Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan

 
 
LIMBARUH HIJAU 20 MACH 2007: Walaupun lawatan rombongan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka ke Brunei sangat singkat hanya kurang 4 hari akan tetapi pengalaman yang mereka kongsikan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dalam menggerakkan pertubuhan mereka yang hanya baru berumur 6 tahun sangat berharga.

Pergerakkan Puteri UMNO Melaka ditubuhkan sejak 6 tahun yang lalu dan kini mempunyai lebih 14,000 orang ahli yang terdiri dari golongan muda berumur antara 18 ke 35 tahun.


Ketibaan Puan Mas Ermieyati disambut oleh TP sdra Mahmud Morshidi Othman

Kita dapat bayangkan betapa mencabarnya mengendalikan sebuah pergerakkan yang mempunyai anggota golongan muda remaja yang berjumlah sebesar ini dari segenap pelusuk negeri Melaka.

Jelas ia memerlukan pucuk pimpinan yang benar-benar mempunyai iltizam yang tinggi dan jiwa juang yang mantap untuk mengemudi persatuan kearah kecemerlangan sementara ahli-ahli pula terus bersatu memberikan sokongan padu dan kerjasama yang berterusan kepada pucuk pimpinan.


Menanda tangani buku pelawat semasa melawat ke markas Perhubungan NDP di Belait

Pengalaman-pengalaman pahit manis inilah yang dikongsikan oleh Puan Mas Ermieyati Haji Samsudin, Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Melaka dan rakan-rakan semasa mereka membuat lawatan ke markas Perhubungan NDP Belait.

Di sesi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP Belait, Puan Mas Ermieyati menggongsikan pengalaman-pengalaman Puteri UMNO Melaka menghadapi cabaran-cabaran dalam memainkan peranannya sebagai sebuah pertubuhan politik golongan muda dibawah naungan UMNO selaku parti politik terbesar di Malaysia.

Naib Presiden NDP Belait, Sulaiman Metrasad berbincang sesuatu dengan Puan Mas Ermieyati dan rakan

Menurut Puan Mas Ermieyati antara lain cabaran yang dihadapi ialah untuk meyakinkan golongan muda remaja pentingnya mereka berperanan yang lebih aktif dalam menyumbangkan jasa bakti kepada bangsa dan negara melalui pelantar politik.

Seperti di Brunei juga ianya tidak semudah yang difikirkan kerana rata-rata golongan muda remaja belum dapat menghayati pentingnya meletakkan kepentingan bangsa dan negara sebagai satu perkara yang teratas dalam agenda hidup mereka.

Justeru menurut Puan Mas Ermieyati, Puteri UMNO perlu membuat perancangan yang teliti dalam usaha menarik minat golongan muda remaja untuk menjadi ahli Puteri UMNO.

"Projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang kita usahakan mesti-

Puan Mas Ermieyati Hj Samsudin

Ahli-ahli NDP mendengarkan pengalaman pahit manis ahli-ahli Puteri UMNO Melaka berpolitik
lah besesuaian dan dapat memenuhi citarasa dan minat golongan remaja", jelas Puan Mas Ermieyati menekankan antara lain usaha-usaha yang dijalankan oleh Puteri UMNO Melaka untuk mendapatkan lagi lebih ramai muda remaja yang perlu pembelaan menjadi anggota Puteri UMNO ialah melalui aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan serta juga melalui projek bimbingan perniagaan.

Juga menjadi cabaran hebat kepada Puteri UMNO Melaka ialah usaha mengubah sikap ahli-ahli golongan muda remaja Puteri UMNO kepada yang lebih positif dan berdaya maju yang tinggi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.