|
|
| |
 |
|
| |
Istiqamah dalam semangat patriotik |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU NOVEMBER 11, 2006: AHLI-AHLI BEKAS KUMPULAN PEJUANG-PEJUANG di zaman Brunei melalui proses mendapatkan kembali kemerdekaan dan kedaulatan penuh dari British telah diseru agar terus istiqamah dengan semangat nationalistik dan patriotik mereka kepada raja, bangsa dan negara yang pernah memaksa mereka meninggalkan tanah air dan berkelana di negara jiran.
"Semangat nationalistik dan patriotik kepada raja, bangsa dan negara yang tinggi itu mestilah terus ditanai. Pengorbanan abis kita jangan disia-siakan. Abis kita mestilah terus istiqamah dengan semangat demikian iaitu dengan |
|
berterusan menunjukkan kesetiaan kepada raja, bangsa dan negara", seru Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman dimajlis tahlil yang dihadiri oleh individu-individu dan ahli-ahli keluarga mereka yang pernah berkelana dinegara jiran atas sebab perjuangan mereka mempertahankan kedaulatan raja, bangsa dan negara. |
 |
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP juga turut hadir dimajlis yang diadakan khas untuk Almarhum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Allahyarham pemimpin-pemimpin pejuang kemerdekaan yang lain dan juga dikhususkan kepada kerabat-kerabat DiRaja serta rakyat biasa termasuk Allahyarham Awang Emran bin Haji Saleh yang juga merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan dizaman tersebut. .
|
"Abis kita memilki sejarah yang penting yang tidak dimilki oleh orang lain dalam perjuangan negara dan bangsa mendapatkan kembali kemerdekaan dan kedaulatan. Justeru ianya harus dipelihara walaupun sekiranya kita tidak mendapat apa-apa imbalan dunia Insya Allah diakhirat nanti mudah-mudahan Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang banyak", nasihat sdra Morshidi lagi.
|
Beliau juga mengingatkan mereka agar terus menjaga tutur kata dan perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah kepada mereka.
Majlis tahlil dimeriahkan lagi dengan jamuan makanan dan minuman yang disediakan oleh beberapa ahli-ahli NDP dan juga ahli-ahli keuarga yang pernah berkelana dinegara jiran.
|
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|