ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR WALLILAH ILHAMDU.
ALHAMDULLIAH SYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keredhaanNya jua kita sekali lagi dapat sama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dalam suasana penuh meriah dan keriangan.
Kita juga memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmatNya kepada negara dengan suasana keamanan dan ketenteraman yang berterusan hingga membolehkan kita bergembira merayakan hari yang mulia ini.
Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan penuh kita menahan lapar dahaga serta hawa nafsu sepanjang Ramadan yang mulia.
Jika kita sanggup menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan mengerjakan ibadat puasa sambil bekerja pada siang hari dan bertarawih serta bertadarus pada waktu malam di samping bersedekah dan saling bantu membantu, semangat itu haruslah kita teruskan selepas Ramadan berlalu.
Semangat yang kita tunjukkan dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran ketika berpuasa seharusnya kita jadikan iktibar bagi kita meneruskan kehidupan ini dengan penuh kesederhanaan atas semangat persaudaraan dan setia kawan.
Oleh itu, sempena Hari Raya yang mulia ini, saya berseru agar kita terus mengamalkan sifat kesederhanaan, semangat korban yang tinggi, semangat persaudaraan dan setia kawan yang berjaya kita praktikkan sepanjang Ramadan.
Ramadan yang sudah berlalu memberikan kita banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh dan amalan pada bulan berikutnya.
Berakhirnya Ramadan tidak semestinya bererti bahawa kita bebas melakukan apa saja yang dikehendaki mengikut hawa nafsu kita.
Janganlah kita jadikan Syawal ini sebagai bulan untuk kita makan minum secara berlebihan atau berpesta dengan hiburan semata-mata.
Sempena Hari Raya ini, marilah kita bersama-sama menghulurkan tangan dan bermaaf-maafan kerana sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Aidilfitri membawa mesej perdamaian sama ada dalam konteks rumah tangga, hubungan sanak saudara dan rakan taulan serta kaum Muslimin seluruhnya termasuklah dalam koteks kita berpasatuan di atas pelantar parti politik.
Justeru marilah kita gunakan kesempatan di Hari Raya in sebagai musim untuk kita melupakan sengketa lama, bermusuhan dan berdendam.
Kita gunakanlah kesempatan ini untuk kita mengukuhkan lagi semangat perasudaran dan kesatuan kita.
Mudah-mudahan dengan menghayati roh Aidil Fitri yang mulia ini kita akan dapat memantapkan lagi perpaduan parti dan meningkatkan lagi kewibawaan NDP sebagai sebuah parti politik yang digalati dan dihormati.
Kita juga berharap dengan adanya perpaduan yang diharapkan itu akan memudahkan lagi kita berkembang menjadi 'power base' yang kukuk yang boleh memberikan keyakinan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
untuk terus memacu negara dan bangsa kearah kecemerlangan, insya Allah.
Untuk mengakhiri ucapan ini sekali lagi saya dan seluruh ahli Majlis Tertinggi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli-ahli NDP dan keluarga serta sahabat handai dan penyokong-penyokong part yang lain.
|