbulkan keluh kesah dikalangan rakyat bagi
menjustifikasikan kehadirannya di Negara yang dijajahnya ialah melalui
diskrimimiknasi pendidikan.
Jadual II : bilangan kanak-kanak yang
memasuki sekolah mengikut bangsa pada tahun 1955.201
|
Bangsa |
Lelaki |
Perempuan |
Jumlah |
|
Melayu |
2643 |
905 |
3548 |
|
Cina |
2143 |
1532 |
3675 |
|
|
67 |
58 |
125 |
|
Eurasian |
46 |
44 |
90 |
|
Kedayan |
459 |
101 |
560 |
|
Dusun |
240 |
97 |
337 |
|
Lain-lain |
181 |
116 |
297 |

Jadual di atas menunjukkan bilangan kanak-kanak yang
memasuki sekolah daripada dua kaum utama iaitu Melayu dan Cina. Walaupun
statistik menunjukkan penduduk Melayu adalah kaum majoriti berbanding kaum Cina
tetapi peratusan persekolahan berpihak kepada kaum Cina. Ini terbukti daripada
carta di atas apabila pada tahun 1955 jumlah pelajar Melayu hanya sebanyak 41
peratus (3548) berbanding pelajar Cina sebanyak 44 peratus (3675).
Kesimpulannya,
dasar penjajah ini jelas dilihat telah menjadikan pendidikan sebagai senjata
untuk melambatkan proses kesedaran rakyat khususnya orang Melayu untuk
mendapatkan kemerdekaan.
Ini mensahihkan lagi keewujudan jurang status sosial dan
ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu yang menjadi agenda Penjajah British untuk meletakkan
pergantungan orang Melayu dalam semua bidang kepada penjajah dan agen-agennya.
British selaku Kuasa Pentadbir begitu cemburu apabila
mendapati, kesedaran kebangsaan dan kemahuan hendak membebaskan diri dan Negara
dari penjajahan jauh lebih menebal dikalangan orang-orang Melayu dari suku
bangsa lain, khususnya orang-orang
Kesan daripada ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di
antara orang Melayu dan bukan Melayu telah menimbulkan beberapa masalah sosial.
1.Pengambilan pekerja di sektor awam dan Shell lebih memihak
kepada mereka yang berpendidikan tinggi.
2.Pertumbuhan ekonomi
Kepincangan sistem pendidikan dan ekonomi yang telah
melahirkan jurang status sosial dan ekonomi diantara pribumi dan non pribumi
telah menimbulkan kegelisahan yang mencetuskan rusuhan kaum pada tahun 1945.
Kejadian ini telah menyebabkan beberapa ‘pemuda
Melayu Brunei ditangkap dan dipenjarakan, antaranya Awang Abu Bakar bin Awang
Hashim dan Awang Mohd Salleh bin Haji Awang Masri (H.M. Salleh).’202
Di atas kesedaran inilah pemimpin-pemimpin tempatan seperti
A.M.Azahari, H.M Salleh, Yassin Affandy dan lain-lain telah mengusahakan
penubuhan sebuah organisasi politik yang dikenali sebagai Partai Rakyat Brunei
(PRB) pada tahun 1956 sebagai kesenambungan perjuangan BARIP untuk
“memuliakan bangsa”.
Alhamdulillah,
dalam segala kemelut dan kelembapan itu, Brunei telah dikurniakan oleh
Allah seorang raja yang berwawasan jauh bilamana DYMM Sultan Hj Omar Ali Saifuddein
menaiki tahta pada tahun 1952 dengan membawa bersamanya visi dan misi untuk
membena kekuatan rakyat Baginda melalui pendidikan.
Sebelum DYMM Sultan Omar Ali Saifudein menaiki tahta,
penjajah tidak merancang untuk medirikan persekolahan peringkat menengah jauh
sekali pembelajaran peringkat institusi pengajian tinggi.
Hanya melalui tekanan berbagai pihak, khususnya dari DYMM
Sultan Omar Ali Saifuddein sendiri yang disokong padu oleh rakyat, khususnya
PRB, jumlah sekolah Melayu dan murid-murid di seluruh Negeri Brunei telah
bertambah. Pada tahun 1958 hampir semua
kampung mempunyai sekolah, 80 peratus kanak-kanak lelaki dan 37 peratus
kanak-kanak perempuan layak bersekolah telah bersekolah.172
Pada tahun 1953, atas desakan
DYMM Sultan Omar Ali Saifuddien
Inggeris telah menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English
School) di Bandar Brunei dan Pekan Seria, yang kemudiannya terkenal dengan nama
Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Brunei dan Maktab Anthony Abell,
Pekan Seria.200
Baginda Sultan Omar Ali Saifuddein, dengan segala pengaruh
yang ada juga telah mengusahakan penubuhan sekolah agama yang berasingan kerana
menyedari pembelajaran agama di sekolah-sekolah kerajaan hanya diajarkan
setengah jam seminggu.
Usaha untuk mengemaskinikan kurikulum dan sistem
pembelajaran ugama telah ditugaskan oleh Baginda kepada dua orang pegawai ugama
iaitu Hj Othman bin Hj Md Saad, Pemeriksa Sekolah-Sekolah Ugama Johor dan Tuan
Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Kadi Segamat.194
Bertolak dari situlah bermulanya sistem pembelajaran agama
dari Johor di diaplikasikan di
Pada 16 September 1956
DYMM Sultan Omar Ali Saifuddein juga telah mengambil
inisiatif menghantar pelajar-pelajar
Di peringkat awal, kumpulan-kumpulan pelajar agama ini
turut meniupkan semangat nasionalisma melalui ucapan-ucapan dan nukilan-nukilan
mereka, malah ada yang turut menggunakan plantar PRB sebagai pelantar
perjuangan kemerdekaan seiringan dengan nada perjuangan kemerdekaan yang
dipelopori oleh PRB.
Demikianlah, Allah SWT menyifatkan para ulama sebagai orang yang paling setia kepadaNya. Mereka pasti menentang segala kemungkaran untuk melaksanakan ma’ruf. Penjajahan adalah satu kemungkaran yang sentiasa menghalang amalan ma’ruf.
Oleh itu ia wajib ditentang. Justeru, penjajah Inggeris menganggap golongan ini amat merbahaya. Jika mereka dibiarkan wujud, mereka pasti menentang penjajah dan orang-orang yang bersekongkol dengannya, justeru, tidak heranlah, dikebanyakan Negara yang bergelut dengan pejajahanan, penjajah akan terlebih dahulu mensasarkan para ulama dan pemimpin-pemimpin gerakan islam sebagai kumpulan yang perlu di lumpuhkan dan dicairkan – Wallahwa’alam.
155 BAR, 1914, hlm. 2
156 BAR, 1915, hlm. 2
157 BAR, 1916, Appendix B
158 BAR, 1917, hlm. i, Appendix B
159 BAR, 1918, hlm. ii, Appendix B
160 BAR, 1919, hlm. ii, Appendix B
161 BAR, 1921, hlm. ii, Appendix B
162 Ibid
163 BAR, 1922, hlm. ii, Appendix B
164 BAR, 1923, hlm. 18
165 Abdul
Ghani bin Haji Bujang, “Pendidikan di Negara
201 Ibid, hlm. 82
202 Ibid, hlm. xxvi
172 Asbol bin Haji Mail, “Perkembangan Persekolahan Melayu ……”, Jurnal Darussalam, hlm. 419.
200 Ibid
194 Ibid, hlm. 1
195 Jejak-Jejak…, hlm. 287