Takbir Raya Bergema di Rumah Ahli-ahli NDP Belait

 
 
BELAIT - DALAM MASA MASYARAKAT ISLAM DI BELAIT SIBUK bersedia-sedia menyambut Hari Raya, berapa orang ahl-ahli Badan Perhubungan NDP Belait di ketuai oleh Naib Presiden NDP Belait pula mengambil kesempatan mengalu-alukan kedatangan Aidil Fitri pada malam raya dengan berkunjung ke beberapa rumah-rumah ahli untuk melaungkan takbir Aidil Fitri, laungan suci menandakan kemenangan bagi umat Islam berjuang sebulan penuh menahan lapar dahaga beribadat puasa.
Awang Sulaiman Metrasad selaku Ketua Perhubungan NDP Belait dan rombongan memulakan program malam Aidil Fitri dari rumah Malai Hassan Othman di Seria yang gunakan sementara sebaga bilek mesyuarat dan aktiviti Badan Perhubungan NDP Belait.

Dari sana mereka bergerak ke rumah Awang Haji Ali Mohd Yusuf, ahli Majlis Tertinggi NDP Belait dan ke rumah P{engiran Ismail, Ketua Penerangandan Perhubungan Awam dalam Badan Perhubungan NDP Belait.


Dari Seria rombongan ergerak terus ke Kuala Belait untuk mengunjugi rumah Ketua Himpunan Wanita dan ke beberapa rumah-rumah ahli-ahli yang lain.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.