Yasin Affandy jalani rawatan di RIPAS

 
 
LIMBARUH HIJAU 1 MACH 2007: Walaupun dalam keadaan kurang sehat, namun semangat beliau untuk terus memimpin Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tetap teguh dan sehat.

Ayahnda Yasin Affandy yang sekarag menjalani rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ketika di ziarahi mengambil kesempatan untuk bertanyakan hal ehwal parti dan perjalanan mesyuarat-mesyuarat yang sudah dijadualkan.

Beliau juga mengambil kesempatan mengingatkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP agar terus patuh dengan peraturan dan undang-undang parti.

"Saya telah memesankan kepada Ketua Biro Disiplin dan Hisbah, Haji Awang Damit agar dapat mengingatkan Ketua-ketua Perhubungan Daerah dan Ketua-Ketua Ranting akan prosedur-prosedur menanggani isu-isu dan masalah-masalah yang timbul".

"Apa yang penting, kita perlu memastikan semua mengikut peraturan-pertauran dan etika-etika yang sudah ditetapkan untuk memastiak kelicinan perjalanan parti dan menggelakkan salah faham dalam pucuk kepimpinan parti di semua peringkat", pesan Ayahnda Yasin Affandy dari katil sakitnya.

Ayahnda Yasin Affandy dimasukkan ke RIPAS pada hari Selasa 27 Februari lalu untuk menalani rawatan kaki kiri beliau yang bengkak dibahagian lutut. Beliau juga mengadu sakit pinggang.

Alhamdullilah keadaan beliau stabil dan tidak membimbangkan.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.