|
| |
 |
|
| |
Titah Baginda Sultan Kuatkan Azam NDP |
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari ulang tahun keputeraan Baginda ke 60 tahun yang memberikan penekanan keatas kepentingan kesejahteraan rakyat dan survival bangsa membuatkan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terharu atas keperihatinan sejati Baginda Sultan itu.
“Titah Baginda Sultan mengumumkan kenaikkan mata gaji khusus (accelerated increment) bagi pegawai dan kakitangan peringkat rendah dan kenaikkan elaun sara hidup bagi mereka yang dalam bahagian 4 & 5 serta kenaikkan tangga gaji kakitangan bergaji hari sangat bertepatan dan kena pada masa nya”, jelas beberapa orang ahli NDP. |
|
|
| |
“Kami sangat terharu apabila mendengar titah Baginda Sultan terutama sekali berhubung pengurniaan kenaikkan gaji itu. Semasa Kongres pertama NDP, wakil Himpunan Wanita NDP telah menggenegahkan usul mengenai kenaikkan gaji kumpulan bergaji hari dan pendapatan rendah”, jelas mereka lagi.
Menurut mereka dalam usul itu Himpunan Wanita menyeru supaya pihak-pihak berkenaan memberikan pertimbangan sewajarnya pada kadar segera untuk menaikkan gaji-gaji pekerja-pekerja / kakitangan peringkat rendah dan menggalakkan Syarikat-Syarikat swasta untuk mengambil tindakan yang sama.
Dalam usul itu juga ditekankan tambahan pendapatan golongan ini akan dapat menambah meringankan beban kehidupan mereka yang sememangnya tidak mencukupi untuk sara diri dan keluarga. Pendapatan yang tidak mencukupi boleh meletakkan mereka kedalam kategori kemiskinan dan memberikan ruang kepada mereka meminta-minta, tambah mereka lagi.
“Apa yang dapat kita lihat disini Baginda Sultan benar-benar seorang raja yang prihatin dan sentiasa mendengarkan kemaslahatan rakyat. Dari itu NDP akan terus berusaha memberikan sokongan dengan memberikan ‘input’ dan maklumat yang tepat dari akar umbi kepada Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda”, kata sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP. |
 |
“Dengan rendah hati semua anggota-anggota NDP akan berterusan bersedia menyumbangkan khidmat bakti yang semampunya kepada Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dalam sama-sama merealisasikan cita-cita dan hasrat Baginda melalui program-program pembangunan negara”.
“Sebagai sebuah parti politik akar umbi, NDP akan terus memberikan sokongan dan dokongan semampunya dengan berterusan memberikan kesedaran kepada rakyat jelata pentingnya semua lapisan rakyat punya semangat nationalisma dan patriotisma yang tinggi yang boleh menjadi benteng pertahanan negara dan kedaulatan raja dan bangsa ditengah-tengah pergolakan dunia yang sentiasa mencabar ini”, tambah sdra Morshidi lagi.
“Apa yang kita harapkan semua agensi-agensi Kerajaan dan juga semua lapisan masyarakat akan dapat melihat kewujudan NDP bukan sebagai saingan kepada Kerajaan atau mana-mana badan atau pertubuhan malahan sebagai rakan strategik dalam pembanguna |
|
“Titah Baginda pula mengenai pentingnya kita melihat kehadapan dan memberikan tumpuan kepada usaha memastikan keselamatan, kesejahteraan dan survival bangsa terus terjamin membuatkan kita terpanggil untuk menguatkan lagi azam untuk terus menyokong dan membantu semua usaha Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda dalam membangun bangsa dan negara”, jelas Timbalan Presiden NDP.
“Dengan rendah hati semua anggota-anggota NDP akan berterusan bersedia menyumbangkan khidmat bakti yang semampunya kepada Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dalam sama-sama merealisasikan cita-cita dan hasrat Baginda melalui program-program pembangunan negara”.
“Sebagai sebuah parti politik akar umbi, NDP akan terus memberikan sokongan dan dokongan semampunya dengan berterusan memberikan kesedaran kepada rakyat jelata pentingnya semua lapisan rakyat punya semangat nationalisma dan patriotisma yang tinggi yang boleh menjadi benteng pertahanan negara dan kedaulatan raja dan bangsa ditengah-tengah pergolakan dunia yang sentiasa mencabar ini”, tambah sdra Morshidi lagi.
“Apa yang kita harapkan semua agensi-agensi Kerajaan dan juga semua lapisan masyarakat akan dapat melihat kewujudan NDP bukan sebagai saingan kepada Kerajaan atau mana-mana badan atau pertubuhan malahan sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara dan bangsa”.
|
“Dari itu NDP berharap akan terus diberikan sokongan dengan memberikannya ruang dan peluang yang lebih terbuka agar ianya dapat bergerak dengan lebih lancar dalam merealisasikan misi, visi dan objektifnya yang semuanya menjurus kearah menjadikan dan memastikan negara selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja, aman, sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah seperti mana yang dihasratkan oleh Baginda Sultan”, kata sdra Morshidi.
Sdra Morshidi juga merujuk titah Baginda mengenai keselamatan dan keamanan sebagai nadi segala nya dan peringatan Baginda menekankan bahawa isu keselamatan merangkumi berbagai aspek kehidupan termasuk perlindungan dari kesejahteraan sosial jaminan pekerjaan, kesihatan dan kehidupan keluarga serta masyarakat pada amnya.
“Titah Baginda yang bernas ini memberikan kita nafas baru untuk terus memberikan sokongan kepada Baginda dengan menggerakkan melalui pelantar politik ini semua lapisan rakyat dan penduduk untuk terus bekerja sama dengan agensi keselamatan negara dalam usaha mengekalkan keselamatan dan keamanan itu”, tegas sdra Morshidi.
“Inilah salah satu sumbangan yang dapat kami hulurkan kepada negara, rakyat serta kemanusiaan keseluruhannya kerana seperti mana yang di titahkan Baginda Sultan kita tidak mampu lagi untuk melihat bagaimana penderitaan yang telah dialami mereka yang kehilangan keselamatan dan keamanan itu”, tambah sdra Morshidi. |
"NDP selaku parti politik akar umbi berazam dan dengan rendah hati akan terus memberikan sokongan dan dokongan dengan menyumbangkan khidmat baktinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerajaan Baginda dalam usaha menjadikan dan memastikan Negara Brunei Darusalam akan terus menjadi negara Melayu Islam Beraja yang sentiasa aman sejahtera dan mendapat perlindungan Allah". |
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|