Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengiran Mohamad Pg Said, Ketua Biro Penyelidikan dan Organisasi.
Dimesyuarat tersebut Pengiran Mohamad menkankan pentingnya langkah-langkah segera diambil untuk menubukan ranting-ranting dan juga langkah-langkah mengemaskinikan struktur orgaisasi ranting-ranting yang sudah ditubuhkan.
Antara isu yang dibangkitkan ialah menyelaraskan penentuan 'constituency' atau pun zon-zon atau kawasan-kawasan mengundi dan persempadanan kawasan ranting-ranting yang dibentuk.
Dalam mesyuarat tersebut Ketua-ketua JK Perhubungan NDP di daerah-daerah masing-masing diberikan kebebasan untuk menentukan persempadanan kawasan ranting-ranting dengan mengambil kira keramaian ahli-ahli dikawasan-kawasan yang terlibat yang mestilah memenuhi syarat yang membolehkan ranting-ranting untuk dibentuk.
|