LIMBARUH HIJAU 10 APRIL 2007: HARAPAN untuk melihat Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong berfungsi dengan lebih efisyen dan efektif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab selaku pelantar bagi kerajaan dan rakyat akar umbi berganding bahu memelihara keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat mukim dan kampong semakin cerah dengan adanya peruntukkan sejumlah BND 125,000 bagi institusi-institusi tersebut.
Berita baik mengenai pengaggihan peruntukkan kepada Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong bagi tahun 2007 - 2008 telah didedahkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof baru-baru ini di sesi mesyuarat yang dihadiri oleh hampir 300 wakil-wakil dari Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampong dan Ketua-ketua Rumah Panjang di Daerah Belait.
Di Daerah Belait terdapat sebanyak 7 Majlis Peruindingan Mukim (MPM) dan 16 Majlis Perundingan Kampong (MPK).
Di sesi mesyuarat tersebut Yang Berhormat Pehin menasihatkan agar Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampong dapat menggunakan peruntukkan yang disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan baiknya.
Yang Berhoramt Pehin seterusnya menasihatkan agar semua Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampong akan dapat mengungkayahkan projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua lapisan masyarakat tempatan masing-masing terutama sekali kaum belia.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP), selaku parti politik rakyat akar umbi, sehubungan ini sangat-sangat mengalu-alukan nasihat Yang Berhormat Pehin tersebut dan berharap Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampong akan tidak menghampakan harapan Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
NDP juga memohon keizinan untuk mewakili MPM dan MPK dalam mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan atas inisiatif memberikan peruntukkan kepada MPM dan MPK.
Selaras dengan perlembagaan parti, NDP akan terus berusaha untuk memberikan sokongan dan dokongan serta kerjasama kapada segala usaha berkebajikkan MPM dan MPK selaku pelantar Kerajaan dan rakyat untuk memajukan mukim dan kampong serta memelihara keamanan dan kesejahteraan penduduk mukim dan kampong.
NDP melalui ranting-ranting yang sudah ditubuhkan dibeberapa mukim dan kampong-kampong diseluruh negara akan terus begerak seiringan dengan MPM dan MPK dalam usaha untuk mencapai matlamat yang sama untuk memastikan kemajuan penduduk akar umbi akan terus dipertingkatkan serta keamanan dan kesejahteraan mukim dan kampong sentiasa terpelihara.
Justeru sehubungan dengan pengagihan peruntukkan sejumlah BND 125,000 kepada MPM dan MPK yang diumumkan, NDP dengan ikhlas melihat ianya sebagai satu perkembangan yang menggalakkan dan sangat bertepatan dengan aspirasi NDP seperti mana yang termaktub dalam manifesto parti bagi tahun 2006 -2016 dibawah tajuk PROSES PEMBANGUNAN DAN PEMBAHARUAN POLITIK.
NDP dalam manifesto tersebut meyarankan agar setiap mukim dan kampung akan diberi geran per kapita tahunan yang boleh memudahkan lagi usaha mengembangkan dan memajukan setiap mukim dan kampong disemua bidang yang dapat menjamin keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan penduduk-penduduk di mukim-mukim dan kampong-kampong di negara ini sentiasa terpelihara.
Harapan NDP agar peruntukkan-peruntukkan tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada Penghulu / Ketua Kampung untuk tujuan pembangunan di kawasan masing-masing.
Akan tetapi NDP dalam mencadang, menyokong dan membantu sebarang usaha Kerajaan Kebawah DYMM bagi perkara tersebut juga melihat pentingnya pengurusan dan perbelanjaan geran tersebut hendaklah dibuat mengikut peraturan kewangan Kerajaan Kebawah DYMM (State Financial Regulations) / Arahan Perbendaharaan (Treasury Instruction).
Related story
$125,000 budget for Mukim, Kampong Consultative Councils