Taman lagoon Pandan perlu perhatian

 
 
PANDAN, KUALA BELAIT: MASALAH KURANG PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMEILHARAAN yang sempurna di tambah sikap malas ingau sebilangan pengunjung dan sikap pemungut segelintir belia yang bermasalah telah mencemarkan keindahan Taman Rekreasi Lagoon Mejsid Pandan yang telah di bina dengan belanja yang besar lebih sepuluh tahun lalu.

Taman yang indah yang senghaja di bina oleh Kerajaan semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk di Daerah Belait terus terabai begitu sahaja tanpa sebarang langkah 'serius' di ambil untuk menyelamtakan harta awam ini.

Dari jauh ianya masih tersergam indah dengan bangunan mesjid berdiri megah dan bagunan Pepustakaan yang baru siap menambahkan lagi satu pemadangan yang indah, tenang dan tentram.

Akan tetapi disebalik keindahan pemandangan dari jarak jauh ini tardapat kehodohan yang berpunca dari berbagai sumber - bermula dari peringkat perancangan dan perlaksanaan perkhidmatan pemeliharaan, perkhidmatan pemantauan oleh ketua masyarakat di kawasan terbabit dan juga sikap malas ingau segelintir masyarakat pengguna kemudahanan yang di sediakan.

Rumput-rumput yang terbiar panjang, sampah sarap yang di buang merata-rata, kemudahan-kemudahan tong-tong sampah yang rosak, tiang-tiang lampu yang entah kemana hanya tinggal kabel melingkar seperti ular dalam belukar sudah cukup menjadi bokti betapa kawasan yang seindah ini di abaikan.

Aspirasi-NDP setahun lalu pernah menyiarkan isu yang sama di laman web ini akan tetapi sudah setahun berlalu keadaan di kawasan taman rekreasi ini masih terbiar.

Menurut maklumat terkini terdapat kerja-kerja pembaikan keatas bangunan tandas awam yang mengalami banyak kerosakkan.

Dalam tinjauan Aspirasi-NDP ternyata ada kerja pembaikkan telah di jalankan di bangunan tandas awam tersebut akan tetapi masih terdapat lagi beberapa suis-suis lampu yang belum di baiki.

Mungkin ianya akan di baiki tetapi entah bila?
LAPORAN AWAL ASPIRASI-NDP

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.