Wilayah Jerudong mendapat perhatian

 
 
JERUDONG 07 OGOS 2007 - PENDUDUK-PENDUDUK DIPERSEKITARAN KAWASAN KAMPONG JERUDONG setentunya merasa gembira dengan adanya projek menaiktaraf pondok-pondok perhentian-perhentian bas disepanjang Jalan Jerudong yang sedang giat dilaksanakan sekarang.

Apabila projek-projek membina pondok-pondok perhentian-perhentian bas di sepanjang Jalan Jerudong itu selesai setentunya menambahkan lagi keindahan wilayah Jerudong dan memberikan keselesaan kepada pengguna-pengguna bas dikawasan tersebut.

Sejumlah 13 buah pondok-pondok perhentian bas yang baru sedang dibina dan menurut makumat projek tersebut sudah hampir siap dengan hanya tinggal sebuah sahaja lagi belum siap.

Sehubungan dengan itu, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak-pihak berkenaan atas inisiatif untuk mengindahkan lagi wilayah Jerudong dengan prasarana seperti perhentian bas yang kemas dan cantik.

NDP berharap lebih banyak lagi usaha akan dambil di masa-masa akan datang untuk membangunkan Jerudong sebagai sebuah wilayah pelancungan yang unik dan indah.

Seperti yang pernah disyorkan oleh NDP, Jerudong merupakan sebuah kawasan yang punya potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah wilayah pelancungan.


Potensi ini boleh kita lihat dari sudut prasarana yang sudah sedia ada seperti Jerudong Park yang terkenal diseluruh dunia sebagai taman rekreasi ala 'Disney Land', Empire Hotel, sebuah hotel 7 bintang yang terkenal di dunia, Polo Club, padang golf yang termoden dan bertaraf antarabangsa dan lain-lain.

Berjuta-juta ringgit juga telah dibelanjakan untuk membina dan memajukan kawasan pantai Jerudong yang sudah lama terkenal sebagai tumpuan nelayan dan pelanggan-pelanggan mereka.


Kita sekarang sudah boleh berbaggga dengan kawasan pantai Jerudong yang mempunyai infrastruktur yang moden. Jalanraya nya selesa, tempat letak kereta luas, terdapat deretan gerai ikan yang moden dan juga terdapat menara-menara petugas keselamatan.

Dari sudut inilah NDP melihat Jerudong boleh dimajukan menjadi wilayah pelancungan. Makanya apabila kita melihat projek-projek mengindahkan kawasan Jerudong kita berasa berbangga dan gembira dengan harapan tinggi impian menjadikan Jerudong wlayah pelancungan akan akhirnya menjadi kenyataan.

- Jadikan Jerudong Wilayah Pelancungan

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.