Bandar Seri Begawan 14 Ogos 2006: Wakil-wakil Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang terdiri dari Haji Matzin Saleh, Ketua Biro Pertanian dan Asas Tani, Pengiran Haji Shahminan Pg Ismail, Ketua Pembangunan Usahawan, Malai Hassan Othman, Ketua Hubungan Antarabangsa dan ahli JK Hubungan Antarabangsa, Awag Abi Hurairah dan Zam Sharin petang tadi membuat perjumpaan dengan rombongan penianga-peniaga dari Darwin Australia yang diketuai oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Darwin,Peter Adamson.
Wakil-wakil NDP mengambil kesempatan beramah mesra dan bersuai kenal dengan Datuk Bandar Darwin serta rombongan diperjumpaan yang diadakan di Orkid Garden Hotel di Anggrek Desa Berakas itu.
Tujuan perjumpaan tersebut ialah untuk meninjau peluang pelaburan, perniagaan dan perdaggangan dua hala antara Brunei dan Darwin yang boleh diterokai oleh ahli-ahli NDP dan juga peniaga-peniaga dari Australia. Perjumpaan diaturkan oleh Ketua Perdaggangan Australia (Austrade) di Brunei Dayang Jusnani Abdullah.
Haji Matzin dalam perbincangan beliau dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Darwin menjelaskan NDP sangat berminat untuk meninjau lebih dekat lagi bidang pertanian di Darwin dengan matlamat untuk mempelajari teknologi-teknologi terkini pertanian disana.
Peter Adamson berkata tujuan mereka ke Brunei ialah untuk melihat peluang perniagaan dua hala antara Darwin dan Brunei justeru beliau mengalu-alukan sesi suai kenal itu dan berharap ianya akan dapat membuka jalan bagi peniaga-peniaga dari kedua-dua buah negara membuat hubungan perdaggangan.