LIMBARUH HIJAU RABU 30 MEI 2007: PERKEMBANGAN teknologi infokomunikasi (ICT) yang begitu pesat telah berjaya merubah dunia ini menjadi perkampongan globalisasi tanpa sempadan di mana penghuni-penghuni nya tidak kira di mana mereka berada, di Eropah atau di Asia Tenggara, boleh berinteraksi dan berurusan antara satu dengan yang lain dengan sekelip mata sahaja.
Dengan adanya internet dan hanya dengan menggunakan sebuah komputer mudah alih (lap top) atau dengan hanya menggunakan telepon bimbit yang canggih kita selaku penghuni dunia global boleh berurusan dengan rakan kita secara spontan tanpa batasan waktu walaupun rakan kita itu berada berpuluh ribu kilometer jauhnya.
Kita boleh bertukar-tukar maklumat, menghantar dokumen-dokumen penting, membuat transaksi kewangan, berurusan dengan bank luar negara, berbelanja dan membeli belah di luar negara tanpa perlu meninggalkan rumah.
Kita dengan mudah sudah berupaya membayar bil-bil air, bil letrik bil telepon dan lain-lain tanpa perlu susah payah
berkunjung ke kaunter-kaunter pembayaran. Walaupun sekiranya kita bercuti di Eropah, ia bukan lagi menjadi alasan untuk kita lupa menyelesaikan urusan-urusan pembayaan bil-bil kita di Brunei.
Mungkin misalnya semasa kita bercuti di Eropah kita risau dengan keadaan keselamatan di rumah atau di pejabat, teknologi info komunikasi yang ada sekarang memudahkan kita ke pejabat atau ke rumah secara elektronik melalui penggunaan komputer.
Itu lah keajaiban teknologi info komunikasi yang bukan sahaja telah mengecilkan dunia ini mejadi perkampungan global malahan telah memudahkan manusia meningkatkan keupayaan, produktif, efisyen dan efektif.
Ia juga telah merobah cara kehidupan kita yang sekarang semakin bersandar kepada teknologi informasi untuk survival bangsa di perkampongan global tanpa sempadan yang berdaya saing dan berdaya maju yang tinggi ini.
Dalam senario kemajuan dunia global yang pesat ini lah kita perlu berfikir dan melihat jauh kehadapan nasib masa depan bangsa dan negara kita yang sudah berada di arus perdana kemajuan teknologi informasi ini.
Bayanagkan dengan menggunakan teknologi informasi yang canggih orang perseorangan atau kanak-kanak pintar boleh menyerang kedaulatan kita, menembusi sistem pertahanan kita dan membuat kacau, megekploitasi dan lain-lain dengan hanya menekan 'keyboard' komputer dari rumah mereka.
Apatah lagi jika penceroboh itu merupakan sebuah kerajaan asing yang mempunyai teknologi informasi yang cangih. Ianya boleh melumpuhkan negara kita tanpa perlu menghantar jet-jet pejuang atau tentera ke mari.
Sempena memperingati Hari Ulang Tahun penubuhan Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei kali ke 46, Aspiasri-NDP ingin mengongsikan satu kertas kerja penyeldikan keatas sistem pertahanan Malaysia dalam konteks pertikaian martime dan perang cyber.
MARITIME DISPUTES AND CYBER WARFARE: ISSUES AND OPTIONS FOR MALAYSIA