Sumbangan bantuan kepada yang kurang mampu

 
 
DAERAH BELAIT 24 MACH 2007: SERAMAI 15 ORANG DARI LEBIH 70 AHLI-AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) di Daerah Belait yang kurang kemampuan kemarin menerima sekampit beras, gula dan minyak masak sumbangan penderma-penderma dari kalangan ahli-ahli NDP sendiri yang telah bermurah hati untuk membantu rakan-rakan atas semangat pemdulian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Mereka menerima sumbangan-sumbangan tersebut di satu majlis penyerahan derma 'jalinan kasih' yang berlangsung di markas Perhubungan NDB Belait.

Dayang Hajjah Armah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat NDP menyampaikan kata-kata alu-aluan di majlis penyerahan sumbangan derma kepada ahli-ahli NDP kurang kemampuan sara hidup.

Ahli-ahli NDP yang kurang kemampuan sara hidup

Dayang Hajjah Armah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat bersama Dayang Hajjah Saemah Kefli, Ketua Biro Himpunan Wanita (HAWA) NDP telah menyampaikan derma-derma tersebut dengan di saksikan oleh Naib Presiden NDP Belait, Awang Sulaiman Metrasad serta ahli-ahli JK Kebajikan Masyarakat dan ahli-ahli JK Perhubungan NDP Belait yang turut hadir d majlis tersebut.

Dayang Hajjah Armah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan program sumbangan derma kepada ahli-ahli yang kurang kemampuan dari aspek sara hi-


Hajjah Armah menyampaikan sumbangan bantuan

Gembira menerima sumbangan bantuan NDP
dup merupakan antara aktiviti kebajikan yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa yang di pimpinnya.

Beliau menambah antara objektif program kebajikan tersebut ialah untuk menanamkan sikap pemedulian, prihatin dan sifat ehsan ahli-ahli NDP kepada saudara-saudara yang kurang bernasib baik.

"NDP melalui Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat akan terus mengungkayahkan program tersebut sempena menyamubut hari-hari kebesaran negara seperti Hari Kemerdekaan yang baru lalu ini"

"Majlis hari ini sebagai contoh di sempenakan dengan Hari Kebangsaan kali ke 23 yang baru lalu", ujarnya sambil menambah tujuan program tersebut dilaksanakan ialah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli NDP yang kurang kemampuan sambil menanamkan sifat-sifat pemedulain dan prihatin serta murah hati dikalangan ahli-ahli NDP yang mempunyai rezeki yang lebih untuk di sumbangkan sebagai amal jariah mereka".

"Mudah-mudahan dengan adanya program ini bukan sahaja ahli-ahli NDP yang kurang bernasib baik mendapat manafaat darinya lebih dari itu akan dapat menanamkan sifat mensyukuri nikmat kepada semua ahli-ahli NDP yang lebih bernasib baik dengan membuat amal kebajikan", ujar Hajjah Armah.

Penerima sumbangan bantuan yang disampaikan oleh Hajjah Armah dan Hajjah Saemah


Ahli-ahli JK Kebajikan Masyarakat NDP bergambar ramai bersama penerima-penerima sumbangan bantuan NDP

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.