Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim

 
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Grand Chamberlain, Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Istana Pengiran Haji Alauddin Pengiran Haji Abu Bakar, hari ini mengumumkan Baginda Sultan dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda yang selamat diputerakan pada pukul 3.50 petang 17 Mac 2007 dengan nama Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. (INFOFOTO)

Baginda Sultan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat Baginda dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran berkenaan dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan selamatnya meluaran itu.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.