Menteri Malaysia akan mengadakan perjumpaan empat mata di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort di Kemaman. Datuk Seri Abdllah Ahmad Badawi dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebaik sahaja perjumpaan selesai.
Menurut laporan akhbar Malaysia, Brunei dan Malaysia akan menumpukkan perbincangan dua hala termasuk mengenai inisiatif kedua-dua negara untuk menghantar pasukan pengaman ke Lubnan dan isu-isu semasa yang berlaku serantau dan antarabangsa.
.“Banyak perkara akan dibincangkan termasuk meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perkara-perkara penting yang akan dibawa pada beberapa mesyuarat antarabangsa akan datang. “Mesyuarat-mesyuarat itu termasuk Mesyuarat Asia-Eropah di Helsinki pada September ini, Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hanoi (November) dan Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu, Filipina pada Disember ini yang melibatkan kedua-dua pemimpin secara langsung,” Menteri Luar Malaysai, Datuk Seri Syed Hamid Albar dipeik sebagai berkata.
Sementara itu dijangkakan isu-isu tertangguh termasuk tuntutan Brunei keatas Limbang dan tuntutan bertindih ke atas kawasan minyak di pesisir pantai Saba akan turut disentuh pada mesyuarat di peringkat pegawai.
Menteri Lua Malaysia mengakui penyelesaian kepada isu-isu tertangguh itu akan mengambil masa dan terpulang kepada kedua-dua pemimpin untuk memutuskannya.
Isu tuntutan bertindih mula ditimbulkan apabila syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas menemui simpanan minyak di kawasan kira-kira 150 kilometer dari pesisir pantai Sabah pada 2002 dan kawasan itu dianggarkan mengandungi simpanan minyak lebih 700 juta tan. Malaysia telah lama menuntut kawasan itu sebagai sebahagian daripada Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), manakala Brunei turut mengemukakan tuntutan ke atas kawasan yang sama.
Syed Hamid berkata, kedua- dua negara juga akan menyentuh isu membabitkan kerjasama dalam bidang maritim.
|