Majlis di mulakan dengan acara zikir oleh 2 kumpulan zikir NDP yang terdiri dari ahli-ahli wanita dari Brunei-Muara, Belait dan Tutong.
Acara zikir diadakan di ruang Anjung Syura NDP.
Acara tersebut juga menyaksikan Ayahnda Yasin Affandy dan anggota-anggota NDP yang lain menabur bunga rampai kepada kedua-dua saudara baru yang dirayakan.
Di akhir majlis Ayahnda Yasin Affandy menyampaikan cendera hati kepada Awang Mohamad Bajau dan Awang Mohamad Tabung.
Selesai sahaja majlis zikir peserta-pserta zikir dan juga ahli-ahli NDP yang hadir beredar ke khemah di perkarangan markas pusat untuk menikmati jamuan.
Launagn takbir Aidiladha oleh ahli-ahli NDP berkumandang di markas pusat selesai sahaja mereka menikmati jamuan dan sebelum majls bersurai.