"Ada permit kah dorang (dia orang) mengibarkan bendera-bendera ani', teman tadi bertanya sambil terseyum sinis.
"NDP dulu mengibarkan bendera semasa muzakarah di Lumut dipersoalkan oleh YB di sini sampai polis dihantar untuk mempersoalkan sama ada kitani ada kebenaran memacak bendera-bendera 'Sang Setia' di sepanjang jalan menuju ke lokasi majlis muzakarah. Taukeh kedai baru ani yang memacak bendera-bendera di sepanjang jalan hadapan kedainya boleh kah? ada permit kah?", tanyanya lagi berseloroh.
"Kalau NDP yang megibar bendera macam ani, baru sehelai 'Sang Setia' sudah polis satu mobil dihantar memastikan "Sang Seia' di turunkan walaupun sudah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak-pihak berkenaan", tambah seorang teman lagi dengan nada geram mengenangkan insiden baru-baru ini dimana 'Sang Setia' di Jalan Singa Menteri Kuala Belait dan juga di markas NDP Temburong diarahkan agar diturunkan atas alasan tidak ada permit.
Ketua Ranting NDP Singa Menteri di Belait dan juga Ketua Himpunan Non-Muslim di Temburong juga terpaksa membuat kenyataan polis bertulis kerana menurut maklumat yang diterima mengibarkan bendera parti tanpa kebenaran merupakan satu perbuatan jenayah.
Sepanjang perjalanan ke Jerudong perbualan abis hamba berkisar mengenai isu bendera dan kenapa ada 'double standard' dalam pengamalan peraturan pengibaran bendera-bendera peribadi di negara ini walaupun dalam hal NDP bendera 'Sang Setia' sudah berdaftar dan di perlembagakan sebagai bendera rasmi parti.
Baru pun abis hamba kan mengalihkan perbualan kepada isu-isu lain, teman-teman tadi terlihat lagi deretan bendera berwarna warni di sepanjang jalan berhadapan sebuah lagi kedai baru buka di Jerudong.
"Nah ani lagi tia", ujar kawan-kawan serentak.