Ziarah Makam Di-Raja

 
 

LIMBARUH HIJAU OKTOBER 14, 2006: AYAHNDA PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) pagi tadi mengepalai rombongan pemimpin pemimpin NDP membuat kunjungan ziarah ke Makam Kubah Di-Raja di Batu Satu sempena bulan Ramadhan yang mubarak ini.

Antara yang turut serta ialah Tmbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Seiausaha Agong NDP Naib-Naib Presiden dari Daerah Belait dan Tutong serta pemimpin-pemimpin dan anggota-anggota NDP ang lain.

Semasa ziarah ke Makam Di-Raja itu rombongan NDP beramai-ramai membacakan surah Yasin dan bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Ayahnda Yasin Affandy dan rombongan juga menjiruskan ayeng asah-asahan ke makam Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.


 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.