MARKAS PERHUBUNGAN NDP BELAIT MACH 10, 2007: DALAM MENYOKONG DAN MENDOKONG titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di pembukaan rasmi persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kali ke 3, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat menaruh harapan agar semua teguran, harapan dan hasrat yang Baginda Sultan luahkan tidak akan disiasiakan.
Sehubungan dengan ini, NDP akan terus berusaha memberikan khidmatnya membantu segala usaha dengan menyumbangkan ide-ide dan sumbangan lain yang termampu untuk menjayakan hasrat Baginda Sultan tersebut.
NDP akan terus berusaha menyatu padukan semua lapisan rakyat dan menggerakkan semangat nasionalisme dan patriotisme bangsa hingga menjadi satu kekuatan yang tulen untuk KDYMM Baginda Sultan dan zuriat Baginda terus memimpin negara dan bangsa kearah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang benar-benar berdaulat, aman, makmur dan selamat seperti yang di cita-citakan oleh Baginda Sutan sendiri dan semua rakyat.
Perkara ini dipersetujui dalam satu sesi kongsi saran antara Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman dengan beberapa orang ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP wakil Belaityang terdiri dari Haji Yunus H.M Suhaili, Haji Wan Zain dan Haji Awang Damit. Naib Presiden NDP Belait, Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Temburong Awang Ahmad Timpus dan Ketua JK Perhubungan Antarabangsa dan Keselamatan, Malai Hassan Othman juga ikut serta dalam sesi tersebut yang berlangsung kemarin di Pejabat Perhubungan NDP Belait.
Disesi tersebut, titah KDYMM Baginda Sultan telah di hayati dan jelas mesej yang ingin Baginda sampaikan menekankan pentingnya melihat belanjawan berjumlah lebih BND 4 billion yang sudah disediakan sebagai satu pelaburan besar bagi mencapai visi 'menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang benar-benar berdaulat, aman, makmur lagi selamat'.
"Peruntukkan ini tidak syak lagi, adalah nadi bagi menggerakkan jentera pembangunan Negara. Objektifnya yang utama ialah supaya kebajikkan rakyat sentiasa terpelihara", titah KDYMM Sultan.
Baginda juga menekankan, "saranan utama kita tidak lain ialah untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang benar-benar berdaulat, aman, makmur dan selamat".
NDP dalam hal ini melihat visi parti seperti yang telah dimetrai dalam perlembagaannya yang berbunyi 'Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (Baldatun Thayiibatun Wa Rabbun Ghaffur) sangat menepati hasrat Baginda Sultan itu.
Dalam hal ini NDP dengan tidak ragu-ragu akan memberikan sokongan dan dokongan yang padu pada saranan Baginda agar perancangan pembangunan dibuat secara bersepadu.
Semua perancangan pembangunan, seperti dititahkan, tidak akan sekadar mengambil kira pulangan material nya atau 'value for money' sahaja akan tetapi mestilah disemibangi dengan pulangan yang lebih besar iaitu kearah mencipta tamadun dan nama, dimana akhirnya akan memberikan jaminan untuk menjadikan negara sebuah negara yang benar-benar berdaulat, aman, makmur lagi selamat dengan menadapat keampunan Allah.
Seperti yang dititahkan, NDP juga menaruh harapan tinggi agar semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan belanjawan negara yang besar itu tidak menyempitkan fikiran dan pandangan mereka serta semua pihak terlibat juga akan sentiasa memastikan kefahaman dan visi yang sama terus ditanai.
Baginda Sultan juga menaruh harapan agar semua agensi Kerajaan yang diamanahkan dengan Peruntukkan Kewangan akan dapat mengawalnya dengan penuh akauntabiliti serta menggunakannya menurut perancangan.
Kearah ini Baginda Sultan meyarankan agar semua sistem perlaksanaan, pemantauan dan penilaian hendaklah sentiasa dikemaskinikan, supaya semua yang berkepentingan dengannya akan dapat menikmati perkhidmatan yang efisyen lagi berkesan.
Sehubungan dengan ini NDP juga turut menaruh harapan yang sama.
NDP dalam manifesto parti bagi 2006 - 2016 telah mencadangka agar sebuah Jawatankuasa Tetap (Kewangan dan Pembangunan Ekonomi) di dalam Majlis Mesyuarat Negara yang antara lain, akan bertanggungjawab mencadangkan penggubalan dasar-dasar ekonomi nasional serta memantau perlaksanaan dasar-dasar tersebut, dan lain-lain yang berkaitan, termasuk pemantauan ke atas Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan agensi-agensi lain yang berkaitan, seperti Agensi Pelaburan Brunei dan Lembaga Kemajuan Pelancongan Brunei.
NDP melihat perkara ini amat penting untuk diambil kira
dan menepati harapan Baginda Sultan agar pengurusan kewangan dilaksanakan dengan bijaksana dan bertanggungjawab, perancangan pembangunan dilaksanakan secara bersepadu kearah visi yang satu dan adil dalam memberikan perkhidmatan dan pengagihan kekayaan negara.
NDP juga melihat pentingnya ketelusan dalam perancangan dan perlaksanaan dasar-dasar pembangunan negara serta perlunya mecipta suasana politik yang selesa agar rakyat dapat sama-sama menghayati aspirasi negara dan tidak takut-takut untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada bangsa dan negara waima ianya berbentuk ide-ide yang berbentuk kritikan yang membangun.
Menyentuh saranan Baginda Sultan berhubung pentingnya melabur untuk mencipta tamadun dan nama, NDP menyokong saranan Baginda mengenai pentingnya pelaburan terus difokuskan kepada pembangunan sumber insan, terutama sekali melalui pendidikan.
Setelah 23 tahun merdeka, NDP berasa sedih mendapati masih terdapat segelintir kanak-kanak, remaja-remaja dan belia-belia yang buta huruf disebabkan berhenti dan diberhentikan bersekolah dalam umur yang masih muda.
Dalam manifesto parti, NDP telah antara lain mencadangkan mewajibkan anak-anak disekolahkan selama 13 tahun: dua tahun pra-sekolah, enam tahun peringkat rendah dan lima tahun peringkat menengah secara percuma.
NDP juga mencadangkan agar satu dasar dibuat untuk memastikan atau mewajibkan setiap murid dan penuntut beragama Islam menghadiri sekolah agama selama enam tahun disamping sekolah biasa untuk memastikan mereka tahu dasar, asas dan rukun Islam. Di samping mata-mata pelajaran asas seperti ilmu Tauhid, Ibadah, Mu'amlat, Sejarah, Munakahat, Al-Quran, tajwid, Fara-id dan lain-lain, mata-mata pelajaran seperti Falsafah Islam, Sastera Islam, sjarah Islam dan lain-lain yang boleh dikategorikan sebagai sukatan pelajaran Tamadun Islam (Politik Islam, Ekonomi Islam, Sosial Sains Islam dan Kesenian Islam) hendaklah dimasukkan ke dalam skatan pembelajaran, sama ada dengan sendirinya atau melalui manhaj perbandingan denan bukan yang bersumberkan Islam.
Inilah antara lain yang NDP lihat sebagai satu pelabruan penting untuk menjana usaha mencipta tamadun dan nama yang boleh menepati hasrat Baginda Sultan tersebut.
Setentunya projek-projek mega dan pelaburan-pelaburan berbiliion-billion dolar boleh
menjana usaha mencipta nama akan tetapi bolehkah ia memastikan negara menjadi sebuah negara yang benar-benar berdaulat, aman, makmur an selamat dengan mendapat keridhaan Allah jika pelaburan menjana pembangunan mental dan spiritual sumber insan diabaikan?