Tim. Presiden dan rombongan luangkan masa ziarah ahli-ahli di Kg Ayer

Dalam suasana negara riang ria merayakan sambutan hari ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 60, ahli masyarakat kita yang sedang sakit dan ada yang dalam kesusahan tidak juga dilupakan
 
 
Kemarin pada petang Rabu, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa, sdra Mahmud Morshidi Othman bersama-sama beberapa orang ahli yang lain meluangkan masa untuk menziarahi mereka yang terdiri dari ahli-ahli NDP yang tidak dapat bersama-sama manyaksikan aktiviti-aktiviti perayaan yang sedang berlangsung di seluruh negara oleh kerana masalah kesihatan

Sdra Mosrhidi dan rombongan meniaki bot tambang menuju ke Kampong Tajuddin Hitam dan juga ke Kampong Kerma Indera di Kampong Ayer untuk meniarahi beberapa orang ahli-ahli NDP yang tinggal disana.

Salah seorang ahli NDP yang diziarahi ialah Awang Haji Ibrahim bin Kula berumur 70 tahun yang sedang menghidap sakit kanser usus.


Tujuan rombongan NDP membuat kunjungan ziarah tersebut ialah untuk mengertakan lagi silaturahim antara pemimpin-pemimpin NDP dan ahli-ahli serta untuk memastikan mereka sentiasa dekat di hati seluruh anggota NDP dan ‘dikelinga’ (diberikan perhatian) walaupun mereka tinggal jauh di Kampong Ayer.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.