Tubuh ranting untuk memperkasa NDP

 
 
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sedang mempertingkatkan usahanya mengemaskinikan pentadbiran dan perjalanan parti dengan menubuhkan ranting-ranting di kesemua cawangan NDP diseluruh negara.

Perkara ini didedahkan oleh Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agong NDP dalam satu temuramah dengan Aspirasi-NDP kemarin.
Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy ( tiga dari kiri) hadir di meseyuaat penubuhan ranting bagi NDP Brunei-Muara
Ahli JK Perhubungan NDP Brunei-Muara, pegawai-pegawai JASA bergambar ramai bersama Presiden Presiden.

 


“Arahan kepada semua naib-naib presiden dan jawatankuasa perhubungan NDP untuk mengemaskinikan struktur organisasi cawangan-cawangan NDP yang mereka pimpin dengan menubuhkan ranting-ranting telahpun dikeluarkan pada Kongres Pertama NDP bulan April lalu”.

“Alhamdullilah, nampaknya kerja-kerja persediaan untuk menubuhkan sebanyak 8 buah ranting di cawangan NDP Brunei-Muara, Tutong dan Belait hampir selesai dan dalam sedikit masa lagi majlis membuka rasmi ranting-ranting ini akan diadakan”, jelas Awang Haji Aminorashid.

“Matlamat kita menubuhkan ranting-ranting ini selain mengemaskinikan jentera pentadbiran parti ialah untuk memperkasa (empowering) NDP diperingkat akarumbi”.

“Dengan adanya ranting-ranting ini nanti bukan sahaja kerja mentadbir parti diperingkat daerah dan ranting-ranting mudah dan lebih efektif, bahkan akan dapat memudahkan NDP mencapai matlamat melahirkan pemimpin-pemimpin baru dari peringkat akarumbi”, tambah beliau lagi.

Katanya melalui penubuhan ranting-ranting peluang-peluang akan lebih terbuka kepada ahli-ahli NDP diperingkat akarumbi untuk mendapat pengalaman mentadbir kumpulan masing-masing dan juga menjalankan program-program serta aktiviti-aktiviti yang berkebajikan dan bermenafaat bagi masyarakat disekitar mereka.

“Selain itu dengan adanya ranting-ranting ini akan lebih mudahlah bagi NDP memberikan khidmat baktinya kepada masyarakat dengan berkerja seiringan dengan penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong serta dengan Majli Perundingan Mukim dan Kampong seperti yang disarankan oleh Kementrian Hal Ehwal dalam Negeri”, kata Setiausaha Agong lagi.

“Pokoknya melalui rangkaian ranting-ranting, sistem dan jentera pentadbiran NDP akan lebih kemas, ‘delivery system’ NDP akan lebih efisyen dan efektif, dan tidak kurang penting melalui ranting-ranting ini nanti kita akan dapat merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda untuk melihat rakyat berpartisipati dengan lebih aktif lagi dalam usaha membangun bangsa dan negara serta usaha memastikan negara sentiasa aman, makmur dan selamat”, Awang Haji Aminorashid menjelaskan.

Beliau berpendapat usaha NDP menubuhkan ranting-ranting ini juga selaras dengan hasrat negara untuk memperkasa bangsa.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.