Tinggal 3 hari lagi untuk menghadapai kongres

 
 

LIMBARUH HIJAU 20 JUN 2007 - DENGAN HANYA TINGGAL TIGA HARI LAGI bagi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menghadapai Kongres Agong kali ke 2, suasana di Markas NDP Pusat di Limbaruh Hijau, Jerudong jelas bertambah sibuk dengan kerja-kerja persediaan menghadapi hari penting tersebut dipercepatkan.

Kongres Agong NDP ke-2 akan berlansgung di Dewan Utama Bangunan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) pada 23 dan 24 Jun ini.

Kongres akan bermula dengan perasmian perhmpunan ke-2 Himpunan Wanita, Pemuda dan Non-Muslim pada sebelah pagi 23 Jun dan akan diikuti dengan perasmian Kongres Agong ke-2 disebelah tengah harinya.

Dijangkakan lebih 1000 orang ahli-ahli NDP termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT), Pengerusi-pengerusi Jawatankausa dalam MT dan perwakilan-perwakilan ranting-ranting NDP akan hadir di majlis perasmian kongres tersebut.


Juga dijangka hadir untuk menyaksikan majlis perasmian tersebut ialah Duta-Duta Besar, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan perwakilan-perwakilan dari kedutaan negara-negara luar yang berpejabat di Brunei. Juga turut dijemput sama ialah beberapa pemimpin-pemimpin badan-badan bukan kerajaan selaku pemerhati di majis tersebut.

Pada Kongres Agong NDP pertama tahun lepas lebih 800 ahli-ahli parti, tetamu-tetamu jemputan dan pemerhati-pemerhati hadir untuk menyaksikan berlangsungnya perasmian perhimpunan yang telah berjaya mencatatkan sejarah baru dalam perkembangan politik negara yang hampir 40 tahun sunyi senyap dan hambar.


Lembaran baru dalam perkembangan sejarah politik negara itu sebenarnya menggambarkan satu kejayaaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam inisiatif baginda yang ingin melihat perlaksanaan reformasi politik negara secara berperingkat-peringkat. Ianya juga menggambarkan satu kejayaan kepada rakyat yang dapat membaca isyarat Baginda Sultan dan menyambutnya dengan mengambl langkah mengiatkan pergerakkan politik yang sihat di negara ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan wujudnya NDP menjadi satu testimonial bahawa kesataun yang wujud antara rakyat dan raja masih kental bukan sahaja dari aspek hubungan biasa antara raja dengan rakyat bahkan kesataun yang kuat dalam menaruh harapan dan menempuh segala cabaran untuk sama-sama rebah bangun membangun bangsa dan negara.

Justeru Kongres Agong ke-2 ini diharapkan akan dapat terus menggukuhkan dan menanai kesataun tersebut higga keakhir zaman.

Mudah-mudahan dengan tercapainya lagi satu kejayaan di kongres nanti akan terhakislah pandangan-padangan serong terhadap kerajaan dan negara bahawa parti-parti politik di negara ini hanya dihadkan kepada parti politik atas kertas sahaja untuk mencukupkan syarat hak-hak asasi manusia antarabangsa.


 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.