Takziah

 
 
Allahyarham Yang Mulia Haji Matzin Omar, Pengerusi Tetap NDP. Gambar diambil semasa Kongres Agong pertama NDP selesai sahaja allahyarham menerima lantikan selaku Pengersu Tetap NDP

LIMBARUH HIJAU 2 DISEMBER 2006: Presiden dan seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) turut bersedih besama keluarga-keluarga dan sahabat handai atas kemabalinya ke rahmatullah Yang Mulia Awang Haji Matzin bin Omar, Pengerusi Tetap NDP.

Sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham, Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy telah mengistiharkan hari in hari bergabung NDP. Markas NDP di Limbaruh Hijau dan di Belait ditutup sementara dan semua mesyuarat-mesyuarat yang telah dijadualkan pada hari ini dibatalkan. Presiden juga mengeluarkan arahan mengibarkan bendera Sang Setia di Limbaruh Hijau dan di Belait setengah tiang sebagai penghormatan akhir kepada Pengerusi Tetap NDP yang telah kembali ke rahmatullah.

Allahyrham telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.00 petang Kemarin. NDP melihat Allahyarham sebagai seorang tokoh pemimpin NDP yang berjasa kepada parti walaupuin beliau hanya memeggang jawatan tersebut dalam masa yang singkat.

Kejayaan NDP mengadakan Kongres Agoong pertama dibawah pimpinan beliau selaku Pengarah Jawatanuasa Penitia Kongres Agong dan selajur mempengerusikan acara yang bersejarah itu adalah bukti kokoh kepimpinan beliau tersebut.

Seluruh anggota NDP memanjatkan doa kehadrat Allah SWT memohon agar segala jasa baik dan pengorbanan hartabenda, masa dan tenaga yang Allahyarham curahkan dengan ikhlas kepada NDP sebagai sebuah parti politik yang bertersakan Islam dengan niat untuk menjadikan negara Brunei sebuah negara yang berterusan menjadi negara Melayu, Islam Beraja, aman, makmur dan sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah akan dibalas dengan ganjaran yang lumayan, amin. Dan kita juga memanjatkan doa agar roh allahyarham akan dicucuri rahmat melimpah ruah dan ditempatkan dikalangan roh-roh orang yang salih, amin.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.