Ucapan perutusan Presiden NDP sempena menyambut awal tahun Masihi 2008

 
 

Alhamdullilah Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izinNya jua dan dengan limpah rahmatNya kita dapat melangkah kaki memasuki awal tahun Masihi 2008 ini dalam suasana aman, damai dan sejahtera.

Dalam masa yang sama kita juga melangkah meninggalkan tahun 2007 yang telah kita lalui dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

Harapan kita tahun 2008 ini akan kita lalui lagi dengan semangat yang sama.

Cabaran-cabaran hebat, seperti di tahun-tahun lalu, sedang menunggu dihadapan dalam usaha kita melaksanakan secara berterusan dan istiqamah janji kita untuk menjadi rakan strategik kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda untuk membangun bangsa dan negara yang bertamadun, bahagia, aman sejahtera dan sentiasa mendapat keampunan Allah.

Kerja-kerja kita di tahun 2007 banyak lagi belum selesai dan perlu kita teruskan dengan lebih gigih lagi di tahun 2008 ini.

Isu kerakyatan, perumahan, kemiskinan, keselamatan, isu pengangguran, isu sosial dan kesejahteraan masyarakat masih banyak memerlukan perhatian serious dari pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan.

Baru-baru ini iaitu di penghujung tahun 2007 rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam resah gelisah dan rasa tetekan dengan kenaikkan harga barangan seperti harga minyak makan, harga tepung dan lain-lain.

Juga turut menarik perhatian dan memerlukan tindakan segera ialah isu penyakit jiwa yang menurut laporan akhbar (Brunei Times bertarikh 28 September 2007 yang memetik Dr Ramli Hassan, Ketua Pentadbiran Jabatan Psaikiatri di Ripas sebagai berkata) dianggarkan sedang dihidapi oleh 10 peratus atau lebih kurang 30,000 rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Justeru saya berseru kepada semua lapisan pemimpin-pemimpin parti agar tidak leka dan lalai menjalankan tugas dan tanggunjawab kita membantu menangani isu-isu tersebut dengan berterusan tanpa jemu-jemu menyumbangkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara melalui pelantar politik yang kita bena bersama ini.

Begitu juga halnya dengan Ketua-Ketua Biro dalam NDP. Mereka perlulah bergerak dengan pantas untuk melaksanakan kerja-kerja menangani isu-isu yang berkaitan dengan biro masing-masing.

Seperti Biro Pengguna isu besar yang mesti ditangani dengan segera ialah isu kenaikkan harga barangan yang melambung tinggi yang telah sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kepada rakyat dan penduduk di seluruh negara.

Begitu juga dengan Biro Perumahan dalam NDP haruslah terus menjalankan kerja-kerja penyelidikkan untuk mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi oleh pemohon-pemohon yang memerlukan pembelaan ini.

Sehubungan dengan ini kita berseru kepada pihak-pihak berwajib agar dapat meningkatkan lagi usaha melaksanakan program kemajuan perumahan negara ini yang jelas belum mampu menampung keperluan pemohon-pemohon yang semakin meningkat jumlahnya dari setahun ke setahun.

NDP melihat semua isu-isu seperti isu kerakyatan, perumahan, isu pengguna, isu kemiskinan, pengganguran, keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang disebuitkan jika tidak ditangani dengan sebaiknya dan dalam kadar yang segera akan boleh menjejaskan harapan dan usaha untuk membina sebuah negara Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghaffur.

Isu-isu tersebut jika dibiarkan berterusan akan menjadi penyakit yang boleh menjejaskan kebahagian rakyat dan penduduk dan juga negara.

Dari itu saya berseru sekali lagi kepada semua barisan pemimpin dalam NDP dan Keua-Ketua Biro agar terus berusaha dan berkerja keras melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang berkebajikkan selaras dengan dasar parti 'Menjunjung Titah Membangun Bangsa'.

Sekian saya ucapkan kepada seluruh warga NDP Selamat Tahun Baru Masihi 2008.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.